Chapter | 21

7.3K 362 0
                                    

"ASYRAF! Asyraf! Hey, you dengar tak ni I panggil you! "

Petang itu selepas habis penggambaran, Sarah terus menjejaki Asyraf. Memang makilah kalau kau lepas tangan! Geram! Dia merentap tangan Asyraf. Mamat ni memang melampau!

"You nak apa ni? I penat tahu tak. Dahlah, tepi sikit. "

"Hey, you jangan buat tak tahu pula ya. Tell me, what are you doing to me two days ago? Huh? "

"I tak buat apa-apa. So what? "

"You kan yang... You kan yang bawa I pergi hotel tu?! Tell me! "

"You ada bukti ke I yang bawa you? Takde kan? So mind your business girl. "

"You! You cabar I Asyraf. I akan beritahu seluruh Malaysia apa you buat biar you hilang kerja you ni! "

"Oh really? "

Asyraf menarik rambut Sarah yang panjang itu. Dia mengheret Sarah ke tempat sunyi biar tiada sesiapa yang melihat kelakuan mereka. Sarah meronta-ronta kesakitan. Tetapi Asyraf masih tidak melepaskan rambutnya.

"Hey, you dengar sini. You tu baru je masuk dalam bidang ni. Nak I buat you yang hilang kerja ke? Nak I malukan you dekat satu Malaysia? Hah! Nak ke?! "

Asyraf menolak Sarah sehingga terjatuh. Sarah kelihatan seperti anjing kurap yang meminta belas kasihan daripada Asyraf.

"Asyraf please. Jangan buat I macam ni. Tolong, at least bertanggungjawab dengan apa yang you buat ni. Kalau I mengandung macam mana?! Mana I nak letak muka I ni?! Please, Asyraf. "

"I bertanggungjawab? Hey, you sedar tak malam tu you mabuk dengan jantan mana tah. Lepastu you tinggalkan I kat party tu. You ikut dia balik. "

"Siapa yang buat I! You ada bukti ke?! "

"Oh, nak bukti? Here. Take a look slut! "

Asyraf menghulurkan telefon bimbitnya. Sarah tergamam melihat gambar itu. Siapa lelaki ni? Dia tidak kenal langsung. Sumpah. Dia memandang Asyraf kembali.

"Asyraf, delete gambar tu. I tak nak tengok! "

"Wait, wait. Ingat senang-senang macam tu je ke I nak delete gambar 'berharga' ni? No way! "

"Asyraf! What's wrong with you! You nak apa dari I?! "

"Well, let see... Kalau aku sebarkan gambar ni kat satu dunia, apa reaction mereka ya? Lepastu nanti keluar berita panas 'Artis Baru... ' Wow, mesti gempak kan? Hahahaha. "

Sarah terdiam. Dia benar-benar buntu. Apa dia nak buat ni? Dia menangis. Ya, dia akan cuba merayu selagi boleh. Walaupun nampak macam dia ni lemah sangat, dia dah tak peduli dah. Apa yang penting maruahmya dipelihara.

"Asyraf please, I'm begging you. Tolong delete gambar tu. "

"Cukuplah dengan drama you tu Sarah. Just, are you really sure yang you tak kenal I? "

"No. I don't know you well. Just delete it! "

Sarah cuba merampas telefon Asyraf. Tapi Asyraf bertindak lebih pantas dengan menolak Sarah sehingga terjatuh kembali.

"You should shame on yourself! I takkan senang-senang lupakan apa yang you pernah buat dekat I! "

"What do you mean, Asyraf? I tak faham. "

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now