Bab 22

3.1K 426 92
                                    

"Lama lagi ke kau ni..."

Jungkook menyandarkan kepalanya pada tingkap kereta. Mulutnya terherot ke sana sini menggigit straw. Minuman Latte Matcha yang diminum olehnya tadi sudah pun habis disedut. Putus asa dah menunggu Jimin yang lagi tadi matanya tidak terlari pun dari skrin telefon. Kejap menaip, kejap merenung.

"Sabarlah. Aku tunggu si Hyerin balas ni. Kawan dia ni pun satu, baca tapi tak reti nak balas."

Jungkook diam. Tidak mahu membalas kata-kata Jimin. Dengar pun dah tahu, Jimin tengah bengang. Tahulah Jungkook perangai Jimin. Kelemahannya, benci menunggu.

"Baik aku bawa kereta akulah tadi." Kata Jungkook perlahan. Sebal dan menyesal.

Jimin sikit pun tidak mempedulikan Jungkook. Benda yang berada dipegangannya sekarang ini lagi menarik perhatian daripada sahabat disebelah.

Jeon Jungkook mengeluh kecil. Pandangan dialihkan pada depan kereta. Bebola mata lelaki itu menangkap satu susuk tubuh. Dalam ingat tak ingat, dia cuba mengecam. Hmm...

"Eh... Tu bukan kawan Yeana ke? Yang kau tengah mesej tu?"

Serta-merta wajah Jimin terangkat. Matanya meliar mencari.

"Mana weh? Kau cakap biar betul sikit. Kau mana pernah jumpa kawan Yeana tu." Jimin tak puas hati. Mana tahu Jungkook berkata auta.

Jari telunjuk Jungkook menunjuk pada seorang gadis yang sedang berjalan ke sebuah kereta yang terparkir selang dua buah kereta dari Jimin. Gotcha.

"Kawan Yeana kan?" Sebelah kening Jungkook ternaik. Jimin mengangguk. Betullah.

Terima kasih dekat Jeon Jungkook.

Telefon yang berada dalam pegangan direnung lama. Hela nafas terbit dari ulas bibir. Mood hilang, wanita mengandung hilang dengan tiba-tibanya. Dan sekarang ini, telefonnya pula yang bertukar tuan.

"Kenapa boleh tak perasan, telefon tertukar?"
Diri disoal tanpa tahu akan jawapan. Telefon berjenama Samsung, persis miliknya itu ditilik depan belakang. Ianya kepunyaan Hyerin dan telefon mereka berdua memang serupa. Cuma yang membezakan, telefon milik Hyerin masih berbingkai dengan bingkai telefon. Dan telefon miliknya pula sudah ditanggalkan bingkai. Yang pasti, mereka tertukar telefon semasa bertengkar.

Tangannya bergetar, tanda telefon yang berada dipegangannya itu menerima sebuah mesej. Mahu tergamam Yeana melihat nama yang tertera. Nama Jimin. Sejak bilanya mereka berdua menyimpan nombor sesama sendiri ni?

Hyerin, Yeana okey ke?

Skrin telefon yang masih menyala, memaparkan mesej daripada Jimin sekadar dipandang lama. Langsung tidak membalas. Langsung tidak menekan mana-mana huruf pada kekunci untuk membalas mesej Jimin yang sedang bertanyakan tentang keadaannya itu. Selang beberapa saat, satu lagi mesej masuk.

Dia tak sihat ke?

Sah! Lelaki ini datang ke tempat kerjanya. Semata-mata mahu bersemuka dengannya walau hanya beberapa minit, atau saat. Pelik. Jimin tersangat pelik di mata Yeana. Sanggup Jimin berulang-alik datang ke kafe hanya untuk memeriksa keadaan Yeana.

Macam orang gila talak pula lagaknya. Haha.

Yeana ketawa perlahan dengan kata hati sendiri. Gila talak? Mana datangnya perkataan tu? Perceraian di Korea Selatan wujudkah perkataan talak?

Awak baca, tapi tak balas. Awak janji dengan saya nak bagitahu keadaan Yeana, kan?

Kedua kening Yeana terangkat. Woah. Apa ni? Hyerin dan Jimin berhubung tanpa pengetahuan dia. Atau dua-duanya punya hubungan?

Yeana menggeleng. Positif Yeana! Sebisa-bisa lidah dan seburuk-buruk perangai Hyerin, dia tak pernah tikam belakang kau! Jangan nak fikir bukan-bukan pasal dia!

Hyerin... Lamanya tak berbual. Tipu kalau Yeana tak rindu. Walaupun tinggal serumah, sejak bertengkar tempoh hari mereka berdua langsung tak bertegur. Hyerin buat Yeana tak wujud dalam hidupnya. Yeana? Ego tinggi. Pasang muka ketat bila bertembung Hyerin, bilanya nak damai?

Telefon milik Hyerin berdering. Kali ini bukan nama Jimin yang muncul. Tapi nama dia sendiri. Jadi yang memanggil itu... Hyerin lah kan? Riak muka wanita itu bertukar gembira serta-merta. Ikon hijau terus digesek laju dan melekapkan telefon Hyerin pada telinga.

"Helo."

"Weh, kau dekat mana?"

Yeana ketawa kecil. Kasar soalannya, tapi Yeana tak kisah. Yang penting Hyerin sudah mula berbual dengannya.

"Hmm... Dekat taman ni."

"Taman? Kau tak kerja ke?"

"Tak. Half day aje."

"Huh, patutlah ada..."

Jeritan kanak-kanak yang sedang bermain menenggelamkan suara perlahan Hyerin di dalam talian. Buatkan Yeana terpaksa bertanya sekali lagi.

"Apa dia?"

"Tak ada apa. Kau dekat taman awam kan? Tunggu aku dekat sana, sebab aku nak ambil telefon aku balik."

Yeana bagai hendak melompat kegembiraan. Hyerin nak jumpa. Rindu dekat dia! Yeana mengangguk, walaupun Hyerin tidak melihat dirinya sekarang ini.

"Okey!"

Talian dimatikan. Jimin yang berdiri dihadapannya itu dipandang kosong. Nafas dihembus perlahan sambil menyilangkan tangan pada dada. Belakang badan disandarkan pada keretanya.

"Dia dekat taman awam sekarang. Pergilah jumpa dia."

"Tapi saya cuma suruh awak tanya keadaan dia aje."

Pelipis digaru ala kadar. Sekadar menghilangkan rasa jengkel pada Jimin. Pening berurusan dengan dua orang ni. Seorang ego, seorang tak reti nak mencari sendiri.

"Saya bagitahu awak dekat mana dia, kira baguslah tu. Bila lagi nak pujuk dia kahwin dengan awak balik? Takkan setakat makan malam hari tu aje, awak dah putus asa. Come on lah, peluang ni. Takkan nak lepas macam tu aje?"

Sekali lagi mulut lelaki itu terkatup rapat dengan kata-kata Hyerin. Kena lagi. Tapi Jimin tak ambil hati. Rasa imun dalam diri dia dah kata-kata Hyerin. Cakap main lepas tanpa tengok kiri, kanan, depan dan belakang.

"Kami bertengkar, disebabkan awak tahu tak. Dia marah saya jumpa awak. Tapi saya tak kisah. Saya sayang dia, dia kawan saya." Kata Hyerin.

Kemudian, tangan Hyerin menghulurkan sesuatu kepada Jimin. Telefon Yeana. Jimin ambil dengan kerutan dahi. Tak faham.

"Jumpa dia. Guna telefon ni sebagai alasan."

Jimin mengangguk. Paling tak jangka, Hyerin mengukir sebuah senyuman. Manis. Buatkan seseorang yang berada di sebelah Jimin terpana. Mata bulatnya terkelip-kelip. Dah kenapa?!

"Jungkook!"

Tersedar lelaki itu. Badannya dipusing menghadap Jimin. Kening sekali lagi terangkat.

"Kau balik naik bas boleh? Aku nak pergi jumpa Yeana."

"What? Hell, no. Kau datang ambil aku, kau hantar aku balik." Jungkook menggeleng beberapa kali. Banyak cantik.

"Alah Jungkook... Tolonglah." Jimin merayu. Minta belas ehsan Jungkook. Tapi macam tak berjaya.

"Kalau tak kisah, saya tolong hantarkan?"





×××××

Alohhh lamanya tak update :3 Saia rindu sama kalian huahahahahaha. Happy reading ♥.

Vote&komen, thanks 😜❤.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now