"KAU memang anak tak guna! Sebab kau lah suami aku mati! Dasar anak tak guna! "
"No, ibu. Bukan salah Irfan. Bukan. Bukan. "
"Kau ni memang nak kena! Dasar anak tak sedar diri! Patutnya aku bunuh je kau masa kecil! "
"Aduh, ibu sakit! Jangan ibu! Bukan salah Irfan! Ibu tolong! "
"Ni balasan untuk anak tak kenang budi macam kau! "
"Sakit ibu! "
"Siapa ibu kau?! Aku takde anak jahanam macam kau ni! "
"Jangan pukul lagi ibu! Sakit! "
Argh!
Nafas yang dihela agak laju. Ya Allah, aku mimpi lagi. No, no. Bukan salah aku. Ayah tak mati sebab aku. No, no! Jangan!
Kelihatan seorang wanita yang agak berumur berlari masuk ke dalam bilik. Haih, mesti dia ni mimpi lagi. Kasihan anak saudaranya itu. Dia sudah tidak tahu hendak buat apa. Dia tidak kenal mana-mana doktor lagi yang boleh ubati penyakit anak saudaranya itu. Semua doktor yang merawatnya mesti akan lari dek takut dengan kekerasan yang ditunjukkan olehnya.
"Irfan, Irfan kenapa ni? Mimpi lagi? Dah, bertenang. Takde apa-apa yang akan jadi. Ibu Irfan takkan cari Irfan lagi okay? " kata Mak Cik Reen sambil menenangkan Irfan. Bahaya kalau mood Irfan terganggu. Macam-macam boleh jadi. Silap-silap nanti dia yang terkorban. Haish minta dijauhkan.
"Aku ni memang anak tak guna kan? Aku bunuh bapa aku. Aku takde kawan. Aku ni cuma pembawa sial je kan. " balas Irfan sambil menangis seperti budak kecil. Diraup kasar rambutnya yang agak kusut masai itu. Apa guna dia hidup kalau dia adalah seorang pembunuh? Baik mati kan?
Sejujurnya, Mak Cik Reen masih tidak tahu apa puncanya Irfan Haqiem terlalu takut dengan Athirah, kakaknya itu. Setiap kali mimpi tu 'datang' mesti Irfan akan meracau teruk, sehingga pernah cuba membunuh diri. Doktor yang merawatnya juga tidak tahan. Keagresifannya agak melampau. Pening kepala difikirnya. Sudahlah dia ditakdirkan mandul. Ya, dia tiada anak langsung. Tapi, alhamdulillah suaminya masih menerimanya.
Walaupun Irfan Haqiem kelihatan tidak normal, tetapi Mak Cik Reen masih bersyukur. Kehadiran Irfan telah membawa sinar cahaya. Akhirnya dia dapat merasai kehidupan beranak. Ada kalanya, jika mood Irfan ok, dia akan kelihatan seperti orang normal. Tetapi jika moodnya bertukar secara tiba-tiba, maka dia akan jadi 'mimpi ngeri' semua orang.
Athirah mana? Entah lah mungkin sudah larikan diri dengan lelaki lain selepas suaminya meninggal. Ya, memang kejam apa yang Athirah telah lakukan pada Irfan. Nasib baiklah Irfan ni masih hidup. Haish, binatang pun sayang tau kat anak depa.
Sejak kematian Rayyan, kehidupan Irfan Haqiem sudah tidak terurus lagi. Setiap hari Athirah pasti akan menyalahkannya dek kematian Rayyan. Mula-mula dia dihentam oleh ibunya sendiri, kemuadian dia didera. Tragedi itu sudah cukup untuk mengubah seluruh kehidupan Irfan. Dari kecil sehinggalah besar, dia masih trauma dengan wanita bernama Athirah itu. Kadang-kadang dia rasa macam terlalu sedih dan terlalu marah. Perasaannya seolah-olah tidak mampu dikawal lagi. Argh! Nak buat apa! Umurnya juga makin meningkat. Dia tidak pernah merasai kehidupan normal seperti orang lain, bahagia. Masa depannya seolah-olah gelap. Tiada cahaya langsung. Kadang-kadang, ada baiknya mati kot.
Mujurlah, Mak Cik Reen sempat menyelamatkannya ketika kekasih gelap ibunya mahu membunuhnya. Dia dibawa lari jauh. Sangat jauh. Namun, mimpi ngeri itu masih lagi 'menghantui' nya. Sejauh mana pun lari, mimpi itu tetap 'datang'. Kini jiwanya tak tenteram. Fobia masih menyelubungi. Dia akan meracau. Dia akan cuba bunuh diri. Dan macam-macam lagi.
"You know what? Maybe aku patut mati je. Semua orang mesti happy kan? Hahahaha. " kata Irfan dengan nada riang sambil merenung pergelangan tangannya. Kalau toreh ni confirm mati kan? Lantas dia tersenyum. Kenapa rasa bahagia ni?
"Masya Allah! Irfan! Mengucap! Apa Irfan cakap ni? Irfan tak sayang Mak Reen ke? " balas Mak Cik Reen sambil memeluk anak saudaranya itu. Ya Allah aku nak buat apa ni? Badannya ditolak kasar oleh Irfan. Tiba-tiba ada sesuatu seolah-olah merasuk badan Irfan. Dilemparnya semua barang. Habis berkecai.
"Takde siapa sayang dekat aku! Keluar! Aku nak kau keluar! Argh! " pekik Irfan dengan kuat. Ditolaknya lagi sekali badan Mak Cik Reen sambil sehingga wajah wanita tua itu mencium lantai. Mak Cik Reen segera bangkit dan berusaha menenangkan emosi Irfan yang tidak stabil itu. Sakit yang dialami terpaksa di tahan. Hidung yang sedikit berdarah, dikesat lembut. Menangis dibuatnya. Ya Allah bantulah aku.
Setelah puas memecahkan semua barang, Irfan kembali diam. Dia duduk sambil memegang lutunya. Air matanya mengalir perlahan. Tak, tak. Nafasnya kembali laju. Apa aku buat ni? Kenapa aku tolak dia? Apa semua ni? Rambutnya yang sedia kusut makin ditarik kuat. Kemudian, dia ketawa kecil. Terasa kelakar dengan apa yang berlaku. Hahaha ape ni.
Mak Cik Reen hanya memerhati dari jauh. Sudah menjadi kebiasaan kalau dia dah mengamuk pasti dia akan terduduk dan menangis sendiri. Kadang-kadang, agak menyeramkan apabila melihat Irfan ketawa sendirian. Mak Cik Reen sambil melepaskan keluhan kuat. Takkan hari-hari nak macam ni.
Mak Cik Reen segera mengemas semua barang yang sudah lunyai dikerjakan oleh Irfan. Dia nekad. Dia ingin mencari doktor yang benar-benar boleh menyembuhkan anak saudaranya itu.
Dengan langkah yang berat, dia keluar dari bilik, meninggalkan Irfan sendirian. Biarlah dia tenang dahulu. Langkah diatur menuju ke ruang tamu. Dia mengambil tempat di atas sofa berwarna coklat itu. Lantas telefon bimbit yang terletak di atas meja kaca itu dicapai. Dia mendail nombor suaminya.
"Helo, assalamualaikum. Abang, Reen rasa eloknya kita buat sesuatu dekat Irfan. Reen tengok dia tu makin tak terkawal. "
"Reen nak buat apa? Abang pun risaukan si Irfan tu. Abang bukan apa, tapi walau apapun dia masih anak saudara abang. lagipun abang dah anggap dia macam anak kita sendiri. "
"Reen rasa kita kena..."
~~~
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romansa| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...