Bab 19

3.2K 410 36
                                    

Rimas.

Sedari tadi matanya cuba dilelapkan. Sehingga terasa pedih kelopak mata kerana dipaksa untuk dikatupkan agar dapat masuk ke alam mimpi. Tapi usahanya sia-sia. Berapa kali pun dia mencuba, matanya tetap berasa segar. Badannya yang tadi dalam posisi miring kini diterlentangkan. Patung beruang berwarna merah jambu itu diambil lalu dipeluk.

Yeana memandang siling biliknya lama. Hujung kaki digerak-gerakkan seakan sedang mengikut rentak muzik. Tapi sebenarnya dia sedang cuba membuang satu suara yang masih jelas terngiang-ngiang di cuping telinga. Sehinggalah dia berasa kurang selesa dengan pembaringannya. Lantas wanita itu bangkit dari pembaringan dan duduk diatas katilnya.

Nafasnya dihembus kasar.

Yeana, jom kita kahwin?

Suara Jimin sentiasa berulang di corong telinga. Serupa pita rakaman. Patung beruang yang berada di tangan ditekup ke wajah. Selang beberapa minit, bunyi pulasan tombol pintu biliknya mula kedengaran. Cepat-cepat Yeana berbaring semula. Badan dipusing membelakangi pintu. Tahulah dia siapa yang menceroboh masuk biliknya malam-malam buta sebegini.

"Yeana..., aku dah balik..."

Bahunya disentuh dari arah belakang. Yeana diamkan. Sedikit pun tidak memberi respon. Kelopak mata di tutup, berpura-pura sedang tidur.

"Aku tahu kau belum tidur lagi. Bangunlah weh, aku belikan kau sesuatu ni." Hyerin masih belum putus asa. Bahu Yeana cuba dipusing supaya menghadap kearahnya.

Yeana pusing secara paksa. Mukanya tertempel riak jengkel. Lantas dia bangun semula, duduk bersila. Hyerin dipandang kosong. Kecil besar, kecil besar dia lihat perempuan dihadapannya itu. Nak aje lancarkan peluru pedas dari mulut. Tapi dia tahankan.

Beg kertas bersaiz kecil yang diletak atas meja bersebelahan katil Yeana diambil lalu diberi kepada wanita itu. Yeana menyambut dengan malas.

"Apa ni?" Soal Yeana. Dingin.

"Bingkai telefon."

Dahi Yeana berkerut. Hyerin tersenyum sambil mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar jeans hitamnya. Kemudian menyuruh supaya Yeana keluarkan isi kandungan beg kertas tersebut. Selepas itu telefon Yeana yang berada diatas meja diambil. Bingkai telefon ditangan Yeana dipasang pada telefon Yeana. Segaris senyum lebar terukir pada bibir Hyerin. Puas hati.

"Cantikkan? Aku beli dekat Beijing tau. Bingkai ni..."

"Bila kau jumpa dengan Jimin?"

Tangan Hyerin berhenti menilik telefon. Diletakkan telefon mereka berdua ke tilam. Hujung bibirnya menarik senyum. Duduknya dibetulkan pada birai katil Yeana sambil menunjang kedua-dua tangannya ke belakang atas tilam Yeana.

"Kau dah tahu."

Wajah ditoleh ke sisi kanan. Memandang wajah si sahabat yang tegang. Tajam memandang ke arah dia yang hanya pasang muka selamba.

"Cepat betul dia datang jumpa dengan kau, kan. Nampak sangat dia masih simpan perasaan dengan bekas isteri dia ni, heh." Hujung ayatnya kedengaran mengejek. Tawa kecil dikeluarkan.

"Aku suruh kau jangan masuk campurkan? Kenapa kau pergi jumpa dengan dia?"

"Sebab aku tahu kau takkan pergi jumpa dia."

"Lepas tu kau boleh berlagak jadi orang yang satukan kami semula, macam tu? Aku tak perlukan semua tu Hyerin, aku tak kisah pun kalau kandungan aku tak berbapa. Lebih senang lagi, aku gugurkan aje!"

"Yeana!"

Hyerin bangkit dari duduknya tadi. Suara mereka berlawanan di dalam bilik tersebut. Yeana merenguskan nafas kasar dan melawani tikaman iris mata Hyerin.

"Kau gila? Nak bunuh anak sendiri?!"

Julat suara Hyerin menaik. Iris mata dijegilkan tajam menikam ke arah Yeana.

"Buat apa simpan anak ni? Dia memang tak patut wujud..."

Pang!!

Tangan Yeana lekas menyentuh pipi kiri yang berasa kebas dengan tamparan Hyerin. Tergamam wanita itu dengan perlakuan Hyerin yang baru sahaja menampar pipinya.

"Kau patut bersyukur sebab kau masih boleh mengandungkan anak dia. Ini dah cukup jelas yang kau dengan dia memang ditakdirkan untuk bersama semula!"

Tubir mata Yeana mula kabur. Pandangannya tidak sejelas tadi. Bibir diketap geram. Lantas dia mencari semula telefonnya tadi. Dengan kasar bingkai telefon yang sudah terpasang pada badan telefon ditanggalkan. Kemudian dilempar ke lantai. Tepat-tepat mengenai hujung kaki Hyerin.

"Keluar." Arah Yeana bersama suara yang bergetar.

Pandangannya dikalih, tidak memandang Hyerin yang sedang pegun memerhati dirinya. Hyerin mengepal buku lima erat. Nafas dihembus kasar untuk menenangkan hati. Kakinya maju semula ke katil Yeana, untuk mengambil telefonnya yang masih terletak pada katil wanita itu.

Mulut masing-masing terkatup. Dada masing-masing naik turun. Hembus nafas masing-masing juga kasar.

Kemudian langkahnya dibawa menuju ke pintu bilik. Bingkai telefon yang Yeana lemparkan tadi dibiar atas lantai. Tangannya sudah mula menyentuh tombol, tetapi terhenti buat seketika.

"Dan jangan sibuk dengan hal aku lagi. Kau tak ada hak. Kau bukan sesiapa. Untuk aturkan kehidupan aku. Hal aku, aku selesaikan sendiri." Tambah Yeana. Dahinya berkerut usai bertutur. Menahan dari menangis.

Kedengaran pintu biliknya ditutup sedikit kasar. Perlahan-lahan Yeana menghembus nafas panjang. Kedua-dua telapak tangan naik meraup wajah. Bahunya terhinjut sedikit demi sedikit.

Menangis.


×××××

Gaduh pulak dahh 😐

Vote&komen, thank you! ❤❤

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now