Chapter | 20

7.9K 386 4
                                    

IRFAN memandang telefon bimbitnya yang terletak di atas meja. Hmm, senyap pula Batrisyia ni. Mana dia ea? Kerja kot.

Nak message ke tak?

Contact 'My Doctor' ditekan. Dia melihat kembali mesej-mesej dahulu. Bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Ya Allah, aku rasa... Aku benar-benar sayangkan kau, Isya. Dia berfikir sejenak. Hmm should I make it a formal confess?

Assalamualaikum, Isya. Can we have a dinner tonight?

Butang send ditekan. Dia terus menutup telefon bimbitnya. Asal aku berdebar semacam ni. Nafasnya tidak teratur. Dia resah menunggu balasan dari Batrisyia.

Ting.

Hah! Dia dah reply ke? Telefon dicapai kembali. Perlahan-lahan matanya menilik mesej yang baru masuk.

Sure, why not :)

Wey! Dia setuju! Okay, Irfan. Chill. Dia berdehem. Okay, aku kena cari baju yang sesuai. Kasut. Rambut. Hatinya tidak tenang melihat jarum jam pada dinding menunjukkan pukul 3 petang. Dengan pantas, dia berjalan menuju ke almari. Pintu almari dibuka. Banyak baju yang tergantung sudah berhabuk. Baju ni semua dia pernah pakai dahulu semasa bekerja syarikat pakciknya. Hmm, tiba-tiba dia terfikir... Patutkah aku bekerja semula? Hmm.

Baju kemaja merah itu ditarik. Okay juga baju ni. Ditepuk-tepuk baju itu untuk menghilangkan sedikit habuk. Baju itu diletakkan di atas katil.

I'll prepare everything for tonight. Harap semua berjalan lancar.

~~~

Jam pada dinding menunjukkan pukul 7 malam. Batrisyia sedang bersiap-siap kerana tepat pukul 8 malam, Irfan akan datang menjemputnya. Fuh. Asal tiba-tiba ajak dinner ni. Sebenarnya, mereka tidak bertegur langsung selepas hari itu. Awkward? Of course lah! Aduh. Aku nak pakai baju apa ni? Asal aku berdebar pula ni?

Dia mengenakan baju gaun labuh berwarna merah. Entah kenapa dia nak pakai baju arwah mamanya. Wah, cantik juga baju ni. Dia kembali berjalan ke arah cermin solek. Bingkai gambar keluarga dicapai. Mama, tengok ni. Isya pakai baju mama, hehe.

"Wah, anak papa dah siap dah? Cantiknya baju tu! "

"Baju je? Anak sendiri ni? "

"Yelah, cantik juga. Hahahaha. "

Telefon dihidupkan. Masih tiada balasan mesej daripada Irfan. Haish, bluetick je? Ni yang tak suka ni.

Kereta BMW i8 Roadster emas sudah diparkir di hadapan rumah agamnya. Hah! Dah sampai ke! Tu kereta Irfan!

"Papa, I've to go now. Doakan Isya papa. Hahaha. "

"Eh, bukan dinner je ke. Eleh... Mesti ada apa-apa kan... "

"No, mana ada. Isya minta papa doakan anak papa ni bahave. Hahaha dahlah nanti anything I let you know. "

"Okay. Hati-hati sayang. "

Irfan tergamam melihat Batrisyia. Warna baju sama lah! Wah, ada jodoh! Hehehe.

"Er, awak tiru saya ke Irfan? "

"Eh, saya rasa awak yang tiru saya. "

"Ish. "

"Hahaha. Dahlah, jom. Saya bawa awak pergi satu tempat ni. "

Batrisyia hanya berdiam di dalam kereta. Pipinya terasa bahang. Malu. Ya Allah tolong. Malu. Nak buat apa ni. Tangannya yang gatal cuba menekan butang untuk menghidupkan radio. Kalau dengar radio ni, takde lah awkward sangat.

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now