Chapter | 23

7K 317 7
                                    

CAWAN kopi diangkat lalu dihirup. Nyamannya rasa. Mana Aina ni? Jam tangan ditilik. Dah pukul 12 tengah hari. Hmm, kejap lagi sampai kut. Batrisyia membetulkan posisi kedudukannya agar senang untuk dia mencari melihat Aina. Dia duduk mengetuk meja.

Seketika dia membelek telefonnya. Takde apa-apa. Hmm. Mana Irfan? Dah dua hari lesap. Bukan nak text atau call pun. Dah lah reply pun tak message aku. Timbul rasa kurang senang di situ. Ah, maybe dia dekat Amsterdam, takde line kut. Batrisyia, be positive. Tarik nafas, hembus. Tapi, bukan ke dia patut tiba di Malaysia hari ini?

"Apa masalah kau ni Azra?! " marah Irfan apabila tangannya ditarik-tarik oleh Azra. Nak tak nak, dia terpaksa temankan perempuan ni shopping di sini. Kalau tak perempuan gila ni tak mahu memulangkan telefonnya kembali.

Sudah dua hari dia tidak berhubung dengan Batrisyia gara-gara perempuan ni. Langkah mereka diatur menuju ke Cafe Starbucks. Azra tergedik-gedik mahu membeli kopi di situ. Irfan mengiyakan sahaja.

"Irfan, I still ingat lagi kopi kesukaan you tau. " ucap Azra sambil menghulurkan kopi Caramel Latte kepada Irfan. Irfan terdiam. Apa motif Azra nak flashback bagai ni? Dia menyambut kopi itu. Bohonglah kalau kata dia tak suka kopi itu, Caramel Latte sememangnya kopi kegemarannya. Dia mengucapkan terima kasih.

Tanpa mereka sedari, seseorang telah memerhatikan mereka. Siapa lagi kalau bukan Batrisyia. Dia mengecilkan matanya. Biar betul tu Irfan?! Siapa perempuan tu pula?! Amarahnya telah timbul, cepat-cepat diredakan kembali dengan menghirup kopi Hazelnut Lattenya. Dia menunduk agar Irfan tidak sedar akan kehadirannya.

Yall! Perempuan tu pegang tangan Irfan! What the hell!

Aina yang telah tiba, berselisih dengan mereka. Wajah Irfan dipandang. Terkejut Aina dibuatnya. Irfan? Kelihat mereka semakin menjauh. Aina kembali berjalan ke dalam Cafe Starbucks untuk mencari Batrisyia.

Batrisyia sedang termenung. Betul ke apa yang aku nampak tadi. Sampai hati awak, Irfan. Wajah perempuan tadi cuba diingat kembali. Rambutnya paras bahu, warnanya blonde, dikenakan gaun bunga paras lutut bersama kasut tumit tinggi hitam. Kenapa aku tak pernah nampak dia langsung? Serabut otaknya.

"Bat, kau ok tak ni. " tegur Aina tiba-tiba. Lamunannya Batrisyia terhenti. Sejak bila Aina duduk depannya? Langsung tidak sedar akan kehadiran Aina.

Aina memandang Batrisyia dengan keluhan. Nak beritahu ke tak? Dia sudah dimaklumkan dengan majlis pertunangan mereka yang bakal dilangsungkan lagi sebulan. Aduh, dia rasa bersalah.

"Wey, cepat. Kau kena ikut aku. " Batrisyia menarik tangan Aina dengan pantas. Langkah mereka diatur mengikuti kelibat dua merpati sejoli itu. Terkejut Aina dibuatnya. Ternyata Batrisyia sudah tahu.

"Er, Bat. Aku... Bukan apa. Tapi, tadi aku nampak..."

"Aku tahu. " potong Batrisyia. Dia masih lagi bersikap tenang. Mereka berdua hanya mengintip pergerakan Irfan bersama perempuan yang tidak dikenali itu. Sakit mata Batrisyia apabila melihat perempuan itu memegang tangan Irfan seketika. Ei! Nak je aku terjah!

"Hmm, ni kita nak buat apa? Ngintip mereka? " tanya Aina polos. Iris matanya masih memerhatikan mereka berdua di dalam kedai Parkson. Kelihatan seperti perempuan itu cuba menarik perhatian Irfan.

"Irfan, you rasa yang mana ok? Yang red or blue? " tanya Azra sambil mengangkat kedua-dua helai blouse itu. Terasa macam mimpi pula apabila Irfan bersetuju untuk menemaninya berbelanja hari ini. Untung badan. Hehe.

"Blue one. " jawab Irfan sepatah. Jam tangan Polo ditiliknya. Berapa lama lagi perempuan ni nak shopping? Haih, cepat sikit. Lututnya sudah mula goyang dek penat. Dipicitnya lutut itu seketika. Tak faham macam mana perempuan boleh ada energy yang banyak semasa shopping. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now