Bab 32

1.9K 295 31
                                    

Nafas ditarik dalam sebaik mereka berdua mula melangkah masuk ke dalam rumah. Yeana memandang sekeliling kondo. Riak mukanya kosong. Walaupun dia pernah jejak kaki sekali dulu, tapi keadaan dalam kondo itu masih samar-samar. Dia masih belum dapat ingat dengan jelas tapi, jalan menuju ke bilik tidur Jimin masih segar pula dalam ingatan.

Mungkin sebab dia sudah pernah keluar dari bilik itu. Bila kepala mula imbas semula, dia jadi sakit hati. Bilik itu juga tempat Jimin menyimpan 'perempuan simpanannya'. Sekurang-kurangnya suruhlah tidur bilik lain.

"Saya nak bilik asing." Kata Yeana. Lebih kepada meminta. Jimin yang sedang menarik kedua-dua bagasinya berhenti melangkah. Bagasi ditegakkan.

"Kenapa? Kita kenalah sebilik..."

"Habis tu mistress awak nak letak mana? Awak juga kata masa-masa macam ni dia tengah tidurkan?" Yeana memintas laju. Jimin menghembus nafas perlahan.

Kepala diangguk kecil sambil menarik semula kedua-dua bagasi Yeana menuju ke sebuah bilik yang bersebelahan dengan bilik utama. Iaitu sepatutnya bilik dia dan Yeana. Ikutkan hati, dia nak tunjukkan bilik mereka. Tapi takutlah pula rahsia kecil yang ada atas katilnya itu nanti terbongkar. Haih lah... Keadaan tengah serius maut pun masih ada hati nak perguraukan isterinya. Tak serik!

"Erm... Bilik awak." Kata Jimin dan mula masuk ke dalam bilik itu dengan bagasi yang masih ditarik. Lalu diletak di tepi katil.

Yeana masih berdiri di muka pintu. Bebola matanya memerhati segenap bilik. Boleh tahan. Ada balkoni. Malam-malam boleh ambil angin dekat luar.

"Awak nak apa-apa lagi tak?" Soal Jimin sambil berjalan ke arah Yeana. Wanita itu menggeleng seraya menahan tombol pintu dengan genggamannya.

"Tak ada. Awak keluar, makan malam tak payah risaukan saya. Pandailah saya cari nanti." Katanya dan mendorong badan Jimin untuk keluar sepenuhnya dari bilik. Kemudian pintu ditutup rapat.

Sekali lagi dia menghela nafas. Kakinya dihalakan ke arah pintu gelungsur balkoni. Tangan mula menarik pintu gelungsur itu untuk membuka. Sebaik terbuka, angin terus menerpa lembut ke wajahnya. Langsir yang berwarna krim itu berterbangan dek tiupan angin yang menerobos masuk ke dalam bilik.

Yeana berjalan ke meja yang disediakan pada balkoni. Kemudian duduknya dilabuh pada kerusi. Riak mukanya masih kosong. Fikiran pula sedang meracau dengan memikirkan Jimin dan 'kekasihnya' yang berada bersebelahan bilik.

Ya... Memang dia tawar hati. Tapi sekarang dah jadi suami isteri. Wajarlah kalau dia lembut hati sikit. Terima Jimin sebagai suami dia semula.

Tali beg yang bersilang pada dadanya dibuka lalu dilempar ke atas sofa yang terdapat dalam biliknya. Tubuhnya serta-merta dijatuhkan pada katil sambil mendepakan kedua tangan. Jimin mengatup mata sebentar. Selepas itu mencelik semula mata seraya menghembus nafas panjang melalui mulut. Matanya kelip-kelip memandang siling bilik yang berwarna coklat perang itu.

Apa Yeana tengah buat? Marah? Ikutkan hati, Jimin ingin untuk merangkul badan kecil Yeana ke pelukan untuk memujuk. Dia teringin nak tengok muka cemberut Yeana lama-lama sampai ada senyuman yang terukir.

Wajah diraup dengan kedua-dua belah telapak tangan. Kepala didongakkan sedikit memandang sesuatu yang berbulu tebal sedang tidur nyenyak. Badannya meringkuk bulat atas tilam. Mungkin mencari kehangatan melalui bulu tebalnya. Jimin tersenyum lalu menggesot sedikit badannya mendekati bulu tebal itu.

"Cuty..."

Bulu tebal itu diusap-usap. Makin meringkuk bulat badan gempalnya sebaik Jimin menganggu tidurnya.

"Hisy... Tidur aje. Saya puji awak melambung tau tadi dekat Yeana. Sampaikan dia cemburu. Manusia mana aje boleh cemburu dekat kucing gempal macam awak ni?" Tutur lelaki itu seraya bangun dan duduk bersila di tengah-tengah katil.

Kucing berbulu tebal, lebat dan gebu itu dia ambil dan meletakkannya pada riba. Jimin mengusap-usap bulu lebat itu bersama senyuman yang terukir. Inilah 'perempuan simpanan' yang dia seludup masuk ke dalam biliknya. Tiap-tiap malam dia tidur bersama dengan kucing yang dinamai Cuty itu.

"Dia sayang saya lagi..." Kata Jimin. Si mata bulat yang berada di ribanya diangkat. Hidung digesel-geselkan pada bulu lebat kucingnya itu. Hangat aje rasa.

"Meow....."

"Dia cemburu bila saya kata ada perempuan lain dalam rumah ni." Jimin tersengih sendiri. Kucing tadi dia peluk erat sambil bermain-main dengan bulu lebatnya.

"Tapi dia marah..." Lelaki itu menjuih. Kesal dengan gurauan melulu yang dia sendiri batu apikan.

"Macam mana nak pujuk?!" Sekali lagi kucing yang dipeluk olehnya itu diangkat separas wajah. Seolah-olah sedang bertanya pada haiwan yang hanya reti meow itu.

"Meoww...." Kucing itu mengingau kuat. Mungkin rimas. Kejap angkat, kejap usap.

"Oh!" Jimin tersenyum hingga mata terkatup. Akal fikirannya mula mengisar sesuatu.




×××××

Happy 40k reads kamurang 😳💛🎆.

Vote&love, thanks ❤.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now