Bab 14

3.3K 436 124
                                    

Shuhua berlari anak menuju ke arah kaunter di mana Taehyung berada. Nafas gadis itu tercungap-cungap. Bahu Taehyung di sentuh secara mengejut membuatkan Taehyung yang tadinya sibuk kaget dengan kehadiran gadis itu.

"Ikut saya!" Kata Shuhua bersama ton suara yang agak meninggi. Riak wajahnya juga kelihatan panik.

"Kenapa?" Taehyung bermain soalan.

Soalan Taehyung di biar. Lantas lengan lelaki itu di tarik dan di bawa mengikutinya. Terpinga-pinga lelaki itu. Kaca mata yang di pakainya hampir terlorot dinaikkan dengan hujung jari sambilan mengikuti langkah Shuhua. Atau lebih tepat, larian kecil Shuhua.

"Yeana pengsan! Awak kena tolong angkat dia!" Kata Shuhua. Membawa Taehyung menuju ke tempat rehat staf.

Mereka tiba. Pegangan pada lengan Taehyung di lepas dan tubuh lelaki itu di dorong sedikit. Taehyung masih lagi bungkam. Pada masa yang sama dia terbuntang melihat Yeana yang sudah terbaring atas lantai, salah seorang rakan sekerja mereka pula sedang meletakkan kepala wanita itu di ribaan.

"Apa tunggu lagi?! Cepatlah angkat dia pergi kereta!" Tempikan kuat Shuhua menyedarkan Taehyung.

Cepat-cepat lelaki itu menunduk untuk mencempung tubuh Yeana yang sudah kelihatan longlai itu. Shuhua mengikut dari belakang dan mereka keluar melalui pintu belakang kafe. Sempat gadis itu mencapai barangan Yeana. Selepas memasukkan Yeana ke tempat duduk belakang kereta, tuan punya kereta iaitu rakan sekerja mereka menyerahkan kunci pada Taehyung.

"Hantar Yeana ke hospital, biar saya uruskan kafe." Bahu Taehyung di tepuk oleh Haneul, empunya kereta.

Taehyung mengangguk. Badannya diloloskan masuk ke dalam kereta sambilan memasukkan kunci. Tetapi kepalanya tertoleh ke arah sisi kanan. Gadis itu sudah duluan memakai tali keledar dan sudah pun bersedia untuk ikut sekali ke hospital bersama Taehyung.

"Awak ikut?" Soal Taehyung.

"Ikutlah. Tunggu apa lagi? Jalanlah cepat!"

Bahu Taehyung terhinjut dengan tempelak Shuhua. Terkeluh lelaki itu. Asyik-asyik kena jerit. Mahu pecah gegendang telinga!

Getaran telefon yang diletakkan bersebelahan komputer riba mengalihkan bebola mata Jimin. Pantas tangannya mencapai telefon miliknya itu. Ada mesej.

Lihat sahaja nama si penghantar, Jimin tersenyum. Tetapi lama-kelamaan senyum manis lelaki itu mengendur apabila membaca setiap bait patah perkataan yang di hantar. Punggung lantas diangkat dari kerusi beroda. Sempat tangan mencapai purse sebelum dia angkat kaki untuk beredar.

Segala kerja yang di lakukan tadi lenyap seketika di ingatan apabila mendapat mesej tersebut. Pandangannya langsung tidak lepas dari skrin. Tetapi Jimin berhenti seketika di hadapan meja pembantu peribadinya. Mungkin ingin memberitahu.

"Saya keluar sekejap. Ada hal kecemasan." Beritahu Jimin. Jelas kedengaran sedang tergesa-gesa.

"Encik jangan lupa, pukul tiga petang nanti encik ada mesyuarat dengan BOD."

"Ya-ya saya tahu."

Lelaki itu terus beredar selepas memberitahu. Langkah kakinya laju di atur menuju ke lif. Telefon cepat-cepat di masukkan ke dalam purse.

Tas tangan diletak atas meja bersebelahan katil Yeana. Hyerin menyentuh lengan Yeana. Nafasnya di hela panjang. Tidak tahulah bagaimana perasaan dia sekarang ini. Sangat tertanya-tanya dengan keadaan Yeana.

Yeana sedar. Hyerin sudah menjamah biji mata. Wanita itu menggaris senyum kelat memandang Hyerin. Sedikit pun tidak tertanya-tanya kenapa dia sedang berbaring, berada di bawah siling putih itu, dan berada di dalam wad.

"Huh..kenapa kau tak melalak? Biasanya orang kalau nampak siling putih, mesti melalak tanya dia dekat mana." Hyerin buka bicara. Yeana pula ketawa kecil.

"Klise lah weh."

Hyerin ketawa. Ketawa plastik sambil mengangguk-anggukkan kepala. Sekali lagi, lengan Yeana yang sejuk itu diusap. Automatik matanya memandang permukaan perut kempis sahabatnya itu. Sekali lagi, nafas di hembus.

"Oh..dua orang kawan sekerja kau yang hantar kau ke hospital tadi dah balik kafe semula. Dia orang tak dapat tunggu sampai kau sedar." Beritahu Hyerin mendatar. Wajah Yeana yang sedikit pucat di pandang.

"Tak apalah. Asalkan kau ada pun, dah cukup okey."

"Eleh kau, bajet sweet lah tu." Hyerin pamer muka buat-buat jengkel. Buatkan tamparan halus Yeana menghinggap pada lengannya.

"Doktor kata apa?" Soal Yeana acuh tak acuh. Walaupun dia sudah menduga jawapan yang Hyerin beri ialah...

"Gastrik."

"Dah agak."

Belakang tangan diletak atas dahi. Yeana memejam mata sekejap sambil merasa usapan Hyerin pada lengan kirinya.

"Tapi ada lagi Yeana.."

"Hmm..apa dia?"

Wanita itu sekadar menggumam sambilan menunggu jawapan Hyerin lagi. Seolah-olah berfikir yang Hyerin sedang bercanda dengannya.

"Kau mengandung."



×××××

Wehhhhhhh long time no seeee ahaks~♥ chapter ni ummmm panjang sikit la 😂 jangan lupa vote ^^ manatau lupa jadi saia ingatkan la :3 

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now