MALAM itu, Doktor Azlan bersendirian di dalam wadnya. Kemana Puan Suraya dan Sarah pun dia tidak tahu. Tadi mereka keluar, katanya ada hal. Doktor Azlan termenung. Dia rasa sedih. Kenapa Batrisyia meninggalkannya? Badannya diiringkan ke kanan. Perlahan-lahan air matanya jatuh. Haih, apalah nasib aku ni.
Tiba-tiba, hujan turun dengan lebat. Bunyi guruh bersahut-sahutan semakin kuat. Semakin menyeramkan.
Kedengaran pintu dikuak perlahan. Bunyinya amat mengilukan. Doktor Azlan buat tidak tahu. Matanya dipejam. Siapa je yang nak melawat dia malam-malam macam ni? Suraya dengan Sarah ke? Jantungnya berdebar tiba-tiba.
Di mana dia, abang yang tersayang...
Terkejut dia dibuatnya. Siapa pula yang nyanyi malam-malam ni?! Selimut ditarik menyelubungi seluruh tubuh badannya. Dahinya berpeluh. Dia ketakutan. Terasa kakinya disentuh oleh sesuatu yang tajam. Apa ni?
Batrisyia terus berlari memasuki Hospital Colombia Asia itu. Harap-harap, dia masih belum terlambat. Papa! Isya datang!
"Eh, cik. Cik tak boleh melawat waktu malam. " kata jururawat itu sambil menahan Batrisyia.
"Nurse, saya kena masuk dalam tu, papa saya dalam bahaya! " kata Batrisyia sambil menepis tangan jururawat itu. Ei, semaklah nurse ni.
"Tapi, dah ada penjaga yang jaga pesakit dalam tu. Cik tak boleh masuk. "
Tergamam Batrisyia dibuatnya. Hah! Dua ekor tu dah masuk! No, no! Dengan pantas Batrisyia menolak jururawat itu dengan kuat. Baik aku cepat masuk!
Jururawat itu bangun dan mengejar Batrisyia. Belum sempat dia menahan Batrisyia, Aina menarik jururawat itu kebelakang. Dia memegang tangan jururawat itu dengan kuat.
"Irfan, cepat masuk dengan Bat! Saya, uruskan dia ni. "
Irfan mengangguk, dia berlari mengikuti langkah Batrisyia.
Semoga bapak kau selamat, Bat.
Pintu ditolak kasar. Terkejut dia dibuatnya apabila melihat Puan Suraya sedang memegang sebatang pisau yang tajam.
"Surprise! "
Lampu wad dibuka. Sarah yang berada di belakangnya terus memaut kuat kedua-dua belah lengannya. Dia tergamam. Permainan apa yang mereka lakukan ni?
Selimut yang menyelubungi Doktor Azlan itu direntap dengan kasar. Terkejut dia dibuatnya. Tangannya dan kakinya terikat. Dia memandang sekeliling. Suraya? Sarah? Isya?!
"Kau dekat dengan aku, aku bunuh dia ni. " kata Puan Suraya sambil meletakkan pisau itu betul-betul pada bahagian leher Doktor Azlan. Doktor Azlan cuba berkata sesuatu, tetapi Puan Suraya sempat menyumbat mulutnya dengan kain supaya dia senyap. Tangan dan kakinya telah diikat awal-awal supaya tiada gangguan semasa upacara 'memotong' nanti. Dia ketawa jahat. Ini yang aku nantikan selama ni. Hahahahahahaha.
Irfan masuk ke dalam wad itu. Dia menolak Sarah yang sedang menahan Batrisyia. Sarah terjatuh, kepalanya terhantuk pada sofa. Dia pengsan.
"Woi! Lepaskan papa! Dasar Syaitan! " jerit Batrisyia sambil menangis. Batrisyia cuba mendekati mereka. Dia melihat pisau yang diletakkan di bawah leher Doktor Azlan itu. Sungguh menyeramkan.
"Hahaha, kau nak aku lepaskan dia ni? Boleh. Dengan syarat, semua harta dia jadi milik aku! Pindahkan harta tu now! "
Puan Suraya mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen. Itu adalah kertas pengurusan harta Doktor Azlan. Dia meminta suaminya menukarkan nama Batrisyia kepada namanya. Lepasni, dia janji dia tidak akan lagi mengganggu mereka.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...