KOLAM matanya mula pecah. Sumpah, dia amat rindukan anak gadisnya. Dia mengambil tempat di dalam bilik anaknya. Almari baju dibuka, menampakkan deretan baju milik gadis itu.
Isk. Isk. Isk.
"Aulia, baliklah nak... Aulia akan faham kenapa bonda tak bagi Aulia kahwin dengan Hanif. "
Dikesat mata yang semakin merah itu. Lantas dia termenung sendirian.
Dato' Airel hanya menjadi pemerhati. Kasihan isterinya itu. Tidurnya tidak lena, makannya tidak dijaga dek rindu akan satu-satunya anak yang mereka ada.
Selari dengan itu, bunyi burung bercicip kedengaran menandakan ada noti yang masuk. Segera dia menatap skrin telefonnya.
"I found her. "
Segera dia berlari mendapatkan Datin Aleesa. -
Huh... Huh...
Jari telunjuknya mula bergerak. Kelopak matanya sudah meronta-ronta ingin melihat keadaan sekeliling. Perlahan-lahan ia terbuka. Silau.
Nurse yang bernama Nadine itu segera berlari memanggil doktor pabila melihat Irfan sudah sedar.
Penutup oksigen itu ditanggalkan. Dia cuba bangkit dari katil. Kolam matanya mula pecah. Tiba-tiba mindanya mengimbau kembali kejadian itu.
Batrisyia. Dia perlu cari Batrisyia.
Rasa sakit tiba-tiba menyengat di bahagian abdomennya yang masih terbalut. Nafasnya tidak teratur dek menahan kesakitan.
Doktor Azlan berlari ke arah bilik 203. Syukurlah Irfan sudah sedar.
"Irfan! Jangan banyak bergerak! Luka kamu tu masih baru! " Doktor Azlan menahan perbuatan Irfan yang masih cuba untuk melepaskan dirinya dari bilik itu.
"Tapi, Batrisyia... Isya macam mana?! " dia mula menangis seperti anak kecil. Dirinya terasa lemah. Sangat lemah.
Pintu ditolak perlahan. Wanita yang berpakaian dress singkat berwarna ungu muda itu berjalan dengan yakin. Disisipkan juga senyuman manis.
"Irfan, ni I ada bawa buah tangan untuk you. You dah okay? " tanya Azra sambil meletakkan kotak Hokkaido Cheese Tart di atas meja kecil. Segera dia menyentuh tangan Irfan.
"Kau nak apa dekat sini?! Tepi! " tangannya menepis. Dia berpaling membelakangi Azra.
"Cik, saya nasihatkan cik beredar dari sini. Jangan tambahkan tekanan pesakit. Lukanya masih baru lagi. " tegas Doktor Azlan sambil membuat isyarat seperti menghalau.
Azra hanya membebel sendirian. Geramnya! Namun dia masih mengawal mukanya.
"Kalau you perlukan I, you boleh call I. I akan datang bila-bila masa je. Okay sayang? " dia mengambil beg tangannya lalu beredar dengan muka ketat. Tunggu lah korang! Tunggu!
~~~
Mimi berjalan ke hulu ke hilir. Gawat ni. Dua orang dalam wad kecemasan.
"Hah, doktor. Macam mana keadaan kawan saya dengan makcik tu? "
"Er, makcik tu baik saja. Kamu jangan risau. Dia pengsan kerana kekurangan air dalam badan. Tapi... Kawan cik... "
"Kenapa dengan dia?! "
"Saya minta maaf. Dia keguguran. "
Tangannya pantas menekup mulut. Gugur?! Macam mana?! Bukan Sarah elok je ke tadi? Tapi dalam masa yang sama dia berada lega. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu lagi fikirkan pasal 'benda' tu.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...