Bab 31

2K 292 65
                                    

Jimin duduk bersilang kaki di sofa yang terdapat di ruang tamu apartmen rumah sewaan Yeana dan Hyerin. Di celahan ibu jari dan jari telunjuknya terselit sekeping kertas empat segi kecil berwarna hitam dan putih. Bebola matanya tekun memandang kepingan kertas hasil dari imbasan ultrabunyi yang Yeana peroleh selepas membuat pemeriksaan tadi.

"Macam mana nak tengok ni, Yeana?" Suara ketidakpuasan hati apabila tidak berjaya menganalisa gambar tersebut.

"Pernah tengokkan dulu, nak tanya lagi buat apa."

"Dulu punya gambar lain. Sekarang ni lain. Awak bagitahu lah mana satu gambar bayi dalam ni. Saya tengok semua sama aje." Kepingan kertas itu kemudian ditala kepada Yeana yang berada di muka pintu biliknya.

Banyak cekadak betul laki Yeana ni.

"Hisy... Kat tengah-tengah tu kan ada benda sebesar ibu jari. Itulah bayi."

Kepingan tadi dia lihat semula. Gigih dia cari dan jumpa. Di tengah-tengah gambar itu ada sesuatu yang berbentuk sebesar ibu jari. Jimin makin teruja. Senyum lebarnya terbias semula.

"Kecilnya dia." Gumam Jimin perlahan.

Ibu jari sendiri diangkat. Cuba untuk menyamai dengan apa yang dilihat di dalam gambar itu. Saiz ibu jari dia ngam-ngam aje. Itu pun nampak macam pendek sikit. Haha!

"Saya dah siap."

Jimin mengalihkan pandangan ke arah Yeana yang berdiri dihadapannya. Kiri dan kanan wanita itu terdapat luggage sederhana besar. Kening kanan lelaki itu naik sedikit. Badannya yang sedang bersandar pada sofa ditegakkan lurus.

"Banyak sangat barang awak ni." Kata Jimin. Buatkan Yeana menganga sedikit.

"Awak jangan nak kompelin barang saya banyak, okey. Awak balik seorang dekat rumah awak tu kalau kompelin banyak. Biar saya tinggal aje kat sini."

Yeana pusing badan. Hala tujunya ke arah bilik semula. Lantas Jimin menegakkan badan untuk berdiri. Kepingan gambar ditangannya dimasukkan cepat ke dalam beg silang lelaki yang talinya bersilang ke dada. Bahu Yeana cepat-cepat dirangkul dari arah tepi dan sebelah tangan menggamit penarik luggage. Sengihnya diukir lebar.

"Guraulah. Janganlah marah, nanti nak manja dengan siapa malam ni." Kata Jimin. Tepi dahi Yeana disenggol dengan dahinya. Manja-manja. Cepat-cepat Yeana menyapu tepi dahi sendiri dengan telapak tangan. Muka berkerut habis.

"Awakkan ada mistress yang awak kutip dekat mana-mana kelab, manja-manjalah dengan mistress awak. Cari saya buat apa." Ujar Yeana mendatar. Tangan ralit mengunci semula mangga pintu gril rumah Hyerin.

Rumah Hyerin. Haih... Kesianlah dengan kawan setia mati dia seorang tu. Lepas ni kena tinggal seorang diri. Dia pula dah kena heret dengan Jimin. Ikutkan hati, nak terus stay dengan Hyerin walaupun lepas kahwin. Tapi Jimin banyak songeh. Banyak guna kuasa veto seorang suami dia. Sigh!

Dahlah dia balik kemas barang Hyerin tak ada dekat rumah. Ingatkan bolehlah jejak kasih sekejap dengan Hyerin. Tup tup rumah kosong. Nak kata kerja, Hyerin dah lapor jadual kerja dekat Yeana kata dia off day tiga hari. Mana dia dah pergi awal-awal pagi ni?

"Eee... Macam mana awak tahu saya ada girlfriend ni? Awak stalk saya eh? Tak sangka awak masih sayang kat saya kan. Stalk-stalk aje. Hisy... Kalau tahu dari dulu, mesti lama dah saya pikat awak semula." Jimin syok sendiri di sisi Yeana. Sesekali bahu isterinya dicuit.

Alahai... Ringan betul tangan Yeana tu nak hempuk Jimin dengan luggage. Biar biul sikit. Eh tak, biar biul banyak.

"Saya memang dah agak awak ni. Lepas kita cerai dulu, perangai awak pula yang menjadi-jadi. Mesti dekat overseas tu awak selalu layan perempuan kan?" Tebak Yeana. Buat andaian dan spekulasi hangat sendiri tanpa usul cerita.

Bibir Jimin menyungging senyuman sinis. Bicara Yeana tu dah terang-terang ada bait-bait cemburu. Apa kata cemburu dia tu didalamkan sikit? Baru tahu dia sayang ke tak dengan suami dia dekat sebelah tu. Ha. Ha. Ha.

"Itu pun awak tahu juga ke? Bagus betullah kerja spy yang awak upah tu. Saya ada perempuan keliling pinggang kat overseas pun dia boleh tahu. Eh... Dia tak bagitahu awak ke yang saya ajak tinggal seorang daripada mistress saya kat kondo?"

Lantas Yeana memaling muka memandang Jimin. Air mukanya terus berubah kaku. Jimin pula sengaja membatu api kata-kata sendiri dengan menaik-naikkan kedua keningnya.

"Singgah makan, jom? Laparlah." Jimin mengerling Yeana disebelah. Ketika itu mereka bertolak untuk pulang ke kondo Jimin dan melimpasi restoran-restoran di bandaraya Seoul.

Yeana diam membisu. Muncung sedepa. Merajuk? Entah. Batu api Jimin punya pasal, bulat-bulat dia percaya apa yang Jimin katakan. Lelaki itu pula, puas hati. Dapat bangkitkan kecemburuan Yeana. Dah lama dia tak buat macam tu. Tapi sekarang, dia silap besar buat macam tu dekat Yeana. Sebab tak sedar yang Yeana sedang mengandung. Meracau, menangis, sentap, naik angin, semua boleh jadi dalam satu saat.

"Awak ngidam apa-apa tak?" Jimin kerling lagi. Statik Yeana tak bergerak. Buatnya suara Jimin macam angin yang berlalu sepoi-sepoi.

"Yeana, Saya tanya ni..."

"Just... Kita balik ajelah! Tak payah singgah mana-mana." Dingin Yeana membalas. Jimin senyum sembunyi.

"Alah tak apa. Dia tak kisah pun kalau saya lambat balik. Masa-masa macam ni dia tengah syok tidur atas katil saya. So, jangan risau." Ujar Jimin. Muka tak bersalah langsung.

Seronok menambahkan minyak tanah dekat api yang kecil yang sedang marak dalam hati Yeana.

"Dah lama ke.., awak ajak masuk dalam rumah awak perempuan tu?" Yeana memandang Jimin sekilas. Suara makin berketar. Sakit hati dengan provokasi Jimin.

"Oh, baru lagi. Saya jumpa dekat-dekat sini aje. Masa tu dia kena buang dengan satu pakcik ni. Saya rasa tu sugar daddy dialah. Kesian aje saya tengok, sebab tu ajak balik kondo. Dia baik sangat Yeana. Tiap malam nak manja-manja, hisy... Geram aje bila ingat. Dia gebu, putih melepak, bulu mata melentik habis, bila dia senyum... Jatuh hati terus!" Gigih Jimin menceritakan 'perempuan' yang berada di kondonya itu. Senyum ke telinga bila mengerling riak muka pahit isterinya disebelah.

"Ya? Dah tu yang awak pergi kahwin dengan saya ni apa pasal. Kenapa tak kahwin aje dengan perempuan yang awak simpan dalam rumah awak tu?!"

"Saya nak aje kahwin dengan dia. Tapi masalahnya dia tak ada apa-apa dokumen lah. Kahwin dengan awak senang aje."

Tersengih-sengih lelaki itu ketika menjawab soalan berang Yeana. Rasanya belukar yang terbakar tadi dah merayap ke hutan besar. Bahangnya makin membuak-buak.

"Oh... Jadi saya ni kira jalan mudah bagi awaklah. Awak kahwin dengan saya tapi pada masa yang sama awak simpan betina untuk duduk dengan saya lepas kahwin!"

Jimin tersentak kecil. Dia menoleh sedikit memandang Yeana disebelah. Nafas berdengus kuat tanda berangnya semakin melepasi tahap. Gurauan Jimin makin tenggelam dan situasi mereka sekarang betul-betul masuk ke situasi serius.

"Yeana..."

"Dahlah. Tak payah jawab dan tak payah bersuara. Awak pandu kereta awak ni balik kondo cepat, saya nak berehat." Kata Yeana dengan suara yang bergetaran. Wajahnya dipaling ke luar tingkap. Mengelak daripada dikesan Jimin yang butiran jernih mula jatuh pada pipi.








×××××

Vote&love, thanks ❤.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now