Chapter | 2

11.7K 501 22
                                    

"ASS...ALAMUALAIKUM, Ai...na... "

"Waalaikumsalam, yo Bat! Jap asal suara kau macam baru lepas nangis? Bat, are you okay? "

"Hmm, not really. "

"Why? Tell me Bat. "

"Aku nak tanya kau, kenapa semua ibu tiri dengan adik tiri ni jahat macam cerita Cinderella? "

"Bat, tak semua ibu tiri dengan adik tiri jahat okay. Yup memang ada, tapi segelintir je. "

"Ouh maybe mereka tergolong dalam golongan segelintir tu kot. "

"Kenapa wey, kau kena dera? Buli? "

"Well actually yeah. Lebih kepada buli mental. Aku tak paham kenapa mereka nak susahkan keadaan sedangkan boleh je berbaik, lagi hidup aman. "

"Kejap, kejap, where is my pakar psikologi ni? Kenapa dia hilang? Mana Bat yang aku kenal? Bat yang aku kenal tu kental orangnya. "

"Wey aku rasa aku dah penatlah. Bat dulu dah terkubur kot. "

"Bat, jangan cakap macam itu. Please. Now, calm down. Apa kata kau biar je mereka tu. Nanti lama-lama penat lah tu. Okay? "

"Hmm, kalau macam tu yelah. Okay, Bat kuat! "

"Hah, itu yang aku nak dengar. Good Bat. In case, anything happen, kau call je aku tau. Insya Allah aku akan terus datang rumah kau ok? "

"Okay, thank you Aina! "

"No problem lah. Oh, by the way Mukh kirim salam. "

"Mukh? Hah, okay. "

"Kau ni, macam takde perasaan je. "

"Kau nak aku rase apa? "

"Grr, kau tak nampak ke dia suka kau? "

"Ish, merepeklah kau ni. Dah lah aku nak solat asar ni. "

"Hmm, kalau kau tak nak, aku nak tackle boleh? Hehehe. "

"Hah, baguslah tu. Dipersilakan wahai dinda Aina. "

"Orang gurau sikit pun takleh. Dah lah. Bye. "

Helaan nafas dihembus perlahan. Jiwanya rasa lebih tenang. Kadang-kadang dia ada terfikir macam mana dia nak jadi pakar psikologi sedangkan dirinya pun bermasalah? Bat! Bertenang ok! Tarik nafas, hembus. Fuh.

Air mutlak itu perlahan-lahan mengalir. Batrisyia segera bersiap sedia mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar. Dia tidak sabar ingin mengadu sepuas-puasnya kepada Maha Pencipta.

Ting.

Selesai solat Batrisyia terus melipat telekung lalu mengambil tempat semula di katil empuk itu.

Telefon dicapai.

Mesej dari Mukh?

Bat, jom keluar malam ni? Ada Aina sekali.

Tak sampai 24 jam lagi dah ajak hang out. Haish, nasib baik member.

Boleh, tapi awak kena ambil saya. Saya malas nak drive.

Ting.

Anything for you Bat, hehehe.

Ish, dia ni biol ke apa. Sudahnya mesej itu di lihat sahaja. Malas nak balas, nanti jadi lain.

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now