Bab 20

3.2K 414 75
                                    

Belakang tangan menyeka kasar dahi yang dijatuhi peluh. Jimin hembus nafas panjang. Botol air yang masih penuh isinya itu dicapai lalu isinya diteguk hingga separuh. Jimin duduk seketika di atas kerusi panjang yang disediakan oleh gim. Jungkook datang menghampiri dirinya yang tercungap-cungap mengambil nafas.

Botol yang satu lagi, Jungkook capai lalu meneguknya dengan sedikit rakus. Keduanya termengah-mengah. Manik peluh jelas menghiasi. Rambut yang terjuntai pada dahi jelas dibasahi oleh manik peluh. Jungkook mengambil tempat bersebelahan Jimin. Hujung baju digunakan untuk mengelap dahi.

"Macam ada benda jadi aje aku tengok kau ni." Jungkook buka bicara.

Jimin menarik hujung bibir mengukir senyum nipis. Botol ditangan diletakkan pada kerusi.

"Macam mana kau tahu?" Kening lelaki itu naik sebelah. Uji Jungkook.

"Tengok muka tak hensem kau pun aku tahulah. Eleh..."

Riak muka Jungkook bertukar menjadi jengkel. Jimin ketawa perlahan. Nampak sungguh ketawa palsu. Ketawa yang dibuat-buat.

"Aku jumpa Yeana,"

"Oh?"

Terangkat kepala lelaki bernama Jungkook itu. Keningnya menaik. Rasa tertarik bila Jimin mula buka cerita. Mulut masih bertemu pada muncung botol. Menanti bicara Jimin yang masih tergantung.

"Dia mengandung."

Muncung botol segera dijauhkan. Jungkook mengelap air yang terjatuh pada dagu. Mata bulat lelaki itu terkebil-kebil memandang si sahabat yang sudah menunduk sedikit memandang lantai. Lambat-lambat Jungkook tarik senyum nipis sambilan menutup semula botol airnya.

"Tsk tsk tsk. Dalam diam dia ada kekasih baru. Dalam diam, dia mengandungkan anak kekasih dia." Kata Jungkook seraya mengelap lagi peluh yang mengalir di pelipis.

Tidak lama, bahu Jimin dirangkul. Konon-konon sedang memberi semangat. Tanpa dia ketahui apa yang sebenarnya sedang berlaku. Kesian anak Jeon.

"Kau patut ikut jejak dialah weh. Cari perempuan, buka buku baru. Move on gitu." Jungkook menghambur tawa. Terasa lawak dengan penyataan sendiri.

Jimin mengerling Jungkook yang masih ketawa. Lantas tangan Jungkook yang melingkar pada bahu ditepis. Jungkook berhenti ketawa. Hanya tersisa tawa kecil. Jari dibawa ke bawah mata. Sampai berair mata dengan lawak sendiri.

"Macam mana nak move on kalau anak yang dia tengah kandung tu anak aku?"

Jungkook diam sekejap. Hadam kata-kata Jimin. Dahinya berkerut-kerut. Jimin dipandang bersama muka yang inginkan penjelasan lebih dalam. Tapi Jimin sekadar endahkan pandangan Jungkook itu. Dia hanya buat muka kosong sambilan menyengih di hujung bibir. Botol air dicapai semula dan diteguk lagi.

"Kau seriuslah?" Soal Jungkook.

Jimin angguk kepala.

"Kau buntingkan Yeana?"

Angguk lagi.

Terlongo Jeon Jungkook. Dia kemudian bingkas bangun dari duduknya. Kemudian duduk semula disebelah Jimin. Macam orang bodoh pula gayanya. Tsk tsk tsk.

Iris mata Jimin hanya memerhati tindak tanduk Jungkook.

"Tapi bila? Macam mana? Kau dengan Yeana bukan mesra pun lepas bercerai. Yeana tu, bukannya nak hadap kau lama-lama. Inikan pula sampai ke..." Jungkook menggantung ayat. Tak sanggup dia nak habiskan.

Sekali lagi, Jimin menghela nafas. Tengkuk digaru tanpa ada rasa gatal. Soalan Jungkook masih dibiar. Sehingga bahunya terasa terpukul oleh manusia disebelahnya itu, yang menanti-nantikan jawapan daripada dia. Nafas digali dalam-dalam. Jimin kumpul kosa kata, untuk dijadikan jawapan untuk Jungkook.

"Kau ingat lagi, masa Yeana datang bar kau tempoh hari?" Soal Jimin. Sekadar mahu Jungkook meneka sendiri. Jungkook mengangguk.

"Aku telefon kau suruh cari dia." Jawab Jungkook.

Kali ini Jimin mengangguk, mengiyakan kata-kata daripada Jungkook. Keluh nafas dihela.

"Masa tu aku bawa dia balik kondo."

Jungkook membungkam melihat sahabat. Mulutnya ternganga sedikit. Sedikit demi sedikit dia mulai faham dengan kiu yang Jimin beri. Tidak semena-mena lengan Jimin menerima tamparan. Berdesis-desis lelaki itu sambil mengusap lengannya dek tamparan daripada manusia arnab disebelahnya itu.

"Jadi kau nak cakap yang...kau sengaja tiduri dia ke apa?"

Tanpa sengaja, suara Jungkook menaik. Semerta dengan itu juga botol air yang sudah kosong dipegangan Jimin memukul perutnya yang berlapikkan baju tee putih. Tangan Jungkook lekas mengusap. Mukanya menjadi sedikit sebal. Tak guna punya anak Park.

"Aku tak sengaja." Kata Jimin.

"Konon. Ke tak tahan?"

Jimin tunduk kepala lagi, memandang lantai. Entah apanya yang ada dekat lantai tu? Nak kata jalan untuk keluar dari kesalahan, tak ada pun. Alahai.

"Bodohnya lah kau ni, Park Jimin. Nak sangat buat benda tu, cari perempuan lainlah. Dekat kelab berlambak kut, Yeana juga yang kau pergi jadikan mangsa apa hal?"

Jimin diamkan diri. Biarkan Jungkook kata apa yang dia ingin kata. Lambat-lambat kedua-dua telapak tangan dibawa untuk meraup wajah. Tak cukup dengan Hyerin tempoh hari, hari ini tidak semena-mena dalam sejarah perkenalan mereka Jungkook buka kelas bebelan.

"Aku ajak dia kahwin."

"Ha dia kata apa?"

"Bagi dia masa untuk fikir."

Kali ini Jungkook menepuk dahinya beberapa kali. Kalau boleh dia nak hempuk pada alatan gim yang ada. Makin dia bawa bicara, makin sakit pula kepalanya. Dia kemudian bingkas dari duduk. Kedua tangan mengcekak pinggang. Jimin memandang Jungkook.

"Kau nak ke mana?"

"Balik."

Tangannya mula menggamit beg yang dibawa. Jimin juga mula bangun. Beg sandang hitam yang terletak bersebelahan beg Jungkook tadi juga diambil lalu disangkut pada bahu kanan.

"Sebelum tu singgah kafe Yeana dulu."

"Ceh."

Decitan halus Jungkook mengundang tawa Jimin. Lawak rasanya untuk diri dia. Jungkook berjalan mendahului dirinya. Terlari-lari Jimin mengejar.




×××××

Jungkook savage thoo 🌚.

Vote&komen, thank you! ❤❤

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now