Bab 16

3.2K 434 54
                                    

"Ada apa-apa yang boleh saya tolong? Sampaikan Cik Hyerin datang ke ofis saya?"

Soalan yang berbunyi nada jengkel itu mula menerjah masuk cuping telinga Hyerin. Gadis itu kemudian bangun dari sofa yang diduduki olehnya sedari tadi. Kerusi yang memang tersedia di hadapan meja kerja Jimin di duduk tanpa segan silu. Jimin sekadar memandang dengan ekor mata kerana sibuk memerhati skrin komputer riba.

Dalam hati lelaki itu berdecit.

"Biar saya terus-terang dengan Encik Park. Saya datang sini, wakilkan kawan baik saya Choi Yeana."

Jimin mengangkat muka. Komputer riba yang menjadi sempadan antara mereka berdua diletakkan ke tepi sedikit. Kening kanan lelaki itu terangkat. Dengar sahaja sebaris nama penuh bekas isterinya itu, terus hati jadi lain. Entahlah... Berbunga rasanya. Ceh!

"Kenapa dengan Yeana? Apa jadi dengan dia?" Soal Jimin dengan riak muka yang maintain tak beriak langsung. Cuba tunjuk cool, tapi hujung bibir menaik sedikit kerana tersengih.

Macam Hyerin tak perhati!

"Awak tahu, kenapa tanya saya?" Ujar Hyerin. Sengaja bermain soalan dengan lelaki itu.

"Maaf, tapi saya betul-betul tak tahu apa jadi dengan Yeana. Kami dah lama..."

"Jangan ingat saya tak nampak awak hari tu di hospital, ya? Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri awak berdiri di luar wad Yeana. Mustahil awak tak tanya doktor  keadaan Yeana." Belakang badannya disandarkan pada kerusi. Hyerin melipat tangan ke dada. Tajam kedua bebola matanya tertanam pada anak mata Jimin.

Jimin telan liur. Adeh! Punyalah sedaya upaya dia menyembunyikan diri dari di lihat Yeana ataupun rakan-rakannya. Nampak sangat lelaki ini menghendap bekas isteri sendiri di hospital. Dalam hati Jimin berdecit lagi. Segala jenis kutukan dihambur kepada diri sendiri.

"Oh...erm awak.."

"Bila nak kahwin?"

Selamba badak soalan tersebut diaju kepada Jimin. Terlongo lelaki itu melihat Hyerin yang duduk berhadapan dengannya.

Krik krik...

"Oh, wow! Kahwin? Kenapa pula saya kena kahwin dengan Yeana?" Jimin ketawa plastik.

"What the hell Mr. Park? Kau dah buntingkan kawan aku, kau boleh tanya pula kenapa kau kena kahwin dengan dia? Semalam kau ada terlanggar tiang ke apa sampai dapat amnesia ni, huh?"

Hamburan tutur kata daripada gadis di hadapannya itu serta merta membuatkan Jimin terkelu lidah. Terkebil-kebil kelopak mata lelaki itu melihat Hyerin. Sekali gadis itu berkata, seperti berdas-das peluru sedang mengenai dirinya. Hilang terus panggilan hormat Hyerin padanya.

"Awak marah? Apa hak awak untuk marah saya? Awak bukan sesiapa pun dengan bekas isteri saya, jadi awak tak ada hak langsung nak marah atau meninggi suara pada saya." Tingkah Jimin.

Hyerin menarik senyum sinis. Sedikit pun tidak menunjukkan riak pada kata-kata Jimin. Dari dalam mulut, dia menolak lidahnya sedikit ke dinding pipi. Seperti sedang menyediakan lidah bisanya untuk menghambur kata untuk lelaki di hadapannya itu.

"Saya bukan sesiapa ke, tak ada hubungan langsung ke dengan Yeana sekalipun saya tak kisah. Tapi saya ada hak nak marah awak! Dari saat awak matikan panggilan tempoh hari, saya dah ikhtiar dengan diri saya kalau apa-apa jadi dengan Yeana, awak berjantina lelaki sekalipun jangan ingat saya nak gerun, ya?" Balas Hyerin. Mendatar dan tenang.

Jelas, dia berjaya membuatkan Jimin tergamam. Pandangan lelaki itu perlahan-lahan dialih ke meja kerjanya.

"Yeana kawan saya. Kami berdua saling menjaga selama ni. Kalau apa-apa terjadi antara kami berdua, salah seorang daripada kami berhak membela. Saya mengaku dia pergi bar hari tu, saya yang suruh. Tapi saya tak sangka dia buat perangai lama dia balik, minum sampai mabuk teruk. Kebetulan pula awak terjumpa dia.

Tapi tak sangka pula ya, dalam keadaan dia macam tu awak ambil kesempatan ke atas dia. Awak sebagai bekas suami bukannya layan dia sebaiknya, tapi buat dia macam perempuan murahan. Lebih teruk lagi, perbuatan awak tu buatkan dia sampai mengandung. Masa buat tu sengaja lupa pakai benda alah tu ke apa ha?"

Jimin diam. Telinganya dibasuh bersih oleh leteren gadis dihadapannya itu. Setiap bait tutur kata Hyerin sedikit sebanyak menjentik kesedaran lelaki itu. Kau nak menyesal pun tak ada guna, nasi pun sah-sah jadi bubur, gumam Jimin dalam hati. Masih lagi pegun memandang meja kerjanya.

"Saya minta maaf kalau saya tak boleh nak kawal bahasa saya dan masuk campur dalam hal awak dan Yeana. Tapi saya minta tolong pada awak, sama ada awak nak bertanggungjawab melalui perkahwinan atau tidak, awak fikirlah anak awak yang Yeana sedang kandungkan. Saya tak kisah kalau awak tak nak kahwin dengan Yeana, saya boleh tolong Yeana jaga anak dia. Tapi tolong jangan letak tanggungjawab tu pada Yeana seorang, sebab kalau bukan disebabkan awak dia takkan mengandung."

Kerusi yang Hyerin duduki ditolak ke belakang menandakan gadis itu mula bangun dari duduknya. Jimin menengadah muka memandang Hyerin dengan pandangan redup. Sama ada tersentap atau terkilan dengan tutur kata Hyerin, dia tidak tahu.

"Balik ni awak naik apa? Kalau awak tak kisah, saya boleh suruh driver hantarkan awak balik." Pelawa Jimin dengan senyum nipis.

Hyerin menggeleng bersama senyuman manis yang tersimpul. Menolak pelawaan daripada Jimin. Dia tahu lelaki itu berniat baik.

"Saya balik sendiri. Kereta saya ada di bawah tu." Ujar Hyerin. Lambat-lambat Jimin menganggukkan kepala.

"Yeana tak tahu saya datang jumpa awak. Sebab dia kata nak selesaikan sendiri, tapi saya tahu dia malu nak jumpa awak. Jadi, pandai-pandailah awak jawab bila dia tanya nanti." Kata Hyerin sebelum melangkah keluar dari bilik ofis lelaki itu.

Jimin ketawa kecil. Diperhatikan saja pintu biliknya itu yang sudah terkatup di tutup oleh Hyerin.



×××××

Sesiapa yang fikir itu yeana, maap ya momen mereka belum tibaaaa 😛☕

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now