AINA termenung seketika. Sapu tangan biru gelap itu dipandang. Dah dekat dua minggu dia menunggu kehadiran 'lelaki' itu di tempat yang sama untuk memulangkan semula sapu tangannya. Sumpah dia tak tahu siapa lelaki itu. Dia kembali menutup mata. Damai. Kedengaran kanak-kanak riang yang sedang bermain di taman. Dia tersenyum. Rasa tenang juga, apabila dia berjaya melupakan sedikit perasaannya terhadap Mukhlis. Apa ingat senang ke nak move on? Susah tau! Sapu tangan kembali ditilik. Eh, ada huruf HA dekat penjuru sapu tangan. HA? Nama dia ke? Pfft. Mustahillah Aina. Tergelak Aina tiba-tiba.
"Cik, dah tak nangis lagi? "
Mak kau! Ya Allah, nasib baik aku takde penyakit jantung. Kalau tak, dah lama mati kot. Dia mencari empunya suara. Eh, siapa punya suara tu?
Lelaki itu muncul dari belakang pokok. Dan ya, lagi sekali Aina terkejut. Degupan jantungnya turun naik, turun naik dek terkejut.
"Encik ni buat saya terkejut je. " kata Aina sambil mengurut dadanya. Fuh. Dia kembali memandang wajah lelaki itu. Dia ke ni?
"Hahaha, maaflah. Saya dah lama nampak awak duduk sini. Tapi saya takut nak tegur hehe. Oh, by the way saya, Hanif Daniel. Saya tak gesah awak nak panggil saya apa. " kata Daniel sambil menghulurkan tangannya. Senyuman manis ditayangkan. Akhirnya, aku jumpa kau balik, Aulia.
Aina menyambut. Ei, makinya. Aku tunggu dia hari-hari, rupa-rupanya dia ada je. Haish. Sabar jelah. Eh, kejap. Kenapa nama tu, macam familiar? Ah, takde apa-apa kot.
"Ouh, saya panggil awak Daniel lah. Saya Aina Aulia, panggil je saya Aina. Ni, saya nak pulangkan sapu tangan awak. Ambillah. "
"Eh, takpe. Awak simpanlah. Saya tak gesah. "
"Betul ni? "
"Ye, betul. "
"Thank you! Sapu tangan ni comel sangat. Hehe. "
"Welcome, Aulia. "
"Kenapa panggil saya Aulia? Bukan apa, cuma... Nama panggilan tu hanya keluarga saya je yang panggil. So, kalau orang lain yang panggil saya rasa awkward. Hehe, sorry. "
"Awak tak ingat saya? Aulia? "
"Eh, apa maksud awak? "
"Saya kan... "
~~~
"Papa, boleh tak Sarah nak pergi Genting? Sarah ada shooting kat sana. "
Sebenarnya, dia takdelah takut mana nak minta izin dengan Doktor Azlan. Kalau Doktor Azlan tak bagi pergi pun, dia tetap akan pergi. Cuma, dia takut papanya tidak memberikan wang. Aduh, dia pun nak tunjuk glamour depan kawan-kawannya. Mana boleh hidup tanpa duit.
"Sarah! Kan papa dah kata jadi pelakon tu tak elok. Berapa kali papa nak pesan ni?! " marah Doktor Azlan. Dia terbatuk kecil. Sejak akhir-akhir ni, dia asyik letih saja. Kepalanya juga rasa berat. Nasib baik Batrisyia banyak membantunya di klinik. Ringan juga bebannya. Mukanya juga semakin hari, semakin pucat. Entah apa puncanya.
"Ish, papa ni tak faham ke? Ini kerjaya Sarah papa. Sarah suka dengan kerja Sarah. Please papa, tolong faham Sarah. " bentak Sarah balik. Ei, tak habis-habislah dia ni. Elok mati jelah. Biar semua harta kau jatuh pada mummy. Ei! Geramnya.
"Sarah, dengarlah cakap papa... Argh! "
Hah! Alamak orang tua ni kenapa ni. Kelihatan Doktor Azlan semakin lemah, akhirnya dia jatuh pengsan. Aduh! Macam mana ni!
Mummy! Mummy! Cepat!
"Kenapa ni Sarah?! Jerit-jerit, sabarlah. "
"Ni, mummy. Papa pengsan! "
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...