Bab 29

2.2K 257 32
                                    

La Luce Hotel.

Nama yang tertera gah pada kaunter pertanyaan ketika Yeana melangkah masuk ke dalam hotel yang berupa lima bintang itu. Bulu romanya seakan-akan naik melihat sekeliling. Mewah. Nak nganga pun Yeana segan.

Selepas itu Yeana berpaling ke sebelah kanan. Jimin sedang sibuk berurusan dengan seorang penyambut tetamu hotel tersebut. Mungkin tengah sibuk belek tempahan yang dia buat.

Yeana menopang pipi sambil menunggu Jimin selesai berurusan. Mata melilau memandang sekeliling. Hotel, mestilah banyak orang yang check-in dan check-out. Bukan itu aje yang Yeana dengar bila ada yang bertanya dekat kaunter pertanyaan. Orang yang nak makan pun tanya dekat mana. Tu level orang bisneslah. Jumpa klien.

Orang bisnes... Yeana menilik lagi orang disebelahnya. Hmph! Tak hairanlah apa pasal dia pilih hotel.

"Yeana, jom. Kita pergi tengok wedding hall." Katanya dengan senyuman. Yeana menurut. Mereka berjalanan beriringan ke arah lif.

Masuk ke dalam lif, kebetulan sedang kosong. Yeana menjarakkan dirinya jauh sedikit dari Jimin. Bagi dirinya sedut oksigen sikit. Dari tadi asyik berkepit dengan Jimin.

Bunyi dentingan lif menandakan mereka sudah pun tiba di aras yang menempatkan wedding hall. Yeana mengeluh pendek. Keluar dari dalam lif, tangan Yeana diraih semula oleh Jimin buatkan wanita itu mendengus.

Lelaki itu dengan selambanya membawa Yeana berjalan bersamanya. Sebelah tangannya menolak daun pintu dewan. Kelihatan keseluruhan dewan telah pun dihias dengan sempurna. Yeana yang berada disebelahnya terlopong kecil melihat keseluruhan dewan yang terang benderang itu. Hiasannya tidak terlalu mewah dan ringkas. Sesuai untuk majlis jemputan ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Hanya ada beberapa orang pekerja hotel yang sedang memeriksa. Jimin senyum lebar. Tanda puas hati.

"Encik Park."

Seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an itu datang menyapa mereka berdua. Wanita sama yang ada bersama mereka ketika mencuba baju kahwin awal tadi. Si wedding planer. Mereka menunduk hormat sesama sendiri. Yeana ikut tunduk sama.

"Semuanya telah dihias mengikut rancangan Encik. Tema pun kami buat dengan kemahuan Encik Park."

Yeana hanya menadah telinga mendengar perbualan Jimin dan wedding planer upahannya. Tak rasa pun nak ikut selit sama dalam perbualan tu. Sebab satu pun nama dia tiada dalam senarai. Yeana tak campur tangan. Biar Jimin yang aturkan semuanya.

"Good. Saya suka." Ujar Jimin dan memandang sekeliling dewan.

"Kalau macam tu, kita boleh mula rehearsal sekarang. Tapi disebabkan Encik Park dah pernah kahwin sebelum ni, kita cuma rehearsal bahagian yang penting ajelah biar dapat refresh balik." Hujah si wedding planner.

Yeana ketawa kecil. Buatkan Jimin dan wedding planner mereka menoleh memandang dirinya bersama mata yang dibesarkan sedikit.

"Kenapa gelak?" Soal Jimin. Yeana menghiasi wajahnya dengan riak biasa semula. Seolah-olah dia tak pernah gelak pun.

"Mana ada gelak. Saya tengah gelak ke sekarang ni?" Kedua-dua garis kening yang terbentuk cantik itu menaik. Jimin mengecilkan matanya memandang wanita itu.

"Tadi awak gelak, Yeana."

"Saya tengok pekerja hotel tu melatah dengan kawan dia. Ada masalah?"

Jimin menggeleng dan mengeluh kecil. Dia kemudian berbual semula kepada wedding planner mereka. Malas mahu melayan karenah Yeana yang pandai menjawab. Dulu tak macam tu pun.

Bunyi sentalan kuat yang datang dari arah bilik air dapur mengerutkan dahi Yeana yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. Beg kertas yang dibawa serta beg silang yang tersangkut kemas pada bahu diletakkan atas sofa ruang tamu. Kakinya melangkah laju menuju ke arah suara sentalan kuat tadi.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now