Bab 9

3.4K 478 18
                                    

Setiap gerak geri lelaki dihadapannya itu diperhati dengan teliti. Ada masa mahu ternganga juga Yeana. Tapi cepat-cepat dia selindung. Lincah. Cepat. Bergaya. Seksi. Apa lagi? Itu sahajalah.

Gelas kaca yang sudah terisi dengan air beralkohol di tambah dengan potongan limau diselit pada gelas sebagai hiasan diberikan kepada Yeana. Berkira-kira Yeana mahu mengambil.

"Rileks young lady, cuba rasa minuman ni, ni tequila. Sedap tau."

Yeana angkat kening sebelah. Cuba untuk mempercayai. Apalah sangat kata-kata Jungkook tu. Senanglah dia cakap macam tu, untuk memancing pelanggan.

"Tak mati terus pun minum tu Yeana."

Kali ini Yeana terasa dengan kata-kata Jungkook. Bukan kecil hati, tapi terasa tercabar. Jungkook yang masih berdiri dihadapannya itu dipandang tajam. Jungkook sekadar menggaris senyum sinis.

"Eh awak cakap senanglah! Helah awak nak pancing pelanggan." Cebik Yeana. Tapi tangannya perlahan-lahan juga mengambil gelas tequila itu.

"Helah? Cik Yeana, jangan buat-buat innocent boleh? Wain, champagne, bir, vodka..takkan tak biasa?" Ada terselit sindiran pada tutur kata Jungkook. Yeana ketap bibir.

Lantas gelas tersebut dicapai laju dan sekelip mata sahaja diteguk hingga habis. Jungkook yang melihat pun terkebil-kebil biji mata. Kepala lelaki itu tergeleng sedikit beberapa kali sambil ketawa kecil. Sedangkan Yeana pula sudah tertunduk kepala menahan perit air alkohol itu sedang melalui anak tekak.

"Wow Yeana..awak betul-betul banyak berubah." Kata Jungkook.

Yeana menarik senyum sinis.

"Awak kena terima hakikat, manusia takkan selamanya dengan diri sendiri. Ada masa dia akan berubah, berubah menjadi orang lain, Jeon Jungkook."

Dan-dan giliran Jungkook pula yang mengetap bibir. Ada kegeraman terselit pada riak wajah lelaki itu. Tapi dia tepis cepat sebelum Yeana perasan.

"Kau kena terima hakikat, yang aku lebih popular daripada kau, Jeon Jungkook."

Serupa tapi ayat berlainan. Sindiran padu. Dan semestinya nama penuhnya wajib di sebut pada hujung ayat.

-

Kedua tangan naik mencekak pinggang. Risau pula dia melihat keadaan Yeana sekarang ini. Dari petang sampai ke malam, asyik diteguknya minuman yang ada di depan mata. Hampir semua jenis minuman masuk ke dalam anak tekak. Bila Jungkook tegah, Yeana mengamuk.

Senyap-senyap, Jungkook mengambil botol bir yang sudah separuh diteguk Yeana. Tapi macam mana wanita itu boleh perasan, ditampar kuat lengan Jungkook hingga keluar desis kesakitan.

"Sudahlah Yeana, teruk dah awak ni. Silap-silap boleh jatuh sakit tahu." Kata Jungkook. Sambilan mengusap lengannya yang hampir memerah.

"Saya bayarlah!"

"Ya saya tahu awak bayar, tapi awak minum banyak sangat ni. Nanti antibodi awak tak kuat."

Dengusan kuat kedengaran daripada wanita itu. Tak cakap banyak, beg silangnya dicapai lalu disangkut pada bahu dengan kasar. Yeana turun dari kerusi bar. Cepat-cepat Jungkook hampiri wanita itu. Bahu Yeana ditahan dari jatuh.

"Saya hantar awak balik."

"No! Biar saya balik sendiri!"

Cengkaman Jungkook cuba dilepas. Tapi dengan keadaan diri sebegitu, kudrat perempuannya langsung hilang. Hanya tangan sahaja yang terkapai-kapai.

"Kalau macam tu awak naik Grab, okey?"

"Faham bahasa tak? Saya kata saya boleh balik sendiri! Tak payah susah-susah. Tepi!"

Tubuh Jungkook ditolak sekuat hati. Adalah berganjak sikit, sikit aje. Kemudian wanita itu terus berjalan keluar dari bar. Cara jalan Yeana sudah terhuyung-hayang. Sedikit demi sedikit badannya mula basah oleh air hujan.

Jungkook hanya mengejar sampai ke pintu bar sahaja. Mengelakkan badannya basah. Lelaki itu kemudian berdecit melihat Yeana yang sudah hilang. Kakinya tergesa-gesa di bawa masuk ke dalam bar semula.





×××××

Happy 1k views! Yeahhhhhhh terima kasih bebanyak 🙈💖 Ada juga yang sudi baca fic klise nak mati saia ni 😳.

Vote jangan lupa HAHAHAH

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now