Bab 3

3.9K 494 37
                                    

Yeana berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah yang di sewa bersama dengan sahabatnya itu. Belum sempat pun tangannya mencapai tombol pintu, pintu tersebut sudah sedia terbuka dari arah dalam rumah. Yeana sekadar menggeleng melihat rakan karibnya itu yang sudah menyengih lebar hingga ke telinga.

"Kau ni kan..,"

"Apa-apa?"

Langkah Yeana dibuntuti hingga ke sofa. Lantas mereka berdua melabuhkan duduk di sofa masing-masing. Yeana melempar beg silang yang dipakai olehnya tadi atas sofa. Kedua kakinya diluruskan lagi ke hadapan. Matanya dipejam lagi. Penat.

"Jangan buat macam tu lagi, aku terkejut tahu tak." Kata Yeana dalam keadaannya yang masih memejam mata.

Hyerin terus-terusan menarik sengihan. Dia peduli apa. Memang perangai dia sebegitu.

"Alah aku cuma nak tolong kau aje."

"Nak tolong boleh, tapi janganlah balut badan tu guna kain putih."

Makin lebar sengihan Hyerin. Malah tawanya terhambur keluar. Bergema keseluruhan apartment tersebut dengan tawa rakannya itu. Selimut putih berpolka dot hitam yang diguna pakai membalut tubuhnya tadi dipeluk rapat ke dada.

"Weh..,"

"Hmm.."

"Bila kau cuti eh?"

Yeana mencelik sebelah mata. Soalan Hyerin dibiar beberapa ketika. Bawah bibir dipagut perlahan. Dia sendiri lupa. Yang dia ingat, kali terakhir dia meminta cuti 2 bulan yang lepas.

"Entah. Tak cuti kut, kerja aje."

"Eh kau ni. Aku tanya betul-betul dia jawab macam tu pula!" Hyerin menggerutu kecil. Tidak puas hati dengan jawapan Yeana yang kedengaran sambil lewa.

"Betullah. Kau ni..aku tak ambil cuti. Kerja aje. Kerja, kerja-kerja."

"Bla bla bla...lepas tu kalau penat mengadu macam orang hilang anak."

Yeana diamkan sahaja. Hyerin menjuih bibir kehadapan. Hyerin teramat mahu meluangkan masa dengan Yeana. Tetapi Yeana pula tidak reti hendak mengambil cuti. Yeana bercuti bila Hyerin bekerja.

"Kalaulah kau tak cerai dengan bekas suami kau dulu, mesti sekarang dah goyang kaki. Nak apa-apa minta aje. Suami CEO kan. Petik jari aje." Tutur Hyerin dalam nada mendatar. Jari-jemarinya sengaja dibelek-belek.

Sebelah kening Yeana terangkat. Tahu-tahu aje rakan dia ni kan? Tapi persoalannya Hyerin mendapat tahu dari mana pula?

"Macam mana kau tahu..bekas suami aku dulu, CEO ha?"

Sekali lagi Hyerin menarik sengihan. Tetapi lebih kepada senyum kekok. Tangannya lekas menggaru belakang tengkuk. Tabiat Hyerin.

"Urm..hari tu, aku masuk satu bar ni. Aku ternampak bekas suami kau lepak sana, macam rapat dengan bartender dekat bar tu. Lepas bekas suami kau pergi, aku tanyalah dengan bartender tu. Heh."

Tajam jengilan mata Yeana kepada rakannya itu. Dalam pandangan Yeana sekarang ini, kecil besar, kecil besar aje si Hyerin ni. Hyerin duduk menekur apabila terlihat jengilan Yeana. Lantas selimut putih tadi dibalut semula ke tubuh hingga kepalanya. Hanya wajahnya sahaja yang terlihat.

"Kau ni.., nasib baik bartender tu baik tahu tak! Kalau lepas dia bagitahu tu, dia seret kau ke mana-mana macam mana?!" Nada suara Yeana naik seoktaf. Hyerin menjuih bibir bersama riak muka selamba.

"Alah, bartender tu..kenal dengan kaulah. Mana nak beraninya dia. Kalau dia berani, say bye-bye lah dia dengan gigi arnab dia tu."




×××××

Gigi arnab pujaan armyyy 😌😂.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now