Bab 7

3.5K 577 72
                                    

"Jomlah tumpang kita orang, kita orang boleh hantar awak ke rumah." Pelawa Daniel, satu-satunya barista di kafe tempat mereka bekerja.

Yeana menggeleng perlahan sambil tersenyum pahit. Lembut dia menolak pelawaan daripada Daniel. Sambilan ekor matanya menilik ke arah kereta milik rakan Daniel yang ada beberapa orang rakannya yang lain. Yeana menelan liur kesat.

Memang taklah dia nak terima! Ingat Daniel ni baik sangat ke? Miang keladi lelaki ni boleh tahan juga.

"Tren masih ada waktu ni. Saya boleh naik tren." Kata Yeana. Kalau boleh dia mahu meloloskan diri secepatnya dari Daniel dan rakan-rakannya.

"Jomlah. Awak takut dengan saya ke?" Daniel mula maju menghampiri Yeana. Tangan Yeana cuba dicapai tapi lekas Yeana melarikan tangannya dan mengundur ke belakang.

Sekilas, tangan kiri Yeana dicapai oleh seseorang lalu Yeana disembunyikan di sebalik tubuh tegapnya. Mata Yeana terkelip-kelip. Blur. Siapa lelaki ni, ya?

"Ada apa ni?" Soal lelaki asing itu. Mendatar dan tenang tapi masih berbalut nada dingin.

Yeana yang mendengar pun sudah kecut. Gila! Apa lelaki ini buat di kawasan tempat kerjanya?

"Bro, nak berlagak hero ke? Anpanman jelmaan manusia? Dia kawan kerja aku, kau siapa?" Jawab Daniel, penuh sindiran tetapi jelas setiap tutur katanya bergetaran.

Perlahan-lahan Daniel mengundur langkah tapi riak wajahnya maintain pasang muka temberang. Dapat dia lihat lelaki yang sedang berdiri dihadapan Yeana itu mula menarik senyum sinis.

"Aku.Bekas.Suami.Dia."

-

Jam yang ada pada dashboard keretanya dikerling sekilas. Jimin berdehem sambilan terus memandu. Yeana yang duduk di tempat duduk penumpang dijeling dengan ekor mata. Wanita itu diam. Sikit pun tidak tergerak. Teguh membuang pandangan ke luar tingkap kereta.

Jimin berdehem lagi. Kotak suara di baguskan. Fikirannya sedang tekun menggali kata-kata yang sesuai untuk memulakan perbicaraan.

"11:54..."

Yeana pusing kepala. Kaget mendengar tutur kata Jimin, mungkin.

"..baru balik kerja?" Sambung Jimin.

Yeana sekadar mengangguk kepala. Sedikit pun tidak bersuara. Entahlah. Tiba-tiba rasa kekok pada Jimin. Jari-jemari sudah sedia tersulam sesama sendiri.

Gentar. Lagaknya macam sedang duduk berdua dengan orang asing. Stranger. Padahal lelaki disebelahnya itu dulunya pernah menjadi suami.

Lewat ekor mata Yeana, senyap-senyap dia mencuri pandang sisi wajah Jimin. Walaupun sekilas, lelaki itu banyak berubah. Langsung jauh beza dari Park Jimin 5 tahun yang lalu. Melihat wajahnya sahaja sudah dapat menebak yang dia seorang yang berkerjaya, orang terpengaruh, workaholic.

Tapi 99.9% daripada mereka mungkin tidak tahu, Jimin sebenarnya ialah seorang duda.

Haha. Jom letak tangan dekat mulut gelak sikit.

"Selalu ke balik waktu macam ni?" Soal Jimin mendatar. Sekalian keretanya berhenti apabila lampu isyarat sudah bertukar merah.

"Tak. Hari ni aje, semua staf kerja OT. Bos suruh kemas kafe." Jawab Yeana.

Kepala Jimin terangguk-angguk. Tidak pula dia terasa mahu bertanya lagi. Tapi kepala masih lagi ligat mencari-cari soalan. Bukan selalu dia dapat masa berdua dengan bekas isterinya ini. Masa itu emas.

Tipikal seorang workaholic.

"Kenapa kerja jadi pelayan kafe? Bukan dulu waktu kita bercerai, awak dah tahun akhir study?"

"Perlu ke awak tahu semua tu?"

Jimin diam. Tiba-tiba rasa tersentap pula tangkai hatinya. Lagi pula, ada betulnya juga soalan Yeana itu. Perlu ke dia tahu? Dia siapa pada Yeana?

Dia cuma bekas suami sahaja.




×××××

Daniel tu komeo sahaja. Saia ambil dia berlakon sebab dia sesuai jadi barista KEKEKE.

Oh yaaa, jangan lupa vote. Jangannnnnlah kedekut, tidak makan jari pun bintang vote tu 😌.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now