Bab 11

3.6K 460 56
                                    

Nafas wanita itu berdengus-dengus. Anak matanya tajam memanah ke arah lelaki yang duduk bersilang kaki di sofa. Jauh sedikit jarak daripada dia yang sedang pegun duduk atas katil. Yang di kira katil lelaki itu.

Jimin hanya beriak biasa. Langsung tidak gentar dengan panahan mata Yeana yang sedang mencerlung dirinya. Sesekali dia menghirup air kopi yang memang tersedia atas meja berdekatan sofa yang di duduki. Sehingga bahagian dadanya sedikit terdedah kerana hanya memakai jubah mandi. Kemudian mata tertumpu semula pada tablet.

"Saya tanya lagi sekali, macam mana saya boleh ada dekat sini, dalam bilik ni, berdua dengan awak?!"

Tempikan Yeana memberhentikan jari Jimin menari diatas skrin tablet. Nafas dihembus panjang. Buat muka bosan. Serta-merta kepalanya tertoleh pada Yeana. Dapat dia lihat wanita itu sedang memerah, menahan marah. Sambilan tangannya erat memegang selimut hingga ke dada. Padahal badannya masih tersarung kemeja.

Kemeja Jimin.

"Saya jumpa awak semalam. Tepi jalan, macam orang gila. Saya nak biar tapi hujan, lagipun nanti orang lain pungut awak, bahaya pula. Sebab tu saya bawa awak balik kondo saya ni." Jawab Jimin. Sambil lewa nadanya. Mata dilarikan semula pada skrin tablet.

"Tapi awak boleh aje hantar saya balik apartment kan?!" Yeana masih tidak berpuas hati.

"Jauh. Cukup baik saya bawa awak balik kondo saya. Kalau saya buang awak dekat kelab, tak ke naya? Bersyukur sikit, ya."

Bibir diketap rapat-rapat. Geram. Ayat Jimin selalu berselitkan sindiran. Kalau tak sentap, sakit hati. Jimin tarik hujung bibir. Senyum kemenangan.

"Awak..awak tak ada buat apa-apa dekat saya semalam kan?!"

Sekali lagi, Jimin menoleh ke arah Yeana. Kali ini Yeana menelan liur perit. Pandangan lelaki itu serta-merta menjadi dingin. Tepat tertanam pada anak mata Yeana. Jimin bangkit dari sofa. Kakinya perlahan-lahan dituju pada katil di mana Yeana sedang duduk. Yeana jadi tidak senang. Gabra. Matanya tidak lepas memandang Jimin. Selimut ditarik tinggi.

Badan Yeana semakin ke belakang apabila lelaki itu sudah sedia menunduk melihat dia. Terkebil-kebil mata Yeana jadinya. Hujung hidung mereka hampir bersentuh tapi Jimin melarikan wajah ke telinga Yeana. Hendak berbisik agaknya.

"Kalau ada sekali pun, kenapa?"

Meremang. Tegak semua bulu roma. Yeana memejam mata rapat-rapat. Terngiang-ngiang suara lelaki itu dalam corong telinga. Dingin, tapi maskulin.

Bila mata dicelik semula, Jimin sudah pun turun dari katil. Di tangannya pula ada telefon milik lelaki itu. Jimin tersengih sambil jarinya seperti menggesek skrin telefon, menjawab panggilan. Apabila telefon sudah terlekap pada telinga, lelaki itu terus keluar dari bilik. Tinggalkan Yeana yang masih terpinga-pinga.

Tombol pintu bilik dibuka semula. Jimin masuk ke dalam bilik dengan membawa satu beg kertas. Lainnya sekarang, lelaki itu sudah lengkap berpakaian pejabat. Tiada lagi jubah mandi, tiada lagi rambut serabut.

Yeana yang melihat pun terlongo sedikit.

"Here,"

Beg kertas tersebut diberi kepada Yeana. Yeana menyambut huluran Jimin. Bila beg kertas itu sudah bertukar tangan, Yeana membuka sedikit untuk melihat isi kandungan beg kertas tersebut.

"Saya suruh PA saya belikan pakaian baru untuk awak. Pakaian yang awak pakai semalam basah. Pakailah, harap awak muat." Jimin tersenyum nipis usai bicara.

Pipi menjadi panas. Isi kandungan beg kertas itu lengkap. Maksudnya, tiada yang kurang. Banyak kali Yeana menghela nafas. Kalaulah Jimin sendiri yang beli isi di dalam beg kertas itu, mahunya dia nak lompat dari kondo lelaki itu. Nasib baik dia kata PA dia yang beli.

"Lepas awak salin pakaian, saya hantar awak balik."

Yeana masih diam. Jimin angkat kedua kening. Kesian, Yeana tak bagi respon pun. Lelaki itu menjuih bibir ke depan. Tapi ekor mata dapat melihat, pipi Yeana memerah. Jimin berdehem kecil.

"Okey, saya keluar."



×××××

Fic ni memang banyak yeana&jimin momen. So, saia harap kamu semua tak kisahhh 😳♥.

Vote&komen ✔ tenkiu ♥♥.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now