Special Chapter🌻

6.5K 265 11
                                    

Alhamdulillah, hidupku bersama suami yang tercinta amat bahagia. Hari-hariku diisi dengan rasa cinta yang dicurahkan oleh si dia. Jiwaku bersulamkan kasih sayang yang sangan tulus. Kehadiran si cilik Sulha Hanafi dan Syaza Hafani, lebih menyerikan kehidupan kami.

"Mummy? Mummy buat apa tu. " tanya si cilik yang setia memerhatikannya menulis dari tadi. Batrisyia hanya tersenyum manis sebelum dia mengangkat tubuh si abang dan diletakkan di atas pangkuannya.

"Mummy tengah tulis cerita tentang kita. "

"Tentang kita? Apa maksud mummy? " si abang mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Si adik yang sedang leka bermain dengan kucing tiba-tiba datang menghampiri mereka berdua.

"Maksud mummy, dalam buku ni ada kisah tentang perjalanan hidup daddy, mummy, Sulha dan Syaza! " Batrisyia memeluk erat kedua-dua anak kembarnya itu.

Hah!

Tangan sasa Irfan memeluk belakang mereka bertiga. Si adik menjerit terkejut.

"Ish, daddy ni. Terkejut kita. " Syaza menolak tangan Irfan yang mengcengkam bahunya dengan lembut. Dia menyilangkan tangan.

Batrisyia hanya tergelak melihat situasi itu. Ada-ada saja si Syaza ni.

"Sebenarnya, daddy ada hadiah untuk semua orang. " Irfan mula bergerak ke hadapan mereka.

Anak-anak kembar itu mula melompat-lompat dan menjerit keseronokan seperti kanak-kanak riang.

"Apa dia bang? " Batrisyia juga tertanya dengan 'hadiah' yang dimaksudkan.

"We're going to... Sydney! "

Oh, my! Sydney?! Salah dengar ke?!

Batrisyia membesarkan matanya. Dia segera berdiri memeluk sang suami.

Cup!

Sebuah ciuman menghinggap pipi Irfan.

"Eh, pipi saja? Ni? " Irfan menyuakan bibir seksinya. Batrisyia segera menolak bibir Irfan. Dia tersengih malu kerana sudah terlanjur.

"Mummy dengan daddy ni, kalau nak 'sweet sweet' pergilah masuk bilik! " serentak Sulha dan Syaza membebel. Mereka mula merajuk.

"Alah, baby mummy ni. Janganlah merajuk. Sini mummy bagi kiss juga! "

Cup! Cup!

Sulha dan Syaza segera memeluk Batrisyia. Sempat juga mereka berdua menjeling Irfan. Irfan hanya menggelengkan kepalanya sambil tersengih.

"Abang ada dapat bonus ke bulan ni? "

"Yup. Pengurus abang bagi kita satu family percutian ke sana. "

"Thank you abang! Sulha dan Syaza sangat gembira! Isya pun gembira juga! "

Irfan tersenyum.

"Hey kids, guess who gonna fly us to Sydney! " Irfan bermain teka-teki.

Kelihatan seperti mereka berdua sedang berfikir.

"Wait, daddy. Is it Superman? " si Sulha melontarkan jawapannya.

"Ei, salahlah abang. Syaza rasa... daddy yang akan bawa kita ke sana! Daddy kan our Superman! " Syaza mengenyitkan mata. Matanya persis Batrisyia. Cantik.

"Yeay, Syaza betul! Sulha pun betul! "

Mereka mula menyakat antara satu sama lain, rutin mereka setiap hari.

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now