Bab 13

3.6K 428 45
                                    

Bunyi loceng menandakan ada pelanggan yang sedang memasuki kafe. Yeana yang sedang sibuk mengelap meja hanya endahkan. Kerana sejak kafe diubah suai, pelanggan hanya perlu memesan melalui kaunter sahaja. Tak perlu lagi menunggu untuk diambil pesanan.

Tubuh dipusing bersama kain lap di tangan. Yeana berjalan ke arah kaunter. Tapi kaki dihentikan sebaik melihat susuk tubuh lelaki dihadapannya itu sedang mendongak melihat menu yang ada di belakang Taehyung, barista baru kafe yang menggantikan Daniel.

"Bagi..."

"Jimin."

Lelaki itu pusing tubuh. Sedikit terkejut dengan Yeana. Bila masanya wanita itu berdiri dekat dengannya pun tidak tahu. Kedua kening diangkat. Tertanya-tanya.

"Ya?"

Kain lap yang berada di tangan diletak atas kaunter. Lengan kiri Jimin diraih.

"Ikut saya."

Langkah kaki wanita itu diekori sambilan lengannya ditarik oleh Yeana keluar dari kafe. Mereka berhenti di luar kafe. Lengan Jimin sudah dilepas. Kini wanita itu menyilang tangan ke dada. Jimin sibuk membetulkan kedut di kotnya di bahagian lengan. Yeana melayang bebola mata.

"Kenapa awak tarik saya sampai keluar ni? Apa masalah?" Tanya Jimin lalu memandang Yeana yang berdiri dihadapannya.

"Awaklah masalah saya! Awak yang suruh Daniel berhenti kerja kan?"

Jimin sekadar mengangguk. Makin kuat tarik nafas Yeana dibuatnya.

"Awak tahu tak awak dah susahkan hidup orang? Dia bekerja untuk sara hidup, awak senang-senang suruh dia berhenti. Ingat kerja ni, petik jari terus ada ke?!" Suara Yeana naik seoktaf. Tidak pedulilah siapa yang berada di hadapan dia sekarang ini.

Jimin hembus nafas. Dia kemudian memasukkan kedua tangan ke dalam kocek seluar. Riak mukanya, bosan. Jelas sungguh yang dia malas mahu berdebat dengan Yeana.

"Apa motif awak buat semua tu? Ingat awak kerja ofis macam ni, pangkat besar, orang semua kena tunduk dan patuh dengan semua kata-kata awak? Macam tu?" Sambung Yeana lagi. Entah mananya keluar sifat berani wanita itu.

Habis Jimin disekolahkan. Tapi lelaki itu cuma beriak biasa. Dia biarkan Yeana menghambur semua kata-kata yang dia hendak hambur pada dirinya. Biarkan wanita itu berpuas hati bila amarahnya sudah dikeluarkan. Itulah sifat Yeana yang dia tidak pernah padam dalam ingatan.

"Dah? Dah habis?" soal Jimin seakan mengejek. Sinis senyuman yang dia ukir melihat Yeana sedang memerah itu.

"Okey, saya cuba jawab soalan-soalan awak tadi satu per satu eh? Awak tanya gelojoh sangat, nasib baik saya dapat tangkap tau."

Sinis. Sangat sinis bidasan Park Jimin. Sehingga rengusan wanita itu jelas kedengaran.

"Dia berhenti kerja, ya saya yang suruh dia berhambus dari kafe tu. Saya susahkan hidup dia? Rasanya tak kut, dia yang susahkan hidup awak adalah. Erm..cari kerja? Apa susah? Dia kan pengedar dadah, buat apa susah-susah kerja barista. Gaji apalah sangat kalau dibandingkan dengan upah hasil edar dadah tu. Gaji berkali ganda dari gaji kerja barista tau." Kata Jimin mendatar. Tersentak Yeana.

Sementara Jimin sudah terangguk-angguk mahu meyakinkan wanita itu bahawa semua tutur katanya betul. Betul apa? Dia sendiri yang cari tahu siapa Daniel. Dia sendiri yang datang bersemuka dengan Daniel menyuruh supaya pemuda itu berhenti kerja dan jauhkan diri dari Yeana.

"Oh ya, bab motif tu saya tertinggal. Awak tanya apa motif saya?"

Yeana mengangguk. Menunjukkan yang dia benar-benar ingin tahu. Jimin menyimpul senyuman penuh sinis.

"Saya rasa awak tak perlulah tahu. Biar saya aje yang sendiri tahu apa motif saya. Sebab kalau saya bagitahu, bukan penting pun untuk awak. Kan?"



"Ann!"

Roh kembali ke realiti. Yeana angkat muka. Terkebil-kebil biji matanya memandang susuk tubuh Shuhua yang sedang berjalan menghampiri dirinya. Di tangan gadis itu membawa pinggan dan gelas. Sudah masanya untuk rehat. Begitu juga Yeana. Dia tadinya berehat sendirian. Sebab itulah fikiran sedang menerawang jauh.

"Awak duduk dekat sini tak bagitahu kan? Habis semua tempat saya cari, rupanya dekat sini awak duduk." Kata Shuhua. Pinggan dan gelas diletak atas meja lalu kerusi putih yang tidak digunakan lagi itu ditarik.

Yeana ketawa kecil. Shuhua.., membebel serupa Hyerin. Tapi kalau nak dibandingkan dengan bebelan Shuhua, bebelan Hyerin lagi power. Bernanah telinga. Haha.

"Dahlah membebel tu, makan. Bunyi keroncong awak tu dah serupa guruh yang nak hujan lebat tahu." Ujar Yeana. Sengaja loyar buruk. Gadis Cina itu mencebik.

"Hei Shuhua,"

Gadis itu menengadah muka memandang Yeana. Keningnya terangkat sambilan mula menyua makanan ke dalam mulut.

"Taehyung ada kata dekat saya.."

Jeda. Sengaja ayatnya digantung. Sambilan Yeana terketawa kecil melihat riak muka gadis dihadapannya itu.

"Dia suka awak."

Uhuk! Tangan meraba-raba supaya gelas tercapai. Cepat-cepat air diteguk. Merah padam muka Shuhua.

"Hisy! Orang tengah makanlah Ann!"

"Betul tak tipu, dia sendiri mengaku dekat saya tadi."

"Taehyung tu nerd lah! Dengan spec mata tebal dia tu. Bukan taste saya tahu." Kata Shuhua. Yeana ketawa mengekeh. Seronok rasa dapat menyakat gadis Cina itu.

"Nerd dekat luaran aje tu. Kalau dia buka spec, pakai kanta lekap. Rambut blonde, fuhh.."

"Yeana!"





×××××

Ada yang fikir yeana baling kain lap kat jimin tak takk? 😗😂

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now