Bab 37

2.1K 301 110
                                    

"Minuman yang isteri encik minum sangat tinggi kadar kandungan kafeinnya. Tambahan pula keadaan kandungan isteri encik sangat lemah, jadi risiko untuk keguguran memang sangat tinggi."

Tutur kata daripada doktor yang duduk dihadapannya seolah-olah sudah dapat diduga olehnya. Jimin berasa suasana di dalam bilik itu kosong. Riak mukanya langsung tak beriak.

Selepas mendapat tahu Yeana berada di hospital, sepantas kilat dia bergegas pulang semula ke Seoul. Semua kerja dan perbincangan di tinggalkan begitu sahaja. Rambut depannya disebak kasar ke belakang. Helaan nafasnya kedengaran bengang sekali.

"Terima kasih, doktor." Senyum kaku dihulur paksa. Jimin bangun dari kerusi dan mula berjalan keluar dari bilik doktor tersebut.

Keluar dari bilik doktor tadi, kocek seluarnya terasa bergetar. Tangan diselukkan masuk ke dalam kocek dan mencapai telefonnya. Tanpa melihat siapa yang memanggil, ikon hijau terus digesek lalu dilekapkan pada telinga.

"Helo..."

"Helo, abang! Min ni."

"Kenapa call?"

"Nak bagitahu kami ada dekat Seoul sekarang."

Dahi Jimin berkerut sekejap. Dia berhenti berjalan lalu berdiri dihadapan tingkap cermin hospital. Tangan memegang pada pemegang yang terdapat pada dinding.

"Kami?"

"Haah. Mama dengan papa pun ada sekali. Kami nak datang rumah abang. Nana ada dekat rumah kan?"

Jimin menghembus nafas. Kepalanya tertunduk sedikit. Lalu diangkat semula memandang luar hospital yang diterangi lampu-lampu yang terpasang.

"Tak payah datang rumah."

"Eh? Habis tu? Abang tak nak kita orang kacau eh..."

"Datang hospital terus." Pintasnya laju.

"Kenapa kena datang hospital pula? Siapa yang sakit?"

Jimin merengus kuat. Rahangnya bergerak-gerak menandakan yang dia sedang mengetap gigi kuat.

"Aku kata datang hospital tu datang ajelah! Tak payah nak banyak soal sangat!"

Panggilan dimatikan serta-merta. Telefon digenggam pada telapak tangan. Pemegang yang dipegang olehnya tadi dihentak kuat menggunakan kedua tangannya. Rambut yang terjuntai pada dahi diraup sekali lagi dengan kasar.

Kakinya dihala semula menuju ke arah wad yang menempatkan Yeana. Di luar wad, ada Shuhua dan Taehyung. Bila dia memasuki bilik wad Yeana, ada Hyerin yang sedang menemani.

"Boleh tak keluar dulu?"

Hyerin memandang Yeana yang duduk bersandar pada kepala katil. Yeana hanya mengukir senyum pahit sambil mengusap lengan sahabatnya. Lambat-lambat Hyerin mula bangun dari kerusi yang terdapat di tepi katil Yeana. Kemudian berjalan keluar dari wad yang menempatkan Yeana.

Yeana memandang Jimin yang sedang berdiri di sisinya. Riak muka suaminya sudah cukup memberitahu bahawa dia sedang kecewa. Tangan kanan Jimin cuba dicapai. Namun cepat-cepat lelaki itu melarikan tangan sebelum Yeana sempat capai.

Dada terasa sempit dan hidung mula pedih dengan perlakuan Jimin. Selepas itu dia hanya menunduk kepala. Jari-jemarinya mengutil selimut putih wad. Rengusan kuat suaminya yang kedengaran semakin menambah kesempitan di dada Yeana.

"Menyesalkan? Ingkar cakap suami?" Jimin mula bersuara. Nadanya kedengaran mendatar tetapi masih tersalut kedinginan.

"Saya..."

"Minta maaf? Heh, dah seriklah Yeana. Awak minta maaf dekat saya sekali pun, anak dah tak ada."

Bersahaja bicaranya dituturkan. Semakin sebak wanita itu ketika perkataan 'anak' itu meluncur keluar dari mulut suaminya. Air mata semakin ringan untuk jatuh. Cepat-cepat dia mengesat bawah mata.

"Saya dah larang awak pergi kafe. Sebab saya tahu bila awak datang kafe, kawan-kawan awak mesti bagi awak minum kafein. Tapi awak degil. Awak berkeras nak pergi kafe."

Mata dipejam seraya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Jimin. Dirinya tak ubah dari terus-terusan dipersalahkan walaupun Jimin sekadar berkata sebegitu. Rasa bersalah dan menyesal dalam diri semakin membuak-buak.

Tangisan kecil mula bergema. Hinjutan pada bahunya langsung tidak diendahkan oleh Jimin yang pegun memerhati dirinya yang berada di atas katil. Lelaki itu malah melipat tangan ke dada. Langsung tak tergerak hati pun untuk memujuk mahupun menenangkan isterinya.

"Awak nak menangis sampai berdarah air mata pun, semuanya dah terlambat. Awak tak kan dapat kembalikan anak saya, Yeana." Kata Jimin. Menambahkan esak tangis Yeana.

Selepas itu, tepi katil Yeana diduduki. Dagu isterinya diangkat sedikit untuk mengangkat wajah itu supaya menghadap dengannya. Ibu jari Jimin naik mengesat kedua-dua pipi Yeana yang basah dengan air mata. Yeana tercebik-cebik dalam tangis. Anak mata suaminya dicari.

"Sekarang saya nak tanya awak,"

Yeana menanti. Bahu masih terhinjut-hinjut. Jimin melarikan ibu jarinya selepas pipi itu kering dengan air mata.

"Kenapa awak minum sedangkan awak tahu minuman berkafein ada risikonya? Kenapa awak minum walaupun awak tahu kandungan awak lemah?"

Yeana diam sekejap. Anak matanya mencari-cari ihsan disebalik anak mata suaminya. Tapi... Apa yang ada cuma pandangan yang sarat dengan kekecewaan dan api amarah.

"Saya tak nak Taehyung kecewa sebab saya tak minum air yang dia buatkan untuk saya."

Kening Jimin terangkat. Kemudian dia tergelak kecil. Kedengaran sinis sekali. Dagunya dilepaskan sedikit kasar. Yeana merenggut bawah bibirnya perlahan.

"Itu aje? Awak lebih kesahkan kecewa lelaki yang bukan siapa-siapa dekat awak daripada kesahkan anak dalam perut dan perasaan suami awak sendiri?!" Suara lelaki itu akhirnya memetir. Pipi yang kering tadi basah semula.

"Nampak sangat awak tak ambil peduli dengan anak sendiri. Awak memang tak nak lahirkan anak saya dekat dunia ni. Sebab tu awak senang-senang terima minuman tu!" Jimin mula menuduh.

Kepala Yeana tergeleng beberapa kali. Sungguh dia tak boleh terima dengan tuduhan melulu Jimin. Apa ingat dia sekejam itu nak membunuh anak sendiri? Dia pun masih punya kewarasan untuk berfikir.

"Saya tak sekejam tu Jimin."

Sekali lagi gelakan sinis bergema. Esakan Yeana semakin bertukar ke esakan sakit hati. Sakit hatinya bila melihat Jimin yang serupa kurang siuman menggelakkan kata-kata dia tadi.

"Oh.., awak nak kata tak sengaja pula lah sekarang? Awak terlupa yang awak tengah mengandung lepas tu terminum pula air kafein tu. Macam tu ke?" Tuduh lagi. Berdesing rasanya pada halwa telinga Yeana.

"Tahulah saya cuai. Tak payahlah awak terus-terusan tuduh saya macam-macam. Ingat saya ni tak sedih dengan semua ni? Dua kali terjadi dekat saya, awak ingat saya tak trauma ke?" Bidas Yeana berani. Esak tangisnya mula redah. Bawah mata yang masih basah diseka kasar.

"Sedar diri rupanya cuai. Tapi tak serik-serik lagi. Disebabkan kecuaian awaklah saya hilang anak dua kali, tahu tak Yeana? Alpa sangat diri tu tengah mengandung!"

Habis dia berkata, tarikan mengejut pada lengan kirinya dari arah belakang memeranjatkan lelaki itu. Sekalian itu juga bunyi tamparan kuat mula kedengaran. Terpinga-pinga Yeana di atas katilnya melihat wanita yang berusia itu. Jimin terdiam di pendiriannya. Lengan kiri yang ditarik tadi terasa dicengkam kuat hingga Jimin berdesis kesakitan.

"Cukup Park Jimin! Keadaan isteri macam ni boleh awak tuduh dia macam-macam? Suami jenis apa awak ni?!"

"Ma..."

Cengkaman ibunya cuba dirungkai. Hwamin terlebih dulu menerpa ke arah Yeana. Tubuh kakak iparnya yang menggigil itu segera dirangkul erat. Belakang Yeana diusap-usap lembut.




×××××

Semut kerengga semua daaa terbakar saia simbah dgn minyak petrol 😁. Fon tak bersemut lagi pasni heuheu 😝😝.

Vote&love, thanks ❤.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now