MATANYA dibuka perlahan-lahan dek silau dengan cahaya lampu. Dia mengesot perlahan ke belakang untuk bersandar pada bantal. Dia terbatuk kecil. Matanya melihat sekeliling. Eh, sejak bila pula aku ada dalam bilik ni? Papa? Doktor Azlan sedang lena tidur di tepi katil. Kasihan pula melihat papanya tidur terduduk seperti itu. Sudah lah tidak beralaskan apa-apa bantal. Dia menggoyangkan bahu Doktor Azlan dengan lembut.
Doktor Azlan tersedar. Terkejut dia melihat Batrisyia sudah terjaga. Matanya dilirikkan pada jam loceng di atas meja. 3 pagi. Ya Allah patutlah ngantuk. Dia menguap beberapa kali.
"Papa, sambunglah tidur dekat bilik papa. Takpe Isya dah ok. " suara lembut itu menyerpa gegendang telinganya. Doktor Azlan mengangguk dalam keadaan mamai. Perlahan-lahan dia bangkit menuju ke biliknya. Batrisyia hanya memerhatikan papanya. Terharu pula rasa. Sungguhpun papanya itu sibuk, tapi papanya tetap dapat menjaganya ketika sakit. Dia tersenyum.
Dia meregangkan badan buat seketika lalu turun dari katil. Langkah diatur menuju ke bilik air. Dah alang-alang terbangun ni baik buat solat tahajjud. Dapat juga pahala. Batrisyia mengambil air wuduk. Grr. Dia menggigil seketika dek air yang sejuk.
Seusai sahaja selesai, dia keluar dan mencapai telekung yang terlipat di dalam almari bajunya.
Rasa tenang hatinya. Pagi ini terasa aman dan damai. Kesulitan yang melanda dirinya, dilupakan seketika.
"Ya Allah, apa yang patut aku buat? Hati aku sakit sangat. Kenapa dia mesti curang dengan aku? Apa salah aku? " menangis dia. Habis semua dia mengadu pada yang Maha Kuasa.
Telefon dicapai. Dia melihat beberapa message dari WhatsApp. Irfan.
Isya, saya minta maaf! Boleh kita berjumpa? Saya akan terangkan semuanya. Saya janji, no more secret between us!
Dia hanya memandang sepi ke arah mesej itu. Patut ke aku beri dia peluang? Mungkin...
Akhirnya, mesej itu dilihat sahaja. Ah! Sudahlah! Dahlah kau baru reply mesej aku! Selama ni kau pergi mana?! Bencinya! Dia kembali menutup telefonnya. Dia mengesat sisa air mata yang masih melekat pada pipi merahnya. Ditarik nafas dalam-dalam. Ok. Lantak kau lah nak buat apa, aku dah malas nak gesah pasal kau!
~~~
Aduh, dia seen je?! Bapak ah! Irfan meraup mukanya. Ya Allah aku nak buat apa kalau dia tak nak jumpa aku ni? Fikir Irfan, fikir! Susah sangat ke kau nak pujuk seorang perempuan?! Nafasnya dihela berat. Fuh...
Otaknya seperti merancang sesuatu. Ya! Aku minta tolong Aina! Nombor Aina didail.
Lagu Semua Sudah nyanyian Elizabeth Tan menyerpa gegendang telinga Aina. Eh, siapa pula call aku ni?
Irfan?
Dia menekan punat hijau.
"Helo? " sapa suara garau itu.
"Apa hal call aku ni. " balas Aina kasar. Ingat dia boleh lupa ke apa yang Irfan buat dekat teman baiknya? No way dude!
"Aina, aku nak minta tolong kau. Please? " kata Irfan dengan suara lembut memujuk.
"Tak puas lagi ke apa yang kau buat dekat Bat? Hah?! " ucap Aina acuh tak acuh. Ikutkan hati mahu saja dia memutuskan panggilan itu.
"Tolonglah wey, aku dah buntu macam mana lagi nak pujuk dia. Please Aina.... " pujuk Irfan lagi. Dia tidak akan berputus asa sehingga Aina setuju membantunya.
Hmm...should I help him? Aina berfikir sejenak.
"Ok, aku setuju. Tapi kau janji yang kau takkan sakitkan hati dia lagi. "
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...