HAHAHAHAHAHAHA!!!
Irfan tak pernah rasa segembira ini. Jiwanya menjadi teruja tiba-tiba. Dia bercakap seorang diri.
Mak Cik Reen sempat menelefon Batrisyia. Harap anak gadis itu dapat hadir ke sini dengan cepat. Perbuatan Irfan makin menyeramkan. Dia tidak pernah rasa 'gembira' macam ni. Pelik. Tapi, yang ini lagi better daripada dia marah-marah dan memusnahkan semua barang. Dah mental kan? Buat apa pun semua seram. Hatinya, berulang kali mendoakan semoga Irfan tidak apa-apa. Dia kembali mengintip Irfan dari celah pintu.
Hey, bodoh! Hari ni aku nak pergi jumpa perempuan tu. Aku rasa happy sangat. Eh, kau dengar tak.
Kau yakin ke dia tu nak sangat jumpa kau? Silap-silap nanti dia tinggalkan kau macam orang lain. Jangan jadi bodoh Irfan.
Tak, tak. Aku yakin dia sukakan aku. Aku tak pernah rasa macam ni. Aku rasa baik kau diam kot. Hahahahahaha!
Irfan sambung gelak seorang diri. Tiba-tiba dia menyanyi riang. Dia segera menukar pakaiannya. Rambutnya disikat kemas. Ya, dia bersedia nak jumpa doktornya. Biliknya juga dikemas. Cantik dan bersih.
"Assalamualaikum, puan. "
Pintu dikuak perlahan. Mak Cik Reen menyambut kedatangan Batrisyia dan Aina. Mak Cik Reen menceritakan perkara yang berlaku. Batrisyia mendengar dengan setia lalu dia membuat konklusi.
Macam mana dia boleh kena mood hypomania ni? Papa kata dia selalu kena mood depression. Ok, pelik. Dia meminta izin Mak Cik Reen untuk bertemu Irfan di dalam bilik. Dia membawa sekali Aina bersamanya.
Tok Tok Tok
Sepi. Tiada jawapan.
"Irfan? Ni saya. "
Irfan terdiam seketika. Doktor dah sampai.... Senyuman diukir tajam.
Pintu dibuka.
Batrisyia dan Aina masuk ke dalam dengan berhati-hati. Wah, macam ni ke bilik orang mental? Kemas dan bersih? Terkejut mereka apabila melihat Irfan yang muncul dari belakang pintu.
"Doktor buat apa kat sini? " tanya Irfan seraya menutup pintu biliknya. Dia memandang ke arah Batrisyia sambil tersenyum. Batrisyia dan Aina mengambil tempat di sofa bilik Irfan. Sempat mereka berbisik.
"Bat, asal aku rasa seram tengok Mr. Bipolar ni? Dia asyik tenung kau je. "
"Aku tak tahu. Kau ni janganlah buat aku takut. "
"Kenapa korang main bisik-bisik ni? Macam best je. " sampuk Irfan tiba-tiba. Berderau darah mereka berdua. Aduh, seram na!
"Er, Irfan tadi makcik awak telefon saya. Sebab tu saya datang jumpa awak ni. Awak sihat? " tanya Batrisyia takut-takut. Aina yang duduk di sebelahnya sudah mengunci mulut siap-siap.
"Kau nampak aku macam sihat tak? Aku nampak kau datang bawa kawan? " balas Irfan sambil matanya melirik ke arah Aina. Tersentak Aina dibuatnya. Bat tolong aku. Dia hanya mampu bersuara di dalam hati.
"Oh, ni. Kawan saya, Aina. Irfan, saya nak tanya awak. Apa yang awak rasa sekarang ni? " tanya Batrisyia sambil mengeluarkan buku notanya serta pen. Memang dia akan selalu berbuat demikian untuk mengetahui perkembangan pesakitnya.
"Sejujurnya, aku tak tahu kenapa aku rasa happy sangat hari ni. Hahahahaha. Kan Amin? "
Aduh. Siapa pula Amin ni. Ni perkara baru ni. Tak pernah sebelum ni dia mention 'Amin'.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...