Bab 4

3.6K 503 29
                                    

Dahi dikesat. Yeana menyambung semula kerjanya yang sedang mengelap meja. Apabila sudah selesai, dulang yang terisi dengan cawan kosong pelanggan diangkat.

Beginilah kerja Yeana sejak 4 tahun lalu. Selepas bercerai dengan Jimin, dia tekad dengan dirinya untuk berubah daripada seorang yang suka bersosial ke seorang yang kuat kerja. Dapat gaji, boleh berjoli puas-puas dengan Hyerin!

"Ann..!"

Suara halus Shuhua kedengaran lagi dari arah belakang sedang menyeru singkatan namanya. Yeana mengalih tubuh memandang Shuhua sambilan kedua tangannya masih lagi menampung dulang tadi. Keningnya ternaik.

"Kenapa?"

Shuhua memagut bawah bibir. Tubuh Yeana dihampiri.

"Awak pergi ambil pesanan dekat meja nombor 10 tu, boleh?"

"Kenapa bukan awak?"

"Orang tu muka dia garanglah, saya takut."

Terhambur tawa Yeana. Kepalanya tergeleng beberapa kali. Macam manalah majikan kafe ini dapat menerima Shuhua sebagai pekerja? Mungkin kerana gadis Cina tulen ini terlalu comel? Entahlah. Dulang yang dibawa tadi diberikan kepada Shuhua.

"Okey-okey. Awak ambil ni pergi basuh. Saya pergi ambil order."

Shuhua lekas menganggukkan kepala. Dulang yang Yeana pegang tadi lantas diambil. Sempat bahu gadis itu ditepuk lembut dan Yeana tersenyum nipis. Shuhua pula hanya melihat Yeana yang sudah berjalan ke arah meja nombor 10 itu bersama senyuman yang melebar.

Kakinya dibawa menuju ke meja bernombor 10 itu. Dari kejauhan, Yeana sudah dapat menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang lengkap memakai sut pejabat sedang duduk bersilang kaki membelakangi dirinya yang sedang mendekat.

Yeana menggali nafas dalam-dalam. Entah kenapa dia juga menjadi debar mahu berdepan pelanggan lelaki itu. Buku nota kecil dan pen digenggam erat dalam genggaman.

Kini Yeana sedang berdiri dihadapan lelaki tadi. Dahi wanita itu mula mengeluarkan peluh dingin. Matanya sedikit terbuntang. Sama seperti dia ternampak lelaki itu di tren tempoh hari. Yeana merenggut bawah bibir apabila Jimin masih leka dengan telefon bimbitnya. Lama juga dia menunggu dan Jimin terlihat terlalu leka sehingga tidak sedar akan kehadirannya.

"Pesan encik?"

Jimin akhirnya mengangkat wajah. Tetapi berbeza dengan Yeana, lelaki itu hanya beriak biasa. Seolah-olah tidak pernah kenal akan Yeana. Sementara Yeana, sudah berpeluh dingin sebaik anak mata mereka bertembung sesama sendiri.

"Kopi ais, sepotong kek black forest. Itu saja."

Laju Yeana mencatat. Tulisannya juga sudah serupa cakar ayam. Mahu cepat punya fasal. Dia kemudian pergi meninggalkan Jimin. Langsung tidak berpaling lagi untuk melihat lelaki itu. Yang dia tahu, mahu cepat-cepat lari dari lelaki itu.

Pesanan Jimin yang dia catat tadi diberikan kepada Shuhua sebaik bertembung dengan gadis itu. Belum sempat pun Shuhua mahu berbicara, Yeana sudah pun melesapkan diri masuk ke dalam tandas. Pandai-pandailah Shuhua berdepan dengan Jimin nanti, yang penting bukan dirinya yang menghantar pesanan lelaki itu nanti.

Wajahnya dibasahkan dengan air. Yeana memejam mata, dan kedua tangannya ditunjang pada sinki. Topi hitam yang dipakai olehnya itu ditanggal.

Kelopak matanya dicelik. Pantulan wajah yang sudah basah dilihat melalui cermin. Bebola matanya berjalan keseluruhan wajah. Kedua kening wanita itu kemudian bertemu membentuk kerut dahi.

"Dia tak kenal aku..?"

"Dia tak cam?"

"Muka aku sama aje macam dulu."

"Ke dia amnesia?"

"Atau dia taknak tegur?"

"Yalah, CEO kan. Tipikal orang kaya."

Terkeluh kecil wanita itu. Tisu di ambil bagi mengelap wajahnya yang basah. Topi hitam yang ditanggal tadi disuai semula. Tidak semena-mena hujung bibirnya menarik senyum nipis.

"Kau berharap apa hal? Bukan kau sendiri ke yang minta cerai dulu? Heh."




×××××

Happy 100+ reads ♥. Ursoooo awesome 😌

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now