Bab 24

2.8K 386 66
                                    

"Saya tak nak ikutkan hasutan kata hati untuk gugurkan. Saya punya hati perut lagi. Badan saya ada lagi satu nyawa yang perlu saya bela. Nyawa tu anak saya. Dan anak saya berhak dapat kasih sayang daripada ibu bapa dia."

Yeana angkat muka memandang Jimin.

"Tapi awak kena ingat satu perkara, Park Jimin. Saya setuju, untuk anak saya. Saya nak, tak bermakna saya nak sangat kahwin dengan awak." Sambungnya. Serius dan dingin.

Jimin tercengang. Begitu kerasnya hati Yeana. Sampaikan tutur katanya, macam betul-betul dah tawar hati sangat pada Jimin. Cepatnya move on?

Terbias satu senyum sinis pada hujung bibir Jimin. Apalah sangat kata-kata yang keluar dari mulutnya itu? Mungkin, mungkin hari ini Yeana berkata sebegitu dan hatinya masih keras membatu. Tapi lain hari? Tak mungkin Yeana tidak mengangkat tangan tanda kalah pada layanan Jimin.

"Kenapa senyum?" Soal Yeana. Tak puas hati. Macam apa yang dia kata tadi, menjadi gurauan pada Jimin.

"Nothing Yeana. Saya cuma gembira, awak setuju. Lama kut saya nak pujuk awak. Kalau bukan disebabkan pertolongan Hyerin, saya rasa mungkin takkan berjaya nak pujuk awak." Kata Jimin dan menyisip air minumannya.

Tekak kering.

Hmm... Tapi rasanya Yeana yang banyak bicara sedari tadi.

Bunyi akses pada pintu yang dilindungi dengan kata laluan keselamatan itu memalingkan badan Hyerin yang sedang berada di bahagian dapur. Kepala dijengahkan sedikit, melihat siapa yang berada di pintu utama sana. Yeana masuk dan meletakkan kasut flat yang dipakainya tadi pada rak kasut kecil berdekatan pintu. Kemudian kaki dibawa masuk ke dalam rumah.

Tetapi kakinya tiba-tiba dilencongkan ke bahagian dapur sebaik melihat satu susuk tubuh yang sedang membelakangi dia. Sedang membasuh sesuatu. Buah epal hijau yang sudah siap dipotong dan dibasuh itu menelankan liur Yeana. Terasa sudah berada di hujung lidah sahaja buah itu.

Dari singki, kini buah yang tersimpan pada pinggan itu beralih ke hadapan Yeana yang lagi tadi sudah mengambil tempat duduk di meja makan. Lagi kecur liur Yeana dibuatnya.

"Kau tengok aje kenapa? Ambillah." Hulur Hyerin. Yeana senyum canggung.

Serius rasa kekok. Macam rasa jadi stranger semenjak bertengkar ni.

"Aku tahu kau selalu mengidam buah ni. Sebab tu aku selalu belikan untuk kau. Hari ni aku ada dekat rumah, aku potongkan sekali untuk kau. Makanlah."

Hampir tumpah air mata Yeana. Emosi Yeana terjentik. Ya tuhan, aku yang pulaukan kau. Kau boleh ambil tahu apa yang aku idam?

Hyerin yang perasan perubahan riak wajah Yeana, cepat-cepat menenangkan wanita itu. Aduhai...

"Weh... Weh... Kau janganlah nangis." Pujuk Hyerin sambilan mengejar muka Yeana yang tertunduk.

Gila tak gelabah. Emosi perempuan mengandung ni, jangan macam-macam. Kalau menangis tu, memang kau kena pujuk lembut macam sutera. Kalau dah tahap merajuk ke marah, memang kena tadah telinga lah weh.

"Ka..kau marah aku ke?"

Hyerin sedikit terkejut dengan pertanyaan sahabatnya itu. Kemudian riak mukanya beransur menjadi lembut. Kerusi yang berhadapan Yeana dia duduki.

"Marah? Mana ada. Aku tak marahlah." Ujar Hyerin. Lembut dan mendatar. Dia kemudian tersenyum. Sedapkan hati Yeana.

"Kau ja...janganlah tipu. Aku tahu kau marah. Aku tengking kau kuat hari tu." Kata Yeana lagi. Sedu menahan tangis. Tetapi tangan mencapai potongan buah lalu digigitnya perlahan.

Hendak tergelak Hyerin. Nangis-nangis pun masih ingat nak makan. Peliknya dengan ragam ibu mengandung dihadapannya itu.

"Tak apalah. Aku okey. Aku faham kau tengah marah. Sebab tu aku diam aje."

"Betul kau tak ambil hati dengan aku?"

"Betul."

Yeana tersenyum. Lega sudah hatinya. Potongan buah diambil lagi dan digigit lagi. Kemudian wanita itu meraba begnya, benda berbingkai itu dihulurkan semula pada empunya. Hyerin mencapai huluran Yeana.

"Berjaya tak dia pujuk kau?" Soal Hyerin. Yeana memuncung dan angguk tanpa bicara.

Malas dah ungkit pasal manusia bernama Park Jimin itu. Buat pening kepala. Buat serabut. Huh!

"Terima ajelah weh... Aku penat dah kena layan dia tu. Bukannya nak usaha sendiri." Kata Hyerin. Seakan sedang meluah, betapa sebalnya dia dengan perangai Jimin.

"Tapikan Hyerin... Aku risaulah."

Hyerin angkat kening. Haih lah... Kata dah setuju nak kahwin. Risau apa lagi entah.

"Kau nak risau apa? Jimin kata dia ada girlfriend ke apa? Bagitahu aku, biar aku basuh telinga dia lagi sekali. Eh bagusnya perangai, ada girlfriend tapi pergi buntingkan kau."

Kalau betul sangkaan Hyerin. Memang Jimin benar-benar teringin merangkak masuk hospital lepas ni jawabnya.

"Bukanlah. Mama dia. Bekas mentua aku."

Terdiam Hyerin. Bab bekas mentua, bekas mertua ni semua memang dia angkat tangan. Isu hal keluarga belah Jimin, Hyerin memang undur diri. Tak mahu masuk campur.

Dari tadi Taehyung perhati rakan sekerjanya yang berada di kaunter pick-up sana. Tersengih-sengih aje kerjanya. Dengan telefon ditangan. Kerja tak jalan pun. Alah... Tapi memang kebetulan pelanggan tak ada datang kaunter. Nak kesah apa.

Hisy! Kena kesah juga. Time kerja kut.

"Yah, Shuhua." Panggil Taehyung. Gadis Cina itu mengangkat muka.

"Apa?"

"Kerja. Jangan nak curi tulang."

Gadis itu mendecit. Lantas telefon yang berada ditangan, disumbat masuk ke dalam poket apron. Kain lap kecil dicapainya. Taehyung masih tak puas hati. Kakinya mendekat gadis itu.

"Yah, meja sana kotor." Jari telunjuk runcing Taehyung menunjuk ke arah meja yang berada tidak jauh dari kaunter.

"Kotor apanya. Meja tu bersih aje!" Dengus Shuhua.

Memang betul pun meja tu, bersih. Cawan tiada, straw tiada, pinggan tiada. Tang mana entah kotornya meja tu. Taehyung yang sengaja arahkan.

"Tu... Ada tisu dekat bawah meja. Kotorlah tu." Taehyung muncungkan bibir, menghala ke meja itu.

Kuat dengusan Shuhua. Kakinya dihala pada meja yang dikatakan oleh Taehyung tadi. Sehelai tisu yang terselit di kaki kerusi, dia ambil. Tajam jegilannya untuk Taehyung sebaik melihat ke arah kaunter. Taehyung menyilang tangan ke dada sambil tersenyum lebar.


×××××
Promote:

Saranghae Ahjussi! |kth by -blackstory
×××××

Hai long time tak update 👀👀

Vote&komen, thankseu 💖.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now