Chapter | 24

6.3K 289 9
                                    

"BAT! " laung Aina dari bawah. Eh, dia ni tidur ke? Jam sudah menujukkan pukul 5 petang. Fuh, lama betul Batrisyia duduk atas pokok ni. Memang tak nak turun ke? Dia memandang ke arah Daniel.

"Saya panjat pokok ni kejap. Awak tunggu ya? " kata Aina seraya memulakan langkah dengan meletakkan kaki kirinya di atas pohon itu. Nasib baik tak tinggi sangat. Haih, Bat kau buat apa ni? Risau aku.

Sampai sahaja di rumah pokok, Aina mencari bayang Batrisyia.

Lahai, tidur rupanya. Patut lah tak nyahut aku panggil tadi. Langkah diatur mendekati Batrisyia yang sedang lena tidur bersebelahan tingkap itu. Perlahan-lahan Aina menggoyangkan bahu Batrisyia.

Lagu Pinjamkan Hatiku masih kedengaran. Aina mencapai telefon Batrisyia. Lagu itu diletak dalam mode ulangan. Bat, kau broken ya? Lantas lagu itu dimatikan. Dia meletakkan telefon itu kembali.

"Bat, bangun. Dah petang ni, jom balik. " kejut Aina. Batrisyia tersedar. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Dia langsung terduduk. Terkejut barangkali melihat Aina di situ. Tudung yang senget dibetulkan. Dia menonyoh perlahan matanya. Sempat dia menutup mulutnya yang mula menguap. Jam tangan ditilik. Terus dibesarkan matanya.

"Lamanya aku tertidur! Aina, sorry. Dah jom turun. " Batrisyia terus keluar dari rumah pokok itu. Aina hanya mengikuti dari belakang. Perlahan-lahan mereka turun ke bawah. Daniel masih setia menunggu di bawah.

"Ni, aku tunggu kat kereta tau Aina. Ngantuk lagilah. " kata Batrisyia. Matanya dikecilkan semula. Ditambah dengan sembap kerana dia baru lepas nangis. Hmm, jahat ke kalau dia kata dia rasa cemburu melihat keakraban Aina dan Daniel? Sudah lah hatinya berada dalam keadaan duka.

Kasihan pula si Bat ni. Kelihatan tak terurus pula. Haih. Aina mengomel sendiri.

"Hanif, maaf. Saya tak boleh lama. Saya kena hantar Bat balik. Lagipun dia tengah bersedih tu. " ucap Aina sambil bermain dengan jarinya. Daniel mengangguk tanda faham. Dia mengucapkan selamat tinggal pada Aina. Aina membalas dengan senyuman.

Bayangan Aina sudah hilang dari pandangannya. Daniel kembali duduk di tepi tasik. Dia berfikir seketika.

Aina Aulia. Dari kecil, sampai besar kau tetap cantik. Teringat kali pertama dia terpikat dengan Aina kerana iris matanya berwarna hazel. Alis matanya juga lentik. Ditambah dengan bibir mungil berwarna merah jambu. Sungguh mempersona. Kalau lah, dia dapat memiliki wanita itu... Namun, apa kan daya... Datin Aleesa pasti menentang. Wajahnya dikeruhkan kembali. Batu kecil dicampak ke dalam tasik. Dia mengeluh perlahan.

~~~

SAMPAI sahaja di rumah, Irfan terus mengamuk tak tentu pasal. Habis bersepah balik bilik tidurnya. Penyakitnya kembali barangkali...

Argh! Bodoh lah! Kenapa kau kena muncul balik! Aku benci kau!

Yow Irfan, seronok tak hari ni? Hahahaha. Kau takkan dapat kahwin dengan sesiapun percayalah. Mana mungkin ada orang yang sayangkan kau. Mak kau sendiri pun buang kau.

Diam! Aku tak nak dengar! Setan kau, Amin!

Barang-barang di dalam bilik habis semua dilontarkan. Pintu biliknya tak henti-henti diketuk. Dia tidak mahu buka. Dia menjerit supaya tidak mengganggunya. Mak Cik Reen yang berdiri di sebalik pintu hanya akur. Langkah diatur ke ruang tamu. Ya Allah Irfan, kamu kenapa ni? Mulutnya terkumat-kamit mendoakan agar Irfan kembali tenang semula.

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now