Bab 28

2.4K 295 70
                                    

Jungkook berjalan menuju ke arah pintu rumahnya yang berjarak hanya lagi tiga buah rumah. Sambil berjalan, lelaki itu bersiul dan memandang kiri dan kanan. Sunyi aje bangunan apartmen yang dia huni sejak dua tahun lalu tu. Hari kerjalah katakan. Semua orang mesti pergi kerja.

Dia pun macam tu juga. Tapi disebabkan ada barang penting yang tertinggal dekat rumah, Jungkook terpaksa balik rumah semula.

Pintu gril yang melindungi pintu utama rumahnya itu dibuka. Setelah memasukkan kata pin pada pintu utama rumah, laju Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah bujangnya itu. Kunci kereta diletakkan atas coffee table yang terdapat di ruang tamu. Kemudian dengan bergegasnya lelaki itu berjalan ke kabinet yang berada di sudut ruang tamu.

Tengah gigih dia mencari, tiba-tiba suara keluhan kasar seseorang yang berpunca dari luar rumah buatkan tangannya serta-merta terhenti. Kabinet tadi ditutup semula. Perhatiannya lagi tertarik untuk tengok siapa yang berada di luar sana.

Jungkook mengeluarkan kepalanya disebalik pintu. Badan masih setia dan teguh berdiri di dalam rumah. Bola mata lelaki itu berjalan kiri dan kanan untuk mencari.

"Eergh... Habis baju aku! Dahlah busuk nak mati. Geli!"

Suara perempuan. Jungkook keluarkan badan lagi bila masih belum menjumpai punca suara itu.

"Tahi kucing betul mamat tu! Kalau dah tahu tak boleh minum banyak tak payahlah minum."

Dahi licin dan putih mulus Jungkook berkerut seribu. Macam familliar aje suara tu? Macam pernah dengar aje.

Untuk memuaskan hati, Jungkook akhirnya keluar dari rumahnya. Teguk liur lelaki itu sebaik bebola matanya menangkap susuk tubuh yang betul-betul berada di sebelah pintu rumahnya. Atau kata lain, pintu rumah jirannya. Dari atas hingga bawah dia teroka figura itu. Tak salah. Memang dia.

Memang Hyerin.

Bagai tahu Jungkook sedang seru namanya dalam hati, gadis itu menoleh ke sisi. Merinik peluh di dahi Jungkook dibuatnya apabila mata gadis itu menikam iris mata coklat tua miliknya. Anak mata masing-masing tertanam teguh sesama sendiri. Suasana rasa makin menjunam sepi.

Semena-mena, Hyerin membawa langkahnya menghampiri Jungkook yang masih membatu dihadapan pintu rumahnya. Jungkook undur setapak. Sambil mata turun melihat ke arah fabrik baju kemeja putih gadis itu dibahagian dada. Ada tompokan kekuningan. Macam muntah.

"Kau!"

Serentak dengan lantunan suara jeritan Hyerin, mereka berdua sudah pun masuk ke dalam kediaman Jungkook. Berdiri sedikit ke dalam dari pintu gril rumah lelaki itu. Jungkook teguk liur lagi.

Biarlah orang nak kata dia penakut pada perempuan, sebab sekarang ni dia memang dilema ketakutan. Gadis dihadapannya itu sangat menggerunkan. Seolah-olah dia sedang marahkan Jungkook.

Kasut flat yang dipakai Yeana, segera dilepaskan. Lenguh benar rasanya tumit kaki tu. Tak tahulah berapa jam berlalu, dah petang agaknya. Baju kahwin punya pasal.

Jimin... Dia punya cerewet mengalahkan perempuan betul. Tak habis-habis Yeana mengutuk Jimin dalam hati. Sudahlah badan banyak yang rasa lenguh. Tak tahu ke orang tengah bawa satu lagi nyawa?

"Nah."

Kon aiskrim coklat itu dihulurkan dihadapan Yeana. Siap pembalut dah dibuka sekali. Laju Yeana menerima huluran Jimin. Tadi dia ada beritahu Jimin, yang dia teringin makan aiskrim perisa coklat. Lepas tu, tak mahu jenama aiskrim lain. Nak jenama aiskrim Corneto juga.

Seluruh pelosok bangunan kompleks beli-belah itu Jimin teroka semata-mata hanya mencari satu kon aiskrim Corneto. Tak tahulah apa pasal Corneto seakan-akan tak wujud di bumi Korea Selatan hari ni. Payah sungguh nak jumpa.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now