Bab 5

3.6K 503 27
                                    

Lengan kemeja kerjanya di naikkan hingga ke paras siku. Sebelum dia maju lagi untuk masuk ke dalam bar milik sahabatnya itu, sempat lagi wajahnya ditilik di cermin hitam keretanya. Hujung bibirnya naik membentuk senyuman. Berpuas hati dengan diri sendiri. Ditangannya pula terdapat purse lelaki dan juga kunci kereta.

Dengan selamba, kakinya melangkah masuk ke dalam bar. Seperti selalunya, bar milik sahabatnya itu pasti tidak lekang dari pelanggan. Malah kebanyakkan pelanggan yang datang ialah perempuan. Semuanya semata-mata mahu menunjukkan diri pada sahabatnya itu. Manalah tahu tergoda.

Sebaik dirinya mula muncul, pelanggan mula bersorak kecil melihat kehadirannya. Mana tidak, dia ialah pelanggan tetap di bar itu. Malah cukup dikenali oleh semua.

Jimin sekadar tersenyum sinis.

"Lepas ni jangan datang bar aku lagilah weh. Habis jatuh kepopularan aku kalau kau muncul." Teguran daripada sahabatnya itu sekadar dibalas tawa.

Jimin mengambil tempat di kerusi bar. Jari telunjuknya sudah sedia menunjuk pada botol minuman tequila yang berada di belakang sahabatnya itu. Lantas botol minuman tersebut dicapai untuk menyediakan Jimin segelas tequila.

"Kau kena terima hakikat, yang aku lebih popular daripada kau, Jeon Jungkook." Ujar Jimin. Kata-katanya ditutur dengan penuh nada angkuhan.

Jungkook mencebik. Gelas kaca yang sudah terisi dengan tequila itu diserahkan pada Jimin. Lantas Jimin menyambutnya dan diteguk minuman tersebut dalam kadar sedikit. Cukuplah untuk membasahkan tekaknya yang kering.

"Yalah-yalah. Aku tak faham betullah kau ni, duda pun boleh tarik perhatian orang." Kata Jungkook. Sambilan sibuk mengelap meja.

Jimin sekadar ketawa kecil. Suka dia tengok Jungkook yang cemburu akan dirinya itu. Sekurang-kurangnya dia ada poin penting yang boleh dia banggakan walaupun sedang memegang status sebagai seorang duda muda. Duda hot!

"Nak jadi macam aku, kau jadilah duda." Usik Jimin. Jungkook menayang muka yang penuh dengan jengkelan.

"Kau sebut pasal duda kan, siang tadi aku terjumpa dengan janda aku."

Terhenti tangan Jungkook membuat kerja. Kedua bebola matanya sudah sedia membulat. Kaget mungkin. Selama Jimin pulang ke Korea, tak pernah pun ungkit tentang bekas isterinya itu.

"Terjumpa? Dekat mana?"

"Kafe dekat gym yang selalu kita pergi workout tulah. Aku tak sangka pun dia kerja dekat kafe tu."

Gelas kaca yang masih ada isinya itu diangkat sedikit ke udara. Tidak semena-mena imbasan wajah Yeana terimbas pada kotak fikirannya. Reaksi wanita itu membuatkan Jimin geli hati. Macam ternampak hantu aje rupanya.

"Dia kata apa dekat kau?" Soal Jungkook. Jimin meletakkan semula gelas kaca tersebut sehingga bunyi lagaan kaca kedengaran pada meja bar.

"Dia kata, 'Pesan encik?' macam tulah." Jimin ketawa kecil, mengingatkan nada suara Yeana. Penuh kegugupan.

"Seriuslah weh. Dia tak kenal kau lagi kut."

"Gila dia tak kenal aku, dengar dia cakap dengan aku pun gagap-gagap. Aku ni bekas suami dia tahu." Ujar Jimin, mendatar.

Bila dia ingati semula, riak yang diberi pada Yeana siang tadi cuma lakonan saja. Siapa kata dia sudah lupakan Yeana? Itu cuma telahan Yeana jika bekas isterinya itu berfikir sebegitu.

Mungkin dari pandangan luaran dirinya penuh dengan perubahan. Tetapi dalamannya, masih lagi ingat pada Yeana. Langsung tiada perubahan. Klise? Dia tidak peduli. Cinta? Dia sendiri tidak tahu.



×××××

Last draft. Pasni saia kena menaip untuk kamurang hahaha. Terima kasih bebanyak kamu semua suda baca&vote fic ni ♥♥. Happy reading ♥♥.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now