Bab 17

3.5K 431 79
                                    

Yeana menarik nafas dalam. Sesekali matanya terpejam kerana kelelahan. Sekalian corong telinganya sipi-sipi menangkap gelak tawa Shuhua dan Taehyung dari arah kaunter. Entah apa yang dibualkan oleh Taehyung dan gadis Cina itu. Galak sangat nampaknya Shuhua ketawa.

"Amboi..,"

Teguran daripada anak majikan kafe, juga rakan sekerja mereka Haneul menghentikan gelakan Taehyung dan Shuhua. Haneul menggeleng kepala sambil berleter. Berkali-kali Shuhua menunduk kepala sambil menyembunyikan senyumannya. Yeana hanya perhati dari meja yang dia sedang lap tadi.

Mereka bertiga mula berhenti apabila ada seorang lelaki yang datang menghampiri kaunter. Memakai kot pejabat sambil mengapit purse. Yeana berdecit. Automatik tubuhnya dipusing supaya tidak menghadap lelaki itu.

"Punyalah banyak kafe di Seoul ni, kafe tempat aku kerja juga yang kau datang. Saja nak bagi aku sakit hati ke apa?" Kata Yeana perlahan dan hanya dia sendiri sahaja yang mendengar.

Tangannya yang mengelap meja automatik mengelap meja tersebut dengan kasar. Seolah-olah sedang melepaskan ketidakpuasan hatinya pada meja itu.

"Yeana."

Serta-merta tangannya berhenti dari mengelap. Yeana mengeraskan tubuh. Bibirnya dipagut perlahan. Terngiang-ngiang suara lelaki itu di cuping telinga sedang menyeru namanya.

"Awak nak apa?" Soal Yeana. Dingin.

"Saya nak jumpa awak. Please?" Jawab Jimin seakan sedang merayu. Ton suara lelaki itu juga kedengaran lembut.

Yeana menghela nafas. Lambat-lambat tubuhnya dipusing supaya menghadap Jimin. Tidak semena-mena dada menjadi sesak apabila wangian daripada lelaki itu menusuk masuk ke rongga hidung. Yeana mengundur beberapa langkah ke belakang.

"Tak boleh. Ini waktu kerja saya, saya tak suka ponteng." Tipu Yeana. Walhal waktu kerjanya sudah hampir tamat.

Jimin menarik senyum nipis. Pergelangan tangan kirinya yang tersarung jam tangan dilihat.

"Awak ada 5 minit lagi sebelum waktu kerja awak habis. Jadi ada masa lagi untuk awak berkemas untuk balik. Saya tunggu awak dekat luar kafe, okey?"

Segaris senyuman terukir di bibir Jimin. Yeana merengus geram. Anak matanya terus ditala pada kaunter, melihat Taehyung dan Shuhua. Cepat-cepat mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah lain sebaik anak mata Yeana tajam memanah. Haneul pula sudah terlebih dahulu meloloskan diri.

Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, Jimin ditinggalkan sendirian sambil menghayun kakinya menuju ke kaunter. Sesampainya dia, Taehyung dan Shuhua dipandang jengkel sambil membuat gaya marah. Kedua-duanya sekadar ketawa mengekeh. Selepas itu Jimin pula mengganti.

Diletakkan tiga keping not wang kertas pada meja kaunter. Taehyung dan Shuhua berkerut dahi dan berbalas pandangan. Jimin dipandang pelik.

"Eh, duit ni bayaran untuk apa? Encik tak beli apa-apa pun." soal Taehyung. Jimin tersenyum.

"Anggaplah ini tip untuk awak bertiga sebab jawap soalan saya tadi." Jawab Jimin mendatar.

"Tak boleh! Ini boleh dianggap rasuah. Tak apa, encik ambil aje balik duit ni."

Wang kertas tersebut dihulur semula oleh Shuhua. Taehyung terangguk-angguk tanda mengiyakan kata-kata gadis itu. Jimin tersenyum kelat sambil memandang Shuhua. Nafasnya dihela pendek.

"Tak apa, kalau macam tu guna duit ni untuk pergi makan nanti. Anggap saya belanja awak bertiga, okey?" Ujar Jimin lalu memusingkan tubuh untuk berjalan keluar dari kafe.

Belum sempat pun mereka berdua mahu menjawap, lelaki itu sudah pergi. Sekali lagi, Shuhua dan Taehyung berpandangan. Taehyung mengangkat bahu lalu mengambil wang kertas tersebut.

"Dah dia kata macam tu, kita ambil ajelah. Bukan senang tau orang nak bagi duit gitu aje dekat kita." Kata Taehyung. Shuhua mengecilkan mata memandang Taehyung.

"Eee..cakap ajelah yang awak tu mata duitan!"

"Hei! Cakap baik sikit eh." Tingkah Taehyung. Kedua tangannya naik mengcekak pinggang sambil dipandangnya Shuhua yang berdiri dihadapannya itu.

Shuhua membesarkan mata. Membalas pandangan Taehyung. Tetapi Taehyung mengalihkan pandangannya sebaik melihat kelibat Yeana yang berlalu dihadapan mereka berdua. Tangannya yang mengcekak pinggang terus dilorotkan sambil memandang susuk tubuh Yeana yang mulai keluar dari kafe dengan bebola mata.

"Awak rasa apa hubungan dia orang berdua eh? Lelaki tu kalau datang kafe ni mesti tanya Yeana. Tapi Yeana macam tak suka aje dengan dia."

"Memanglah tak suka, dia orangkan dah..."

Jeda. Shuhua mengetap bibir. Hampir terlepas ayatnya kepada Taehyung. Taehyung mengerutkan dahi pelik.

"Dah apa?" Soal Taehyung.

"Tak ada apa-apalah." Shuhua menggeleng kepala.

"Bagitahulah dah apa? Cuba cakap tu biar habis." Desak Taehyung. Riak mukanya sudah tertempel riak curiga.

"Eyy... Manalah saya tahu. Awak ni pun janganlah busybody sangat!"

Gadis itu kemudian berjalan meninggalkan Taehyung yang terkulat-kulat.

Pandangan ditebarkan ke sekeliling. Terkebil-kebil mata wanita itu memandang seluruh pelosok restoran Jepun yang sedang dia duduki itu. Tambahan pula dia sedang duduk sendiri tanpa Jimin. Kata lelaki itu, ke tandas. Dah lebih sepuluh minit Yeana menunggu. Makanan pun dah terhidang cantik depan mata. Tinggal tunggu di makan.

Wanita itu mengeluarkan keluhan perlahan. Kepalanya tertunduk sedikit. Kalau bukan kerana paksaan daripada Jimin tadi, mungkin sekarang dia sudah selamat landing atas katil. Tapi dia hanya mampu membayang. Hakikatnya, sekarang ini dia sedang berada di sebuah restoran Jepun. Di sebuah bilik makan yang khas untuk pelanggan yang inginkan privasi. Duduknya yang sedang duduk di atas zabuton dibetulkan. Sekali lagi dia mengeluh, dan keluhannya kali ini lebih panjang.

"Depan makanan tak baik mengeluh." Suara teguran daripada Jimin dibalas jelingan.

Yeana membuang pandangan dari memandang lelaki itu yang sudah mengambil tempat dihadapannya.

"Maaflah. Lepas keluar tandas tadi ada orang telefon pula, tu yang lambat sikit." Beritahu Jimin tanpa di soal. Namun hanya dibalas gumaman.

"Kenapa tak makan lagi?" Persoal Jimin sebaik melihat makanan yang terhidang masih belum terusik.

Yeana menggeleng kepala tanpa bunyi. Membuatkan Jimin mengeluh kecil. Merajuk lah tu, gumam lelaki itu dalam hati.

"Makanlah, saya pesan semua ni untuk awak tau." Tutur lelaki itu sambil menyingsing lengan kemejanya.

Yeana hanya memerhati tingkah laku bekas suaminya itu. Lain macam aje perangai. Dalam kepala ligat bertanya, lelaki ni pernah dapat amnesia ke? Dulu masa mula-mula datang kafe, punyalah poyo buat tak kenal. Sekarang ni, dah kenal balik dah? Dah kenal perempuan yang duduk depan dia ni, bekas isteri dia?

"Ah.., sebenarnya saya ajak awak makan malam ni sebab nak kata sesuatu dekat awak."

"Apa dia?"

"Tapi sebelum tu makanlah dulu."

Decitan halus terpacul. Jimin sekadar tersenyum sumbing. Dalam keterpaksaan, penyepit dicapai jua. Lega hati Jimin.

"Kalau boleh saya nak awak cakap sekarang, sebab saya nak balik rumah. Saya penat, tahu tak?"

"Saya pun penat juga, tapi kenalah makan dulu."

Bicara lelaki itu cuma diendahkan. Tangannya sedang sibuk menyua makanan ke dalam mulut.




×××××

Udah 1033 words dongg, kita berhenti dulu ya HUEHUEHUE 😳

Vote&komen, tenkiu ✔💖.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now