Bab 35

2.2K 283 70
                                    

Briefcase diletak atas meja. Kot pejabat yang dipakai olehnya tadi disangkut pada tiang penyangkut yang terdapat di sudut bilik ofis. Ketukan pada pintu menyentakkan Jimin. Selepas dia memberi keizinan, pintu terkuak. Terpampang susuk tubuh Haeun di muka pintu yang kemas dengan blaus merah jambu cair bersama pencil skirt berwarna kelabu. Bunyi kasut tinggi yang dipakainya berkelecak-kelecuk memasuki bilik ofis Jimin.

"Selamat pagi, bos!" Ucapnya dan menunduk badan sedikit.

Jimin tersenyum.

"Selamat pagi Haeun,"

Jimin duduk di kerusi empuknya. Komputer riba mula dikeluarkan dari dalam briefcase. Haeun pula mula menapak sedikit ke hadapan. Tangannya mula menari-nari atas skrin tablet yang dibawanya tadi.

"Hari ni bos ada meeting dengan ketua-ketua jabatan pukul sebelas pagi. Tengah hari nanti pula bos ada lunch dengan Encik Ha. Lepas tu, jadual bos kosong sampai waktu habis pejabat." Lapor Haeun. Jimin mengangguk-angguk.

Bolehlah dia seludup diri keluar awal petang nanti. Tak sabar nak jumpa Yeana. Rindu dah mula bertamu. Alahai...

"Thanks, Haeun." Senyum nipis dihulur buat PAnya. Haeun membalas senyuman majikannya dengan senyum menyeringai. Nak usik bos!

"No problem, bos. Kerja saya." Ujar gadis kecik molek itu.

Tablet ditangannya dipeluk ke dada. Mata ralit memerhati majikan yang sekejap-sekejap tersenyum. Nak kata dia senyum dekat Haeun, mata pandang skrin komputer dialah pula. Hisy... Tak boleh jadi ni. Kena tegur bos aku seorang ni.

"Bos..." Panggil Haeun. Jimin mengangkat wajahnya memandang gadis itu.

"Kenapa Haeun?" Matanya dibesarkan sedikit. Menanti tutur si PA yang kelihatan ingin bertanya.

"Orang kalau lepas kahwin memang macam tu ke?"

"Macam mana apa dia?"

"Asyik senyum sendiri."

Jimin tersenyum kecil. PA dia seorang ni memang cakap tak berlapik. Cakap main redah mengeluarkan apa yang ada dalam kepalanya. Tak pedulilah orang depan dia tu orang pangkat tinggi dari dia sekalipun. Yang penting dia dapat suarakan pertanyaannya.

"Alamak... Obvious sangat ke muka saya ni?" Jimin mengecilkan suaranya bertanya lalu menyengih. Perangai dua kali lima.

"Kalau bos buat muka macam lepas marah pun, rasanya tak hilang." Komen Haeun dan terangguk-angguk.

"Haish, macam mana ni Haeun. Meeting lagi dua jam. Kalau muka saya tak maintain macam biasa, semua gelakkan saya nanti." Jimin mula mengadu.

"Bos balik rumahlah." Kata Haeun. Tak berlapik lagi.

"Kalau boleh sekarang juga saya balik rumah jumpa isteri saya Haeun,"

"Kuat betul penangan cinta Puan Yeana dekat bos." Haeun gelak kecil.

Akhirnya Jimin mengeluarkan keluhan kecil. Dia bersandar pada kerusi dan memejam mata sekejap. Pejam mata, bayangan Yeana muncul. Terus matanya dicelik semula. Memandang tepat ke arah Haeun yang masih pegun berdiri dihadapan mejanya.

"Saya tak nak kehilangan dia lagi, Haeun. Lima tahun kami berpisah, tapi saya tetap nak dia ada sebelah saya. Saya tetap nak dia jadi isteri saya sampai bila-bila." Wajahnya diraup dengan kedua telapak tangan. Haeun sekadar menghulur senyum simpati.

"Nanti bila bos kena berangkat pergi outstation lusa, mesti rindu dekat Puan."

"Sangat-sangat Haeun."

Pipi kanan Yeana dicubit lembut seraya dia duduk di birai katil. Yeana yang sedang duduk bersimpuh di lantai bilik mencebik sambil melarikan tangan Jimin yang sedap-sedap mencubit pipinya. Tahulah pipi dia lembut macam mochi. Tak payahlah cubit-cubit.

"Awak cubit pipi saya ni kenapa?" Marahnya. Lebar sengihan Jimin.

"Tak puas nak makan pipi awak. Manis macam gula-gula kapas. Lembut macam mochi."

"Yalah tu."

Baju-baju yang dia keluarkan dari bagasi dilipat semula. Nanti nak masukkan dalam almari bersebelahan Jimin punya. Kemudian Yeana berdiri. Di tangannya membawa baju-baju yang sudah siap terlipat kemas.

Selesai memasukkan baju ke dalam almari, Yeana berjalan semula ke arah Jimin yang sedang duduk di atas birai katil. Lelaki itu sudah siap mandi. Rambutnya yang lembab diraup ke belakang memperlihatkan dahinya.

"Sayang... Come."

Tangan Yeana digamit. Kemudian didudukkan ke atas riba. Yeana sekadar menurut. Pinggangnya ditahan dengan sebelah tangan lelaki itu sambilan sebelah lagi erat memeluk badannya. Jimin menyembamkan wajah ke ceruk leher Yeana. Rambut lembabnya mengenai pipi kanan Yeana.

"Lusa kan... Saya kena pergi outstation tau."

"Berapa hari?"

Bahu kanan Yeana terasa ringan semula. Jimin mengangkat wajah dan memandang Yeana dengan riak cemberut.

"Dua hari..." Badan isterinya semakin erat dirangkul. Jimin bergerak kiri dan kanan. Seolah-olah sedang mendodoi.

"Dua hari... Tak lama pun."

"Tak lama awak kata? Dua hari tu ibarat dua ratus tahun tahu tak? Rindulah saya dekat awak dengan baby nanti." Pipi Yeana digesel-gesel manja. Yeana mencebik dalam pelukan Jimin.

"Alah... Lima tahun awak boleh tahan rindu. Takkan dua hari pun awak tak boleh nak sabar."

"Tak boleh."

Sengaja Jimin meleretkan rengekan. Buatkan Yeana berasa sedikit rimas. Lemas dalam pelukan Jimin. Tak padan dengan nak jadi bapa budak. Akhirnya Yeana diam membisu. Pipi dilekap pada dada suaminya. Telinga dilekapkan betul-betul pada jantung. Dup dap dup dap.

"Nanti jaga diri tau. Jaga baby baik-baik. Jangan buat kerja berat. Bila saya balik nanti, tahulah saya buat semua tu. Awak duduk aje rumah diam-diam dengan Cuty."

Uraian rambut Yeana dielus lembut. Yeana sekadar mengangguk dan menggumam. Kedua tangannya naik merangkul ke leher Jimin. Macam koala tengah bergayut. Jimin menepuk-nepuk belakang isterinya sambil bersenandung kecil.

"Tak sabar nak tunggu baby lahir..." Kata Jimin. Suaranya yang perlahan seakan-akan sedang berbisik. Yeana tersenyum.

"Lama lagilah."






×××××

Fon bersemut keeeeeee hahahahahaha 😜😜.

Vote&love, thanks ❤.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now