Bab 38

3.1K 373 100
                                    

Suara tengkingan yang kedengaran dari dalam wad semakin membuat tulang sendi Taehyung bergetaran. Duduknya makin tak senang bila mendengar pula suara Yeana yang menjawab. Serta-merta lengan Shuhua yang duduk bersebelahan dengannya di kerusi menunggu itu dirangkul. Terperanjat Shuhua apabila lengannya dirangkul.

Dia menoleh ke sebelah kiri. Muka Taehyung dah serupa macam ayam yang tunggu masa nak bertelur. Rangkulan tangan Taehyung yang maha erat pada lengannya cuba ditepis.

"Kau ni dah kenapa?" Soal Shuhua berang bila Taehyung masih belum mahu melepaskan rangkulan.

"Weh... Yeana tu sakit apa? Apa pasal laki dia marah sangat? Salah aku ke semua ni?" Bergetar-getar Taehyung menyoal semula. Gadis Cina itu menghela nafas.

Pasrah betul dengan manusia bermata empat disebelahnya itu. Keluar dah soalan-soalan cepumas dari mulut becok dia. Tak padan dengan nerd betul.

"Yeana tu... Dia cuma period aje. Kau tak payahlah risau sangat..." Suaranya perlahan menjawab.

Tak mungkin dia nak bagitahu Taehyung yang Yeana sedang keguguran. Seriklah dia dengan soalan melulu Taehyung. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu.

"Habis tu kenapa laki dia marah sangat? Dia marah Yeana macam Yeana tu lepas keguguran aje." Kata Taehyung pula.

Shuhua hanya diam. Dia menunduk sedikit memandang lantai konkrit hospital. Lengannya masih lagi utuh dirangkul oleh Taehyung.

"Shuhua!"

Taehyung menggoncang sedikit lengan gadis itu apabila merasa kata-katanya terbiar sepi. Shuhua mengangkat muka dan memandang Taehyung di sisi kiri. Tangan lelaki itu dirungkai kasar. Tersentak Taehyung dibuatnya. Mulut dijuihkan.

Shuhua dah pandai berkasar. Dulu-dulu tak macam tu. Dulu ayu, sekarang ganas.

"Kau ni kan, suka tanya aku macam-macam. Ingat aku ni apa?" Marah Shuhua perlahan. Suara malas melayan.

"Aku tanya sebab kau rapat sangat dengan Yeana. Manalah tahu kau boleh jawab soalan aku tadi." Balas Taehyung.

Bunyi derap kasut yang sedang menuju ke arah mereka menegakkan kepala Taehyung, Shuhua dan Hyerin yang duduk di luar wad Yeana. Ibu dan ayah, serta adik perempuan Jimin berjalan menuju ke arah bilik wad yang menempatkan Yeana.

Taehyung menggamit lengan Shuhua semula sambil mata ralit memerhati kedatangan keluarga Jimin. Lagi-lagi Shuhua berasa rimas. Apa kenalah dengan si Taehyung ni?!

Suasana di dalam bilik wad itu kelihatan tegang. Hanya bunyi nafas yang berdengus-dengus kedengaran. Yeana masih erat dirangkulan Hwamin. Jimin pula masih belum terlepas dari cengkaman tangan ibunya. Hingga berair sedikit matanya dek menahan sakit di lengan.

"Sampai hati awak Park Jimin? Tengking, tuduh, marah isteri awak dalam keadaan dia macam ni? Awak ingat bila awak luah kecewa awak dengan semua tu, dapat pulihkan trauma Yeana?" Marah ibunya.

Jimin diam lagi. Mati terus kata-katanya. Tadi berani pula dia tengking-tengking. Ayah Jimin yang berdiri sedikit jauh dari belakang anak beranak itu cuma memerhati. Tak ingin dia nak tolong Jimin rungkai cengkaman isterinya itu. Tak pasal-pasal dia pula yang dicakar oleh Puan Park.

"Isteri awak tu keguguran! Bukannya lepas buang air kecil yang lepas tu dah tak sakit lagi. Sakit yang dia rasa tu bukannya sikit. Mama perempuan dan mama tahu macam mana sakit yang dia rasa. Sakitnya luar dalam tahu tak?!"

"Tapi dia dah kecewakan Jimin, ma!" Jimin menjawab berani. Matanya semakin berair.

Yeana yang mendengar terus menyembunyikan wajahnya pada dada Hwamin. Air mata deras semula menuruni pipi. Badan yang menggigil tadi terus terhinjut semula.

"Kita semua kecewa, bukan awak seorang aje! Benda dah nak jadi. Kita nak buat macam mana lagi? Nak marah, mengamuk macam mana sekali pun anak tetap dah tak ada." Kata Puan Park. Nada suaranya makin mengendur.

Lengan Jimin dilepaskan. Jimin jatuh melutut pada lantai wad. Ibunya pula berjalan ke arah katil Yeana dan menarik perlahan badan anak menantunya ke pelukan. Belakang Yeana diusap-usap lembut.

"Awak tak malu ke Park Jimin? Dulu awak beria-ia nak berkahwin dengan Yeana semula sebab dia mengandung. Awak sanggup tinggi suara dekat mama semata-mata nak pertahankan Yeana. Tapi sekarang, bila dia jadi macam ni awak tengking dia, marah, tuduh dia tak habis-habis. Awak kata Yeana cuai tapi awak sedar diri tak yang awak pun cuai juga?" Puan Park mencemuh pedas.

Esakan Yeana kedengaran sayu dipelukannya. Puan Park mengeratkan pelukan. Seakan-akan menyalurkan kekuatan untuk anak menantunya itu.

"Disebabkan sifat gila kerja, awak tinggalkan dia. Awak tinggalkan Yeana walaupun awak tahu kandungan isteri awak lemah. Tak perlu melekat dengan dia sepanjang hari pun lah, cukup awak ada dengan dia bila habis kerja. Itu pun dah memadai, Jimin. Jangan kata Yeana seorang yang cuai, sedar sikit yang awak pun cuai."

Butiran jernih mula menuruni pipi Jimin. Tuan Park menolong anak sulungnya itu untuk bangun dari terus melutut. Bahu Jimin ditepuk-tepuk perlahan. Tak lupa juga dia memberikan sapu tangan kepada anak sulungnya.






×××××

Rilek ni baru konplik kecik 😁. Minum kupi dulu bagi tenang hahahahahaha

Vote&love, thanks ❤.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now