Chapter | 1

25.9K 718 70
                                    

"PAPA, Isya dah berjaya konvo! Terima kasih papa sebab banyak nasihatkan Isya. And now, this is for you! "

Keadaan dewan itu sungguh meriah. Ramai mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya tamatkan pelajaran mereka dalam bidang masing-masing. Tidak kurang juga, Batrisyia Airiz yang sudah mencapai ijazah dalam bidang psikologi. Akhirnya, impiannya menjadi kenyataan. Dia bercadang ingin meneruskan kerjayanya menjadi seorang pakar psikologi klinikal seperti bapanya.

"Papa bangga dengan Isya. Congratulation anak papa ni! Papa happy sangat tengok Isya! " kata Doktor Azlan sambil memeluk anak kesayangannya itu. Sungguh dia tidak sangka, anak yang dijaga selama ini telah menjadi orang dewasa. Tiba-tiba teringat, arwah isterinya dahulu. Iris matanya, sama seperti Batrisyia. Tanpa disedari, air matanya tertumpah perlahan.

"Papa, stop crying! Please, janganlah sedih papa. " balas Batrisyia sambil menyeka air mata jernih papanya itu. Dia yakin papanya mesti teringat akan arwah mama. Mama, Isya rindu mama. Terlalu rindu. Alhamdulillah, Isya dah berjaya ma. Nanti Isya pergi melawat mama ye. Ngomel hatinya.

"Taklah, mana ada papa sedih. Ni tengok papa senyum sebab happy sangat tengok Isya dah konvo. Wah, tak sangka Isya dah besar! Jangan jadi anak dara tua sudah. Hahaha. "

"Ish, apa papa ni. Isya muda lagi okay. Baru 27 tahun. Chill lah papa. Hmm, papa kalau Isya nak tanya boleh? "

"Muda apanya? Hahaha. Hmm, tanyalah. "

"Mana mummy Su dengan Sarah? Bukan patutnya mereka ada kat sini? "

"Er, mummy tak berapa sihat. Tu yang tak dapat datang. Biasalah tu Sarah yang jaga mummy. Eh, dah lah. Jom kita tangkap gambar kenangan. "

Batrisyia hanya diam mengikuti papanya ke photo booth. Haish, benci betul dekat mummy Su dengan Sarah ni. Ada je yang tak kena. Kesian papa! Haish, sabar jelah.

Selesai menangkap gambar, Batrisyia tidak perasan akan seorang lelaki yang menghampirinya.

"Boo! "

"Eh, Mukh! Awak buat saya terkejut je. "

"Hehehe, sorrylah ganggu awak. Oh, by the way congrats doktor psikologi to be."

"Thank you, Mukh. Awak pun apa kurangnya, congrats doktor pakar bedah to be. "

Batrisyia sempat berbisik dengan Doktor Azlan meminta masa untuk berbual dengan Mukhlis. Encik Azlan mengangguk tanda setuju. Mukhlis cepat-cepat bersalaman dengan Doktor Azlan. Wah, siapa sangka dapat jumpa pakar psikologi yang berjaya ini. Harap-harap dapat jadi bapa mertua. Hehehe.

"Bat, saya harap hari ini bukan hari terakhir saya jumpa awak. We still can be friend kan?"

"Yelah, tak payahlah sedih sangat awak ni. Saya ada je, in case awak nak datang rumah saya ke datanglah."

"Gonna miss you hardly Bat. Jangan lupa saya tau."

"Ish, merepek apa awak ni. Dah lah, kesian papa saya tunggu tu. Saya balik dulu. Bye, Assalamualaikum."

Mukhlis segera menarik tangan Batrisyia. Patutkah aku luahkan? Sudah lama sebenarnya, dia memendamkan perasaan terhadap gadis beriris hijau yang sungguh menawan itu. Hatinya berdebar-debar tiap kali matanya bertentangan dengan gadis itu.

Nak cakap ke tak?

"Kenapa ni Mukh? Something wrong ke?" tanya Batrisyia sambil merenung Mukhlis. Pahal pula mamat ni tarik tangan aku, haish.

Mukhlis yang kelihatan seperti termenung jauh lantas tersentak dengan soalan Batrisyia itu tadi.

"Eh, tak. Takde apa-apa. Er, cakap kat Doktor Azlan drive safely okay? Kirim salam juga. "

Tergelak Batrisyia dibuatnya. Haish Muhk ni, ada-ada je. Mukh ni memang pelik since dulu lagi. Batrisyia membalas pintaan Mukh dengan senyuman serta anggukan. Dia juga menyuruh Mukh menyampaikan salamnya kepada orang tua Mukh.

Mukhlis melepaskan keluhan kecil, apabila bayangan Batrisyia semakin menghilang.

"Goodbye, Bat. "

~~~


KEDENGARAN bunyi kenderaan yang dimatikan diluar menandakan kepulangan suaminya dan anak tirinya. Terpaksalah dia berpura-pura sakit semata-mata tidak mahu mengikuti suaminya ke konvo Batrisyia. Well, ibu tiri mana je yang suka dengan anak tirinya?

"Mummy, dorang dah balik. Ish, Sarah bencilah kalau Kak Isya tu balik. Menyemak je. Dahlah nanti dia rampas kasih sayang papa. Mana adil! " bentak Sarah tanda tidak puas hati dengan kakak tirinya itu. Memang dari dulu dia cemburu apabila Batrisyia selalu mendapat perhatian dari papa. Aku pun anak dia. Mana adil!

"Assalamualaikum semua! Isya happy sangat dapat balik rumah! " kata Batrisyia sejurus sahaja melangkah masuk ke rumah itu. Ya Allah, sumpah dah lama dia tak balik. Kalau balik pun, sekali-sekala je sebab dia terlalu sibuk.

"Hmm, waalaikumsalam. " balas Puan Suraya endah tak endah. Yup. Kalau dah benci tu memang tak boleh cover. Buat apa nak hipokrit.

Sarah dari jauh hanya menayangkan reaksi menyampah sahaja. Euw tak yah buat muka innocent lah Kak Isya oi.

"Kenapa semua orang macam tak happy je Isya balik? " soalan cepumas itu memang sengaja dilontarkan. Batrisyia ingin melihat reaksi kedua-dua manusia yang sedang berdiri di hadapannya.

"Sape je happy kalau penyemak balik! " jawab Sarah sambil menjeling ke arah Batrisyia.

Euw, tak sedar diri. Dia panggil aku penyemak? Isya, sabar Isya. Fuh. Dia ni memang dah lama hidup.

"Dah lah! Isya baru je balik rumah. Takkan nak gaduh! Bila Isya balik je mesti kamu berdua buat perangaikan. Sarah, I think better you shut your mouth off. " balas Doktor Azlan. Makin hari Sarah ni makin melampau. Sudah cukup lama dia bersabar dengan kelancangan mulut Sarah ni. Betul lah apa orang kata. Like mother, like daughter.

"Abang! Yang abang nak marah Sarah ni dah kenapa. Sarah cuma jawab je apa yang Isya tanya. Lagipun bukan salah Sarah. " balas Puan Suraya pula apabila anaknya seperti ditindas oleh suaminya. What the hell nak bela anak dia pula. Habis anak aku ni?

"Masalahnya Sarah ni dah melampau sangat. Hormatlah sikit dekat Isya. She is older kot. Papa tak pernah ajar Sarah biadap dengan orang yang lebih tua. " kata Doktor Azlan yang sudah tipis kesabarannya. Ikutkan hati nak saja lempang si Sarah ni. Alhamdulillah, dia masih belum hilang kewarasan akal lagi.

"Sampai hati papa! Papa sayang Kak Isya je. Papa tak sayang Sarah pun. " balas Sarah dengan penuh drama dan ditambah dengan air mata palsu. Yes, dia memang suka meraih simpati dari Doktor Azlan.

"Ish, stop it. Pa, I think I have to go to my room. Sorry mummy, Sarah. Isya naik dulu. " dengan pantas Batrisyia berlalu ke biliknya lalu pintu dihempas agak kuat.

Dia dah penat. Penat nak gaduh. Asal balik je gaduh. Dah lah hari ni baru konvo. Nak happy pun tak boleh. Perlahan-lahan Batrisyia bangkit dengan lemah menuju ke meja soleknya. Dicapai frame gambar arwah mamanya. Dia rasa hiba. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh. Ya Allah. Mama, Isya sedih ma. Kenapa mereka benci sangat dengan Isya? Apa salah Isya? Ma kenapa Isya tak boleh rasa happy macam keluarga lain?

Deringan telefon mematikan lamunan Batrisyia. Di lihatnya skrin telefon untuk mengetahui pemanggilnya.

Aina.

Senyumannya terukir. Aina kau datang tepat pada waktunya. Thanks.

~~~

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now