Bab 36

2K 236 29
                                    

Melihatkan kereta Hyerin yang mula berhenti, cepat-cepat Yeana mengangkat punggung dari kerusi yang terdapat di lobi kondo. Tangannya melambai-lambai riang ke arah Hyerin yang berada di dalam kereta bersama senyum yang memekar.

"Amboi kau... Bukan main lepas jadi bini si Jimin tu." Kata Hyerin ketika Yeana memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Perlahan-lahan kereta mula meluncur ke lebuh raya.

"Apa maksud kau ni?" Soal Yeana bersama kerut dahi. Nak girang-girang jumpa bestfriend pun salah ke?

"Kaulah! Sampai hati kau kan jadikan aku ni driver tak bergaji kau. Bestfriend jahanam betullah kau ni, Yeana." Mimik mukanya sengaja dicebik. Yeana menolak pipi mulus sahabatnya dengan jari telunjuk.

"Eleh kau. Nak salahkan aku pulak! Kau sendiri yang setuju nak hantar aku hari ni. Jadi kau tak boleh senang-senang cop aku ni bestfriend jahanam kau. Nanti bila suami aku dengar, habislah kau..."

Hyerin mencebik lagi. Stereng kereta dipusingkan sambilan mengerling Yeana di sebelah. Ingat dia takutlah tu? Mintang simpanglah.

"Sejak bila pula kau ni kesah kalau Jimin dengar apa yang aku cakap? Kau kata dah tak sayang dia lagi."

Yeana tersenyum. Barisan giginya yang tersusun cantik terserlah sambil memintal-mintal tali keledar yang dipakai. Hyerin yang menjeling sahabatnya itu buat muka menyampah. Confirm kawan dia seorang ni dah kena sihir cinta suami sendiri. Tsk!

"Itu dulu. Aku saja aje cakap tak sayang. Nanti kau cemburu pula dengan aku." Kata Yeana. Senyum lagi.

"Eh... Helo? Aku nak cemburu buat apa pula?!" Berang Hyerin lalu menggenggam stereng keretanya erat. Tak puas hati betullah. Ada ke patut semata-mata tak nak dia cemburu?

"Yalah... Sebab kau tak ada boyfriend. Susahlah nanti bila dah cemburu, tak ada tempat nak mengadu." Balas Yeana pula. Nada perli pakej dengan sindiran sekali. Hyerin mengetap bibir.

Eee... Sakitnya hati aku!

"Aku dah ada boyfriend, okey. Lagi hensem daripada suami kau tu." Akui Hyerin perlahan. Suara yakin tak yakin. Habislah... Dia dah mengaku.

Yeana disebelah menganga kecil. Mata kelip-kelip tak percaya. Hyerin menghulur tangan kanan dan menolak dagu sahabatnya ke atas untuk menutupi nganga.

"Terkejut sangat ke kau ni? Pelik sangat ke kalau aku ada boyfriend?" Tanya Hyerin. Kening diangkat-angkat.

"Pelik weh... Sebab lelaki tu sanggup nak jadi boyfriend kepada kau yang lidah tajam macam samurai."

Tak lama, gelak Yeana bergema dalam kereta. Hyerin yang serik lantas menampar-nampar peha kiri Yeana. Mengeluarkan segala ketidakpuasan hatinya terhadap Yeana yang sedang seronok bergelak tawa. Jimin nak marah pun, lantaklah.

"Aduh... Sakitlah Hyerin!" Adu Yeana sambil menghentikan tangan Hyerin. Peha yang berasa sedikit kebas itu diusap-usap.

"Kau gelak-gelakkan aku. Karang terberanak padan muka. Aku tinggalkan kau tepi jalan."

Sedas Hyerin menghadiahkan jegilan kepada Yeana. Wanita itu sekadar tersenyum. Menahan gelaknya daripada terkeluar.

"Selamat datang. Cik nak pesan apa?"

Yeana menyembunyikan senyum melihat Shuhua yang nampak terpinga-pinga melihat dirinya yang sedang memakai kaca mata hitam. Dia diam membisu. Mata melilau memandang Taehyung yang sedang sibuk di mesin pembuatan kopi, Haneul pula sibuk berulang-alik keluar masuk dapur. Perlahan-lahan tangannya menanggalkan kaca mata.

"Nak pesan saya rindu awak semua, boleh?"

Dua kepala yang sedang sibuk itu termasuk Shuhua terus menegak. Taehyung yang sedang berada sedikit jauh menjengah, Haneul yang sedang membelakang pula terus memusingkan badan mencari punca suara. Shuhua sudah terbuntang mata melihat Yeana yang sedang berdiri dihadapannya.

"Ann!"

Senyum mereka bertiga mekar. Sekelip mata Shuhua berjalan ke arah Yeana dan membawa wanita itu masuk ke ruangan kaunter kafe. Badan Yeana dipeluk Shuhua dan Haneul. Taehyung cuma memerhati dari belakang. Teringin dia nak join sesi peluk-peluk. Tapi bila ingatkan risiko dia diterajang oleh Jimin itu tinggi, niatnya terkubur.

"Rindunya kat awak!" Kata Shuhua. Badan Yeana dipeluk lagi.

"Tahu..." Yeana senyum manis.

Kemudian dia memandang sekeliling kafe. Haih... Rindunya nak kerja balik.

"Awak datang kerja ke?" Soal Taehyung dari belakang Shuhua. Hanya gelengan yang Yeana beri. Senyum manisnya perlahan-lahan berubah kelat.

"Saya belum tanya suami saya lagi kalau saya boleh kerja balik atau tak."

Shuhua mengusap lengan Yeana lembut. Dia kemudian membawa Yeana untuk duduk di meja kafe. Bahu Yeana didorong lembut untuk duduk di meja yang kebetulan tidak jauh dari kaunter. Jadi bolehlah dia berborak dengan mereka bertiga sambil membuat kerja.

"Tak apa. Hari ni awak customer kafe ni. Jadi tak payah sibuk-sibuk nak ambil kain lap tau." Dulu-dulu Shuhua memberi amaran. Yeana ketawa kecil dan mengangguk.

"Taehyung sediakan minuman untuk awak."

Haneul dari balik kaunter pula bersuara. Laju barista Kim Taehyung mengangguk. Dapatlah dia bagi Yeana merasa resepi kopi yang baru.

Bawah perut yang terasa sakit itu ditekan lembut. Dahi Yeana mula mengeluarkan renik peluh. Telapak tangan kanannya mula berasa basah dengan peluh. Muka berkerut habis menahan kesakitan pada bawah perutnya. Sakitnya bagai dicakar-cakar. Yeana mengangkat mukanya yang sudah bertukar pucat.

Taehyung masih sibuk dengan kerja. Haneul sibuk mengambil pesanan pelanggan di meja kaunter. Shuhua pula jauh dari meja yang sedang dia duduki. Lagi sadis, gadis Cina itu membelakangi mejanya.

"Yeana, awak okey? Kenapa pucat sangat ni?" Haneul menegur dari meja kaunter.

Dari tadi dia perhati. Yeana tak senang duduk. Muka pula semakin lama semakin memucat. Dia kemudian keluar dari meja kaunter dan menghampiri Yeana. Shuhua dipanggil untuk menggantikan dirinya.

Tangan Yeana yang berada atas meja disentuh. Dingin. Soalan Haneul tadi cuma dibiar. Tetapi anak matanya bergetar-getar memandang Haneul. Tubir matanya semakin berbalam-balam. Betapa seksanya dia menahan rasa. Mulutnya terbuka, tapi satu ayat pun tidak terluah.

"Perut...saya.... Ss...sakit.."

Air matanya jatuh ke pipi. Haneul mula panik. Lantas dia memanggil Shuhua dan Taehyung. Pelanggan-pelanggan yang kebetulan hanya beberapa orang di dalam kafe itu mula tegak kepala memandang ke arah meja Yeana.

"Kenapa dengan Yeana?" Soal Taehyung. Haneul menggeleng cepat.

"Tak tahu! Dia kata perut dia sakit." Jawab Haneul. Suara bergetar. Panik melihat keadaan Yeana.

Shuhua menolak sedikit tubuh lampai Taehyung. Dia kemudian melutut di sisi Yeana yang sedang berkerut muka. Air matanya tak henti-henti merembes keluar.

"Kau bagi dia minum air apa tadi?!" Shuhua menyoal Taehyung dengan nada berang.

"Aa...aku bagi dia...minuman yang aku bagi...kau orang berdua rasa dulu..." Terketar-ketar Taehyung menjawab. Kakinya diundur sedikit ke belakang.

"Bodoh! Kenapa kau bagi dia minuman tu?! Tengok apa dah jadi!"

Usai menengking, gadis itu bangun. Kedua tangannya diselitkan bawah ketiak Yeana supaya dapat membantu wanita itu untuk bangun. Haneul dan Taehyung tercengang dengan tengkingan berani Shuhua. Taehyung yang berada di belakang terkejut melihat seluar jeans yang dipakai Yeana dipenuhi dengan tompokan darah.

"Darah!"

Haneul memandang belakang Yeana. Mulutnya ditekup. Shuhua pula gigih membantu Yeana yang dalam beberapa minit sahaja terkulai. Bahu Taehyung ditampar untuk menyedarkan lelaki itu.

"Hospital, now!"





×××××

Vote&love, thanks ❤.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now