Bab 15

3.1K 416 92
                                    

Lama Yeana terpaku merenung Hyerin yang berada di sebelahnya itu. Beberapa saat, wanita itu akhirnya menghambur tawa perlahan sambilan sekali lagi menampar lembut lengan Hyerin.

"Hisy kau ni! Buat lawak pun agak-agaklah weh. Sampai mengandung bagai.."

"Aku cakap betul. Aku tak tipu. Boleh tak kali ni kau jangan fikir aku nak main-main."

Terhenti tawa wanita itu apabila mendengar bicara serius daripada Hyerin. Dia menjadi kaku buat seketika. Terpinga-pinga dan sedaya upaya menghadam semula tutur kata Hyerin di awal tadi.

"Tapi macam mana aku boleh, mengandung?"

Lengan Yeana di lepas. Hyerin mengangkat kedua bahunya dan menyilang tangan ke dada sambilan menyandarkan belakang badan pada kerusi yang dia sedang duduki. Soalan Yeana sengaja dibiar seketika sebelum Hyerin berdehem.

"Takkan kau dah lupa apa yang kau dah buat dua bulan yang lepas? Kau buat perangai kan? Sampai bekas suami kau jumpa dan bawa kau balik rumah dia."

"Tapi Hyerin.."

"Dia lelaki, dude. Dia kisah apa kalau nafsu dah naik? Lainlah kalau dia bernafsu songsang, ada selera dengan kaum sejenis."

Yeana mati kata. Tidak tahu apa lagi modal yang dia ada untuk membantah. Bicara Hyerin ada betulnya. Kedua telapak tangan di bawa untuk meraup wajahnya. Gundah perasaan. Sungguh tidak menyangka lelaki itu mengambil kesempatan.

"Kau kena jumpa dengan dia, Yeana." Tekan Hyerin. Serius dan berbalut nada kegeraman.

Yeana menggeleng kepala. Hyerin mendengus. Bengang pula dia dengan perangai Yeana.

"Dah tu, kau nak biar macam tu aje? Sekurang-kurangnya biarlah dia tahu, biar dia tahu yang dia buntingkan bekas isteri dia sendiri." Kata Hyerin tanpa berlapik. Apa dia kisah. Yang penting dia dapat cuci telinga Yeana.

"Aku taknak jumpa dia. Nanti dia anggap aku ni reka cerita, sebab nak semula dengan dia. Kalau dia fikir macam tu, mana aku nak letak muka?"

"Jadi, kau malu? Habis masa kau bermesra dengan dia atas katil tak malu pula?" Bidas Hyerin. Sempat menarik senyum sinis kepada Yeana.

Yeana mencerlung tajam Hyerin yang masih duduk bersebelahan dengannya itu. Putus asa mahu berbalah dengan lidah bisa Hyerin. Makin dijawab, makin pedas lidahnya membalas.

"Kau cakap berlapik sikit, tuduh aku macam kesalahan ni aku yang mulakan. Aku mana sedar masa tu." Kata Yeana. Berusaha untuk membela diri sendiri.

"Dahlah Yeana, aku malas nak bertekak dengan kau. Aku cuma nak bagitahu, jumpa dia. Malu tu kau tepislah jauh-jauh. Kau ada hak nak dia bertanggungjawab ke atas kau." Ucap Hyerin dengan nada yang  beransur lembut.

Tiada guna pun kalau dia terus-terusan marah dan menyalahi Yeana. Bahu Yeana diusap sambil direnungnya wanita itu yang sudah membuat mimik muka gusar. Tiba-tiba tangan dingin Yeana memegang belakang telapak tangan Hyerin. Terperanjat Hyerin ketika merasai dinginnya telapak tangan Yeana.

"Janji dengan aku, jangan beritahu sesiapa. Biar aku selesaikan sendiri, okey?" Kata Yeana seakan sedang merayu. Hyerin diam. Dia kemudian mengangguk perlahan.

Angguk paksa.

Pintu lif terbuka luas. Jimin melangkahkan kaki keluar dari lif sambil mengapit purse yang sentiasa di bawanya itu di celahan lengan. Beberapa staf yang berlalu menunduk sedikit tanda hormat. Ada juga yang sudah menyengih.

Biasalah, yang lalu itu CEO mereka. Encik CEO hot!

"Err..encik,"

Pembantu peribadi lelaki itu sudah sedia berdiri dari tadi menunggu ketibaannya. Jimin mengangkat kening. Sambil melepaskan kaca mata hitamnya dari terus tersangkut pada batang hidung.

"Kenapa dengan awak ni? Sakit perut ke apa?" Soal Jimin. Cuba bercanda.

Haeun mengeluh. Haih encik ni, tak nampak ke saya tengah gelabah ni?

"Tak..bukan sakit perut. Tapi saya bagitahu ni encik jangan pecat saya pula."

"Apa diaaaa.." Jimin membesarkan mata sepetnya luas-luas menunggu jawapan daripada Haeun.

"Ada perempuan tengah tunggu encik. Saya dah halang dia untuk masuk bilik encik, tapi perempuan tu degil. Nak juga tunggu dalam ofis. Dia kata kalau...kalau saya halang dia lagi, dia.."

"Saya masuk dulu."

Terdiam gadis itu sebaik Jimin mencelah. Kecut perut melihat rupa majikannya itu yang sudah bertukar raut. Tadi bukan main lagi ceria, tak pasal-pasal jadi beku bila tahu ada orang lain yang menceroboh bilik ofisnya itu. Jimin tak suka orang lain suka-suka masuk bilik ofisnya itu. Sebab itu Haeun kecut bila memberitahu tadi.

Hempasan pintu yang ditutup Jimin memeranjatkan Haeun. Dalam hati, berdoa banyak-banyak supaya dia tidak kehilangan kerjanya itu.



×××××

Eyo 😂 sori baru di hapdet..., vote&komen tenkiu 🍬❤.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now