BATRISYIA menolak perlahan pintu itu. Bimbang semua orang akan terjaga dek bunyi yang dikeluarkan. Aduh, mati aku. Dah lah balik lambat. Haish, Mukh dengan Aina lah ni. Harap-harap makcik bawang tu dah tidur.
Bunyi tepukan kedengaran. Terkejut Batrisyia dibuatnya. Mak kau, siapa yang tepuk tangan tengah malam ni? Grr, tiba-tiba rasa seram sejuk. Ya Allah, aku harap bukan syaitan. Amin.
Tiba-tiba 'benda' itu bersuara.
"Amboi, baru balik ke? Ingatkan dah mampus kat tengah jalan tu. " kata 'benda' itu dengan nada yang sinis. Maka, tahulah dia suara itu milik siapa lagi kalau bukan ibu tirinya. Batrisyia melepaskan keluhan kecil. Haish mesti aku kena bebel dengan mak lampir ni.
Pap, lampu ruang tamu menyala. Wow, ada anak dia sekalilah.
"Eh, tadi Isya jalan-jalan dengan Aina sampai tak sedar dah lewat. Er, Isya naik bilik dulu ya. Selamat malam. " baru sahaja Batrisyia ingin melangkah, Sarah pantas menghalang. Matanya tajam merenung Batrisyia. Huh, kau pikir aku tak tahu kau keluar dengan siapa? Ish, menyampah.
"Wait, Sarah tahu Kak Isya keluar dengan Mukh kan? Hey, dengar sini Mukh tu Sarah punya. Jangan rampas dia. Faham! " marah Sarah tiba-tiba. Dia memang pantang kalau 'barang' miliknya diambil oleh Batrisyia. No way! Iman Mukhlis is mine!
"Hahahaha, apa? Mukh tu Sarah punya? Eh, hello. Dia kawan Isya sejak sekolah menengah lagi ok? Entah kenal ke tidak Mukh dengan Sarah. Hahaha, please stop joking. " balas Batrisyia sambil ketawa. Ya Allah perempuan ni. Perasaan tahap babun. Hahahaha. Hampir menangis dibuatnya. Sumpah takleh brain.
"Ish, mummy tengok dia ni. Sampai hati gelakkan Sarah. " renyek Sarah sambil menarik-narik tangan Puan Suraya. Panas hatinya melihat Batrisyia senang-senang memijak air mukanya. Bencinya! Argh!
Puan Suraya membalas sindiran Batrisyia dengan menarik tudungnya. Batrisyia sedikit meronta apabila tarikan itu semakin kuat dan tidak dilepaskan oleh Puan Suraya. Aduh, sakitlah. Pahal mak lampir ni. Tangannya berusaha menepis-nepis tangan mak lampir itu.
"Eh, kau dengar sini. Aku rasa kalau kau nak bapak kau tu hidup lama, baik kau dengar cakap aku. " balas Puan Suraya dengan nada berbaur ugutan. Memang dia dah lama bersabar dengan perempuan puaka depan dia ni. Rasanya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk 'beraksi'. Senyuman sinis dilontarkan seraya tangannya melepaskan tudung yang dipakai Batrisyia. Habis serabai tudungnya dengan rambut yang terkeluar. Ish, dia ni dah lama hidup ke.
Gulp. Tiba-tiba terasa pahit air liur yang ditelan. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Ke aku salah dengar? Hatinya tiba-tiba berdebar. Semakin hilang keberaniannya menghadapi dua manusia ni.
"Apa, maksud mummy Su? " balas Batrisyia dengan gagap. Matanya merenung ke arah dua manusia yang sedang menyeringai kepadanya. Gulp. Apa yang akan berlaku ni?
~~~
"Irfan, hari ini makcik nak pergi beli barang dapur dengan pakcik. Kamu nak ikut? " tanya Mak Cik Reen sebaik sahaja meletakkan dulang di atas meja. Sepinggan nasi goreng itu dihulurkan kepada Irfan. Irfan menyambut dengan lemah lalu perlahan-lahan menyuapkan ia ke mulut.
"Boleh juga, aku bosan duduk dalam bilik ni. " jawab Irfan ringkas. Tangannya masih laju menyuap nasi goreng itu. Ya, hidup dia kelihatan lifeless. Dia tiada kawan. Keluar rumah pun jarang. Yalah siapa je nak kawan dengan orang mental macam diakan?
Mak Cik Reen tersenyum. Jarang Irfan ni ikut kata dia. Lantas dia bangun meninggalkan Irfan yang sedang khusyuk menikmati sarapan. Ditutupnya pintu perlahan. Langkah diatur menuju ke ruang tamu. Kelihatan suaminya sedang menonton televisyen.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...