Bab 6

3.6K 484 18
                                    

Badan di bongkokkan sedikit, meletakkan sebuah kek red velvet ke dalam peti kaca yang terisi dengan beberapa jenis kek lain. Usai, Yeana mengelap tangannya. Tidak lama itu dirinya dihampiri Shuhua. Gadis itu sudah bersedia untuk pulang. Hari ini dia hanya mengambil syif pada waktu pagi sahaja memandangkan pada sebelah petang gadis itu perlu menghadiri kuliah di kampus.

Shuhua ialah seorang pelajar di sebuah universiti Seoul. Kerja di kafe hanyalah sekadar kerja part-time baginya. Beruntung dirinya, majikan kafe tempat mereka bekerja itu faham situasi Shuhua. Bekerja sambil belajar untuk menampung pembelanjaan hariannya.

"Awak dah nak balik?" Soal Yeana yang masih berada dihadapan peti kaca penyimpanan kek. Kaunter memisahkan jarak mereka berdua.

Shuhua mengangguk perlahan.

"Kelas mula petang, harini." Jawab gadis Cina itu, kendur nadanya. Kedengaran hampa.

"Oh..Kenapa muka macam tu?" Sekali lagi, Yeana menyoal.

"Sebab nanti tiada orang yang akan teman awak ke stesyen tren. Mesti awak kena jalan seorang, malam pula tu."

Yeana ketawa kecil.

"Dah biasalah. Macamlah baru hari ini saya balik seorang diri." Kata Yeana. Senyum masih terbias pada bibirnya. Shuhua? Masih lagi pegun dengan muka cemberut.

Dia lebih merisaukan Yeana berbanding dirinya sendiri. Setiap perlaku Yeana dia ingin tahu. Lagaknya seperti seorang kakak pada Yeana, padahal jurang umur mereka berdua adalah 5 tahun.

"Pergilah. Nanti lambat pula."

Shuhua membetulkan tali beg silang yang tersangkut pada bahunya sambilan tersenyum kelat. Tutur kata Yeana seakan menghalau, tetapi sedikit pun dia tidak berkecil hati.

"Oh...awak halau saya, ya? Okey, saya pergi."

Sekali lagi, Yeana ketawa. Namun dalam kadar perlahan. Cukuplah sekadar Shuhua yang mendengar.

"Eh cik adik, buruklah muka tu merajuk. Hilang manisnya tahu!"

Shuhua membalas tawa Yeana. Kepalanya tergeleng sekejap, sebelum dia meraba pergelangan tangan kiri untuk melihat jam. Setelah itu, Yeana dilambai menandakan yang dia harus pergi segera. Yeana sekadar tersenyum. Kujur tubuh gadis itu dihantar dengan bebola mata sehinggalah ia hilang dari balik bangunan.


Lihat sahaja kereta Audi hitam berkilat yang elok terparkir itu, lantas kakinya dihayun laju menghampiri. Tubuhnya lekas diloloskan masuk ke dalam perut kereta tersebut.

Shuhua menyandar belakang kepala sambil mengambil nafas. Jelas wangian maskulin dari si pemilik kereta masuk ke dalam rongga hidung. Lekas Shuhua mengalih pandangan ke sisi kiri bersama riak wajah hampa. Ya hampa. Hampa tidak dapat memerhati Yeana.

"Sorry, Shu kena hadir kelas harini. Penting." Shuhua pasang muka kesian. Kut-kutlah kena marah kan? Muka kesianlah bajet yang dia ada sekarang ni.

"Tak apa. Bukan salah Shuhua pun."

Gadis itu mengambil nafas lega. Lega sungguh! Tak sia-sia pun dia pasang muka kesian tadi. Haha.

"Jom, saya hantar pergi uni." Pelawaan daripada pemilik kereta itu melebarkan senyum gadis Cina itu hingga ke telinga.

Lantas tali pinggang keledar dipasang. Tidak lama, kereta tersebut sudah pun meluncur di jalan raya. Sempat lagi ekor mata pemilik kereta itu menilik ke arah kafe tempat Yeana bekerja itu. Hujung bibir naik membentuk senyum.





×××××

Jeng jeng jeng 😝. Amboi cepatnya naik views. Ni marah ni hahahahahaha 😝

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now