Bab 33

2.1K 296 29
                                    

Dia bangun dari pembaringan. Lama dia terlelap. Pintu gelungsur yang hanya tertutup separuh itu menunjukkan yang di luar sana sudah malam. Yeana memisat kelopak mata sambil menggamit telefonnya yang terdampar sepi atas meja kecil bersebelahan katil. Dia bangun dan menyandarkan diri pada kepala katil. Matanya membulat sebaik melihat angka 9.15 pada skrin telefon.

Dirinya terus di bawa bangkit dari katil Queen tempat dia beradu tadi. Huh... Mentang-mentang katil Queen, sedap betul dia nyenyak sejak petang tadi. Tuala dikeluarkan tergesa-gesa dari dalam bagasi yang berada di tepi katil.

Kakinya terus dihala laju ke arah bilik air. Sebelum itu, sempat kaki menyarung selipar yang tersedia di hadapan pintu bilik air.

Langkah Yeana mati ketika kaki sudah melangkah penuh masuk ke dalam bilik air. Terlongo sebentar dia dipendiriannya melihat sekitar bilik air itu. Matanya kelip-kelip memandang sekeliling. Ulas bibir menyebut 'Wow' dengan perlahan.

"Heol... Ini tempat mandi atau ruang tamu?" Gumamnya sambil mendongak sedikit melihat objek empat segi tepat yang terdapat di atas cermin lebar bilik air itu.

Bilik air itu lengkap dengan televisyen, dan tempat mandi yang di dindingkan dengan kaca kabur di sudut bilik air. Dengan sekali ketik pada suis, bilik air itu terang benderang dan tv terpasang dengan sendirinya.

Ni kalau lupa tutup suis mesti bil elektrik melambung hujung bulan. Sebab tv kat bilik air tu bukannya ada yang tengok pun. Haha.

Yeana berjalan menuju ke tempat mandi yang berdinding kabur tadi. Tualanya disangkut pada penyidai yang disediakan dan mula membersihkan diri.

Dua cawan kertas yang berada dipegangannya diletakkan atas kaunter kafe. Shuhua dan Haneul mengangkat kening memandang Taehyung yang tersenyum-senyum hingga ke telinga. Apa kenalah dengan mamat ni?

"Apa ni weh?" Soal Haneul dan mengangkat sedikit cawan kertas yang Taehyung letakkan tadi.

"Semalam aku ada tengok satu resepi kopi ni. Fresh tahun ni punya resepi. Barista kat kafe Australia yang buat resepi ni. Jadi hari ni aku cuba-cubalah nak buat. Sebab tu aku nak kau orang berdua tolong try dan bagi komen sikit." Taehyung senyum bangga. Tangan disilangkan pada dada dengan kening yang terangkat-angkat.

Dah terhapus panggilan awak-saya di dalam diri Taehyung. Sekarang bahasa dah cantik. Dia buat anak majikan dan kawan sekerja dia macam member. Shuhua dan Haneul pun tak kisah. Kecuali Yeana.

Mungkin sebab dia jarang pergi kerja sejak-sejak berurusan dengan Jimin. Nak-nak pula lepas kahwin. Mungkin tak terjejak pun kafe tempat dia kerja dulu sebab dah berstatus isteri orang pangkat tinggi.

"Apa nama resepi baru ni?" Soal Shuhua. Diambilnya satu lagi cawan yang masih terletak atas meja kaunter tadi lalu muncung cawan dihidu. Ambil bau aroma kopi resepi baru yang Taehyung katakan tadi.

"Iced Espresso Latte." Jawab Taehyung.

Shuhua dan Haneul berpandangan selepas mendengar jawapan Taehyung tadi. Tubuh mengeras sebentar sebelum kedua-duanya menghambur dekahan kecil. Dahi Taehyung berkerunyut. Tak puas hati.

"Weh... Kau ni agak-agaklah nak mengaku ni resepi baru. Nama ordinary kut. Customer ada aje oder kopi macam ni." Ujar Haneul bersama sisa tawa. Shuhua ikut gelak sekali. Seronok dengan jawapan Taehyung tadi.

Taehyung buat muka. Berdengus-dengus nafasnya selepas Haneul berkata sebegitu. Shuhua pula nampak menyokong dari belakang Haneul. Tetapi gadis Cina itu sedikit-sedikit menyisip air kopi di cawannya.

"Ya... Ya. Dengar nama kau pun dah rasa ordinary. Tapi rasa dia kau tak tahu lagi. Mungkin kau tak sangka pun nama kopi ordinary yang kau kata tadi, boleh jadi extraordinary." Lelaki itu menyeringai di hujung bicara. Menaikkan hujung bibir Haneul membentuk menjadi riak jengkel.

"Nanti bila Yeana datang kafe, aku nak bagi dia pula yang rasa resepi baru ni. Mesti dulu-dulu dia puji minuman ni sedap." Kata Taehyung dan tersenyum. Mengangankan tentang Yeana yang terus-menerus memberi respon baik.

Sisipan Shuhua terhenti serta-merta. Badannya mengeras bila Taehyung berkata. Oh tidak... Yeana tengah mengandung. Kafein pula tak baik untuk orang mengandung.

Pintu bilik ditarik untuk menutupi. Yeana mengemam bawah bibir sambil mengusap-usap perutnya yang terlapik dengan fabrik baju tidur. Perut dah mula rasa lapar. Kakinya ditujukan ke arah ruangan dapur. Dahlah kondo besar gedabak Jimin ni gelap-gelita aje. Payah sungguh dia nak besarkan mata untuk cari jalan ke ruang dapur.

"Aww..."

Ringisan kecil terpacul diulas bibirnya ketika kaki melanggar kerusi di ruang dapur. Yeana menunduk sedikit melihat kaki yang hanya samar-samar kelihatan melalui cahaya dari beranda ruang tamu.

"Sakitlah pula." Dengus wanita itu. Badan ditegakkan semula. Seraya itu juga kedua lengannya terasa dicengkam lembut. Terperanjat Yeana dibuatnya.

"Yah!" Jerkah Yeana sedikit kuat. Menutupi paniknya. Padahal dahi sudah mula merenik.

Dahlah kaki sedang enak rasanya lepas tersepak kerusi, lengannya pula dicengkam. Memang pakej dia dapat sakit.

"Ni saya...lah."

Cengkaman pada lengan kanannya terlerai dan sekalian itu juga ruang dapur terang benderang. Yeana besarkan sedikit kelopak mata memandang ke arah meja makan. Wow... Apa tu?

"Saya tunggu awak keluar tadi." Kata Jimin lalu menarik pergelangan tangan isterinya menuju ke meja makan.

"Dalam gelap?" Tanya Yeana. Bunyi sinis.

Kerusi ditarik dan mendorong bahu Yeana lembut supaya duduk. Dia pula mengambil tempat berhadapan dengan Yeana.

"Kalau biar lampu terpasang, tak romantik lah nanti." Jimin senyum menyeringai. Yeana mendecit.

Romantik apa kebendanya? Kaki aku yang tersepak kerusi gara-gara lampu yang elok terpasang dimatikan.

"Awak tapau semua makanan ni?" Tanya Yeana sambil memerhati makanan yang terhidang atas meja makan. Riak muka Jimin berubah kelat.

"Eh... Ni semua saya yang masak, okey. Apa ingat saya ni tak reti nak masakkan untuk isteri saya ke?" Tekannya tegas.

Penat dia berperang dengan kuali tadi, manis mulut Yeana aje mengata semua yang terhidang tu Jimin tapau. Jimin masak, okey! Jimin acah suami mithali. Haha.

"Manalah saya tahu. Dulu awak payah nak pegang kuali."

"Itu dulu. Orang dulu tak semestinya macam tu aje sampai bila-bila. People changed, sayang."

Yeana menarik hujung bibir. Sinis dia menertawakan penyataan Jimin.

"Yeah... People changed. Awak pun berubah juga. Dulu tak pandai nak bawak perempuan masuk rumah. Tapi sekarang, isteri dengan mistress sekali awak sumbat masuk dalam rumah awak. Tak boleh faham hati perempuan langsung." Bidas Yeana sedas.

"Awak cemburu ke?" Kali ini wanita itu terdiam. Jimin macam dah pulangkan paku buah keras pula.

"Buat apa nak cemburu. Dah awak tuan rumah ni, suka hati awaklah nak bawa sesiapa untuk masuk. Saya ni cuma isteri jalan mudah awak aje." Jawab Yeana.

Mendatar tetapi kedengaran bergetaran. Menahan rasa yang menyerang semula.

"Kalau macam tu, awak tak kisahkan kalau saya bawa awak berkenalan dengan penghuni yang selama ni temankan saya?"





×××××

Vote&love, thanks ❤.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now