Bab 8

3.6K 496 9
                                    

Tangan meraba-raba bawah bantal. Mencari-cari di mana beradanya telefon bimbitnya itu. Kebiasan Yeana. Mungkin juga kebiasan semua orang, ya? Letakkan telefon di bawah bantal apabila mata sudah sedia terlelap.

Skrin telefon berjenama Samsung itu dihidupkan. Jelas terpapar pada skrin jam menunjukkan pukul sembilan tiga minit pagi. Yeana menguap kecil. Jarang dia bangun selewat ini. Selalunya waktu sebegini dia sudah sibuk melayan pelanggan di kafe. Tetapi disebabkan kafe diubah suai, maka semua staf diberi cuti sehari setelah mereka bekerja lebih masa semalam mengemas kafe.

Bercakap tentang semalam.. Tidak semena-mena Yeana teringat pada Jimin. Ah..lelaki itu. Apa dia marah atau tidak, ya? Sebaik Yeana membalas soalannya dengan soalan semula, lelaki itu terus diam. Langsung tidak berbicara lagi sehinggalah Yeana dihantar pulang.

Kedua tangan naik meraup wajah. Gebar tebal yang membalut tubuhnya diselak ke tepi sebelum dia bangkit dari pembaringan. Rambutnya diikat sanggul. Tuala dicapai untuk menyegarkan diri.



Pintu bilik ditutup serentak. Tanpa Yeana sedar, Hyerin juga baru keluar dari biliknya yang bertentangan dengannya.

"Eh! Lah..kau ada pula dalam rumah ni!" Kata Hyerin teruja. Gila tak teruja. Nampak Yeana macam rakannya itu baru lepas pulang dari perang.

"Aik..semalam kau tak ada. Hari ni ada pula." Balas Yeana. Masih lagi berdiri dihadapan pintu bilik.

Atas bawah dia tilik Hyerin. Rakannya itu sudah bersiap. Wajah pun sudah di dandan rapi. Tapi kali ini bukan mengenakan uniform pramugari. Macam kena hadiri majlis atau parti.

"Aku baru balik. Ni pun kena balik company, ada event." Ujar Hyerin. Kot merah jambu berwarna lembut yang hanya disangkut pada bahu itu dibetulkan sedikit. Jauh benar bezanya dengan Hyerin yang kebiasaan.

Yeana mengangguk lemah. Baru ingat nak ajak Hyerin jalan-jalan. Kan dah kata, Yeana cuti bila Hyerin bekerja. Padanlah muka sendiri.

"Alah...aku baru nak ajak kau pusing satu Korea hari ni." Yeana menjuih bibir. Konon-konon sedang kecewa.

Hyerin meletus tawa. Sekelip mata sahaja imej femininnya tadi lesap sebaik mendengar kata-kata Yeana.

"Kau jangan bajet raih simpati aku, okey? Padanlah muka tu. Aku suruh kau cuti hari tu, kau tak nak. Sekarang ni kau pergilah pusing Korea ni seorang diri." Kata Hyerin apabila tawanya sudah reda. Hujung jari di bawa ke bawah mata.

Kut-kut eyeliner cair terkena air mata. Haha!

"Okeylah...kalau kau bosan sangat duduk rumah ni. Aku rekomen kau pergi bar lelaki gigi arnab tu. Dia tu boleh dikategori kawan kau juga kan?" Cadang Hyerin. Yeana mencebik sudah.

Rekomen pun benda yang Yeana alah. Bar? Memang tidaklah dia nak jejak.



Kepala terdongak sedikit melihat signboard. Terkebil-kebil juga Yeana. Tak sangka kedua kakinya berkeras membawa tubuhnya untuk datang ke situ.

Bar Jungkook.

Anak tekaknya sudah serupa bersimpang mahu menelan air liur. Mulutnya kata jangan, tapi kata hatinya masuk. Erat-erat dia menggenggam tali beg silang.

Agak-agak kalau dia masuk nanti, apa jadi? Adakah dia akan jadi orang hilang waras bila sudah selesa dengan minuman-minuman yang terdapat dalam bar itu?

"Kau tak pernah buat perangai lepas 5 tahun, jangan pandai-pandai cari penyakit pula!" Gumam Yeana perlahan sambil menunduk. Jarak langkah kakinya dari bar itu cuma ada beberapa tapak sahaja.

"Yeana!"

Tidak semena-mena bahu wanita itu terhinjut sedikit apabila ada manusia yang sedang menyeru namanya. Yeana pusing tubuh ke kanan. Lambat-lambat bibirnya menyimpul senyum kelat melihat figura seorang lelaki yang sedang menghampiri dirinya.




×××××

Ekceli Yeana ni bukannya tua, saia letak ‘wanita’ sebab nak menampakkan dia seorg yang matang. Ada faham? Hahahahaha kbai 😂♥

Jangan lupa voteeee :P . Tenkiu ♥

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now