Chapter | 27

6.1K 256 8
                                    

Akhirnya mereka telah selamat tiba di Thailand. Fuh. Daniel memanjatkan kesyukuran. Alhamdulillah, mereka selamat sampai. Penumpang mula turun dari pesawat itu. Kesemua crew juga mengambil beg tarik masing-masing.

Azra tergedek-gedek berjalan mengejar Irfan. Irfan hanya buat-buat tak nampak sahaja. Malas nak layan.

Sampai sahaja di Baiyoke Sky Hotel, mereka mengambil kunci bilik masing-masing.

Tak tahu lah kebetulan ke, apa ke, tapi bilik Irfan dan Daniel bersebelahan dengan bilik Azra dan Lily. Irfan mendengus perlahan. Haish.

Masuk saja dalam bilik, Irfan terus menghempaskan tubuh di atas tilam itu. Ahh, nyamannya...

"Woi! Tak menyempat ea kau! Sepak kang! " marah Daniel apabila melihat katil itu telah dinodai dulu oleh Irfan. Haish, kalau ye pun tunggulah. Kita baring sama-sama. Eh, lain macam je.

Sudahlah katil dia bagi satu je. Kekok pula nak tidur sebelah-sebelah. Daniel mengerutkan dahinya. Kepalanya digeleng perlahan. Setiap kali fly jauh ni, biasanya Daniel akan bawa tilam angin. Boleh lah juga dia guna.

Dia terus menyelongkar bagasinya. Aduh, mana pula tilam tu. Jangan-jangan... Ish! Aku lupa nak bawa! Maki! Dahi ditepuk berkali-kali. Aduh!

Irfan memandang muka Daniel yang dah macam termakan lemon. Apahal pula dia ni.

"Oi, pahal. " tanya Irfan.

"Hmm, aku...aku tak bawa tilam angin aku. " jawab Daniel terkulat-kulat. Ni, mesti dia kata aku jijik nak tidur sebelah dia nanti.

"Kau tak suka tidur sebelah aku ke? Pergh, tahulah aku ni mental. Agak lah wey. " tanya Irfan polos. Tiba-tiba beremosi.

Hah, dah agak dah. Macam mana erk, nak terangkan? Kepala yang tidak gatal digaru. Aduh.

"Bukan macam tu maksud aku Fan. Tapi, aku memang selalu tidur atas tilam angin kalau fly jauh. Aku tak biasa je. Rasa kekok. " terang Daniel sambil menyusun makanan-makanan yang dibawa di dalam almari dapur.

"Alah, tidur jelah. Aku takkan ganggu kau punya. Aku bukan gay... " balas Irfan sambil melontarkan T-shirt nya tepat kena muka Daniel.

Daniel mencebik. Jadah dia!

"Pengotor lah kau! Ei! " Daniel campak balik T-shirt itu ke arah Irfan. Euw!

Mengekek Irfan ketawa. Hahahahahahahaha.

Ding Dong Ding Dong

Pintu bilik mereka diketuk sejurus bunyi loceng itu. Mereka saling berpandangan. Siapa tu? Takkan baru masuk bilik dah ada orang nak jumpa?

Daniel terus berlari ke arah pintu manakala Irfan masih terkial-kial menyarungkan T-shirt nya semula.

Pintu dibuka. Nafasnya dikeluh perlahan.

"Yes, may I help you Azra? " tanya Daniel sambil menyilangkan tangannya. Sejurus sahaja mendengar nama Azra disebutkan, Irfan terus masuk ke dalam toilet. Ei, menyampah lah! Nak apa lagi!

"Captain, macam ni, kami dah buat tempahan makan malam nanti. So, harap sangat captain dengan Irfan boleh join kami. " kata Azra sambil menayangkan muka kesian.

Daniel memandang muka Azra. Aduh, rasa bersalah pula. Susah-susah je tempah makan malam. Dah lah hotel ni mahal. Ikutkan hati, memang dia nak makan maggi je. Jimat. Ni, dah ada orang belanja takkan nak tolak. Rezeki!

"Sure. Nanti kami datang. Thanks sebab inform kat I. " balas Daniel dengan mesra. Azra tersenyum. Yeay!

~~~

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now