CAHAYA yang menerangi bilik membuatkan Sarah terjaga. Matanya terkebil-kebil. Aduh, aku dekat mana ni? Baru dia sedar, dirinya dalam keadaan tidak berbaju dan dilitupi selimut tebal. Hah?! Apa ni?! Wey, apa benda ni?! No! Mustahil! Jantungnya berdegup laju. Tak. Tak!
Dilihat sekeliling bilik. Macam hotel. Eh, macam mana aku boleh ada kat sini?! Apa yang terjadi malam tadi?! Think Sarah, think! Aduh, buntu dibuatnya. Dia terperasan sekeping kertas di atas meja di sebelah katil. Huh?
Thanks for last night :)
Last night? Takkan aku dah...
Argh! Bodoh! Bodoh! Bodoh!
Sarah duduk melutut. Dia menangis. Siapa yang buat aku macam ni?! Dasar manusia kejam! Air matanya semakin lebat. Apa aku nak buat ni?! Kalau aku mengandung macam mana?! Siapa anak dalam perut ni?!
Wait.
Semalam aku pergi party tu dengan, Asyraf.
Asyraf!
Aku kena cari dia sampai dapat! Tak guna punya Asyraf! Sampai hati kau!
Bajunya yang bersepah, dikutip satu per satu. Dia berdiri seketika di hadapan cermin besar. Sarah, kau dah rosak Sarah. How can you be a princess? Argh!
Dia menumbuk cermin itu. Habis berdarah tangannya. Sakit tu memang sakit tapi, sakit lagi hatinya apabila diperlakukan begini.
Bodoh! Syaitan betul! Aku bunuh kau! Mampus kau Asyraf!
MALAM ITU,
Asyraf memperkenalkan Sarah kepada teman-temannya. Tak sangka malam tu Sarah kelihatan menyerlah di majlis itu. Majlis itu dipenuhi dengan longgokan manusia yang bermaksiat dan minum arak. Mula-mula Sarah nampak sedikit awkward tapi setelah dipujuk oleh Asyraf akhirnya Sarah mengikuti sahaja.
"Bro, cantik gila awek ni. Bagi aku can ah malam ni. Hahaha. "
"Nak? Ambil jelah. Penat-penat aku umpan dia. Dah jom kita rock and roll! "
Musik yang dimainkan semakin kuat. Semakin ramai manusia yang lalai menari mengikut rentak sambil memegang botol arak dan dikelilingi perempuan-perempuan seksi.
"Sarah, you nak menari? "
"Er, I... I takutlah Asyraf. Tempat ni... Kenapa macam ni? I tak... "
Asyraf terus memeluk pinggang Sarah. Dia membawa Sarah ke tengah dewan. Sarah terdiam.
Mereka mula menari mengikut rentak. Asyraf menghulurkan segelas air kencing syaitan kepada Sarah. Sarah menolak. Asyraf tetap memaksa. Dia memberi alasan bahawa Sarah ni seorang yang kolot kerana tidak pernah menyentuh minuman kertas ini.
Eh, dia nak cakap aku kolot? Hey, Puteri Sarah tak kolot okay! Hmm Sarah, kau rasa sedikit pun jadilah. Janji dorang tak anggap kau kolot. Gelas dicapai lalu air itu diteguk. Eh, sedap pula. Aku tak pernah rasa air sesedap ni.
"Air apa ni you? Sedap. I tak pernah rasa. "
"Shh. Just enjoy this party okay, dear. Boy, bring up two glasses of wine more. "
Akhirnya, Sarah semakin lalai. Dia mula merasai keseronokannya. Dia berkhayal.
Asyraf memandang Sarah. Dia tersenyum. Mampus kau Sarah malam ni. Hahaha.
"Bro, now. " bisik Asyraf kepada teman baiknya, Noah. Noah tersenyum. Dia membawa Sarah ke luar dari dewan itu perlahan-lahan. Sarah yang sudah mabuk itu hanya mengikuti.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...