Bab 18

3.5K 466 52
                                    

Penyepit diletak atas meja. Air disisip perlahan. Kemudian Jimin mengangkat wajahnya untuk memandang wanita dihadapannya itu yang sudah bertukar riak. Lama sangat rasanya dia menunggu. Yeana sudah terlebih dahulu selesai makan. Itu pun, makan sikit aje. Tak luak dia nak makan banyak-banyak, tiba-tiba rasa loya pula nampak makanan yang terhidang.

Jimin menarik nafas panjang. Selepas 5 tahun, inilah kali pertama mereka berdua keluar makan bersama. Perasaan memang lain. Sebab dulu, Yeana banyak bercakap. Sekarang wanita itu hanya diam. Bila di bawa bicara, sepatah dua saja yang dibalasnya.

Semerta, kotak ingatannya mula menujah semula imbasan ketika mereka berdua masih lagi berpasangan. Ketika itu mereka berdua berada di Busan. Waktu malam dan duduk berdua di tepi pantai.

"Saya nak masa kita kahwin nanti, kita ambil gambar dekat sini. Woah, mesti cantik!"

Kedua tangannya dilekap sesama sendiri sambilan tersenyum lebar. Jimin sekadar tersenyum sama. Uraian anak rambut Yeana yang tertiup dek angin itu disangkut pada belakang telinga. Jimin memandang sisi wajah gadis itu. Jelas terpancar kegembiraan.

"Kenapa dekat sini? Jauhlah. Datang sini kena guna kereta tau."

"Alah... Tapi saya nak dekat sini. Dekat tepi pantai ni. Sebab dekat sinilah kita berdua mula-mula jumpa."

Wajahnya ditoleh ke sisi kiri memandang Jimin. Air mukanya juga mengendur. Kedua keningnya seakan-akan bertemu. Risau kalau-kalau cadangan yang dia beri, Jimin tidak menyetujui.

"Sayang, majlis kahwin kita dekat Seoul. Nak datang sini makan masa. Kenapa kita tak ambil gambar dekat pantai Seoul aje?" Ujar Jimin. Ayatnya ditutur penuh hati-hati. Namun tidak disangka pula, mata gadis itu berkaca.

Terketawa kecil lelaki itu. Haih, tak pasal-pasal mood gadis itu menjadi kacau. Elok-elok tadi senyum, sekarang nangis pula. Bahu Yeana ditarik ke pelukannya. Wajah Yeana terbenam pada dadanya membuatkan dia dapat merasa hinjutan badan gadis itu yang sedang tersedu-sedan menangis.

"Saya nak dekat sini juga, dekat Busan ni." Tekan gadis itu. Sambilan kot labuh yang Jimin sedang pakai, digenggam erat.

Belakang badannya diusap lembut oleh Jimin, menenangkan dirinya yang masih lagi tersedu-sedan. Jimin menghembus nafas. Segaris senyum kelat terbias pada bibir.

"Boleh, tapi kena cancel buat majlis dekat Seoul. Buat dekat sini aje, okey?"

Yeana angkat muka. Habis merah keseluruhan wajah gadis itu. Walaupun hari malam, tapi jelas kelihatan kerana kulitnya yang putih. Jimin menahan tawa. Alahai teman wanita siapa lah ni, katanya dalam hati. Kepala gadis itu mengangguk laju. Jimin tersenyum. Kedua telapak tangannya naik melekap pada pipi Yeana lalu menyeka butiran air mata gadis itu menggunakan ibu jari.

"Saya ni menyusahkan awak kan?" Tutur Yeana dengan ton suara yang tersekat-sekat. Anak mata bundarnya tertala tepat pada Jimin.

Jimin menggeleng kepala. Sekali lagi Yeana ditarik masuk ke dalam pelukan. Uraian rambut Yeana diusap lembut sambil meletakkan dagunya diatas kepala gadis itu.

"Tak. Mana ada menyusahkan. Lebih baik buat majlis dekat sini. Mesti harabeoji gembira." Balas Jimin lembut. Dapat dia rasa pelukannya terbalas. Tetapi hanya sekejap. Yeana menolak lembut Jimin.

"Awak sebut harabeoji, saya lupa..."

"PARK JIMIN!!"

Terhinjut bahu lelaki itu. Matanya terus memandang Yeana yang berada dihadapan, baru selesai menjerit namanya. Terkebil-kebil lelaki itu. Sedangkan Yeana, wanita itu sedang menahan geram apabila Jimin sedang seronok melayan lamunan.

"Kita nak duduk sini sampai bila? Kalau pun nak mengelamun, bagitahu dulu apa yang awak bagitahu saya. Lepas tu awak nak mengelamun sampai Marikh pun, mengelamunlah!" Naik turun dadanya usai bertutur. Wajahnya turut memerah.

"Maaf, maaf. Saya minta maaf." Ucap Jimin.

Yeana mendengus sedikit kuat. Menunjukkan yang dia sudah tidak dapat menunggu lagi.

"Yeana..."

Tergantung. Ayatnya tergantung disitu. Jimin mengepal jari-jemari sendiri yang diletakkan bawah meja.

"Apa dia Park Jimin? Tolong, tolong jangan buang masa boleh? Cakap ajelah, tu pun susah ke?" Wanita itu merengus perlahan.

Lambat benar rasanya dia nak menunggu apa yang Jimin nak kata. Hati sah-sah rasa tak senang. Jantung tak usah tanya, berdegup serupa lepas berlari maraton. Air putih yang masih berbaki diambil lalu diteguk. Cukuplah sekadar meredakan rasa tidak senangnya itu. Dari ekor mata, kelihatan lelaki yang duduk dihadapannya itu sedang mengambil nafas panjang.

Haih, complicated sangat gayanya dia nak beritahu. Yeana mengenggam jari-jemari sendiri. Tak terduga dia ayat apa yang bakal meluncur dari mulut bekas suaminya itu.

"Yeana, jom kita kahwin?"

Yeana diam tidak berkutik. Serupa manikin. Ayat Jimin tadi cuba dihadam sebaik-baiknya. Rasanya dia belum pekak, rasanya dia masih waras lagi. Tapi lelaki di hadapannya itu, waras ke tak?

Dia...ajak aku kahwin?

"Apa?"

Ayat berbunyi soalan itu yang menjadi jawapan kepada Jimin. Menunjukkan yang dia harus mengulang semula ayatnya tadi.

"Saya kata, jom kita kahwin." Ulang Jimin. Tenang dan mendatar.

Yeana tersentak. Terkejut juga. Pokoknya, semua perasaan yang tidak menyenangkan sudah sebati terkumpul dalam hati. Degup jantungnya semakin laju. Semena-mena bibirnya menggaris senyum. Bukan senyum manis, bukan senyum kegembiraan. Tetapi senyum kelat dan sinis.

"Eh helo? Kahwin? Kita dah pernah berkahwin tahu, takkan nak kahwin semula?"

Yeana menyilang tangan ke dada. Nafas berdengus-dengus menderu. Dalam hati, tuhan sahaja yang tahu perasaannya tika ini. Gila ke apa!

Lelaki yang bergelar bekas suami itu menarik hujung bibirnya dan membentuk senyum sinis.

"Habis awak nak biar anak saya dalam perut awak tu tak berbapa ke nanti?"

Terdiam wanita itu. Mati kata. Lidahnya terus kelu. Spontan dia meletakkan tangan pada perutnya yang masih mengempis.

"Bila masanya saya mengandung?!" Wanita itu cuba berdalih.

"Awak nak cuba buat penafian ke? Maaf Yeana, tapi Hyerin kawan awak tu dah ceritakan semuanya pada saya. Tak ada gunanya awak nak tipu saya." Kata Jimin dan tersengih lebar.

Yeana memejam mata sekejap. Frustasi menyelebungi. Mahu sahaja dia menjerit tika ini, mengeluarkan apa yang terbuku dalam hati.




×××××

HAPPY BELATED BIRTHDAY PARK JIMIN 🎂🎊❤

Dannnnn get well soon jugak kat dia 😐. Ig dgn fb saia udah uninstall meh 😭, news pasal bangtan susah kit mau tahu hukhuk 😩😭.

Vote&komen, tenkiu 💕

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now