"Mummy? Sarah datang ni... " tangannya menggenggam kemas. Rindu akan mummynya tidak terungkap dek kata.
"Urm, aku cau dulu lah. Kau bual lah dulu dengan mak kau. " Mimi menepuk bahu Sarah dengan lembut. Sarah hanya mengangguk tanda respond.
Perlahan-lahan Puan Suraya membuka kelopak matanya. Kepalanya masih pusing. Dia terkejut melihat anaknya yang berada si atas kerusi roda itu.
"Sarah? Sarah kenapa duduk atas kerusi roda ni?! " dia merangkul tubuh anaknya dengan pantas. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Susah payah dia cari, akhirnya mereka bertemu jua.
"Mummy, Sarah minta maaf sebab kurang ajar dengan mummy. Sarah minta maaf sebab tinggalkan mummy. Sekarang, Sarah rasa Sarah dah terima balasan yang setimpal. " tidak dinafikan rasa sebak yang melanda jiwanya ketika itu.
"Takpe, mummy dah lama maafkan Sarah. Tapi kenapa Sarah duduk atas kerusi roda ni?! Mummy risau tahu! " dia masih mendesak anak gadisnya itu untuk menceritakan apa yang telah berlaku.
"Sebenarnya, Sarah... Sarah... "
Dia memandang Puan Suraya dalam-dalam. Semoga kekuatannya cukup untuk menghadapi dugaan ini.
~~~
Argh!
Shhh! Diam!
Batrisyia cuba melarikan diri sekali lagi. Namun gagal, pegangan lelaki itu sangat kuat. Aduh, siapa pula mamat ni!
"Mereka cuba nak culik cik ke? " lelaki itu bertanya.
Ketika itu kelibat Daniel dan Mukhlis sudah tidak kelihatan. Mereka berdua melepaskan keluhan lega.
"Kau siapa? Jangan cakap kau sekutu dorang juga! " Batrisyia sudah tidak lagi mempercayai orang asing dengan mudah. Hatinya perlu kental.
"Eh, bukan cik. Saya tolong cik tadi. " balas lelaki itu. Dia memerhatikan Batrisyia dari atas sampai bawah. Compang-camping. Tapi dia masih kagum dengan wanita itu kerana masih membalut kepalanya dengan rapi.
"Cik nak tumpang rumah saya malam ni? Saya rasa mereka akan cuba cari cik lagi. "
"Kau gila ke? Aku ni perempuan! Kau tu lelaki! "
"Dekat rumah saya ada mak saya. Jadi cik jangan risau. Lagipun dengan keadaan cik macam ni... Saya rasa eloklah cik ikut saya. "
Batrisyia mengerutkan dahi. Keadaan apa pula.... Dia melihat dirinya dari atas sampai bawah. Eh! Bahagian abdomen bajunya terkoyak. Mungkin kerana semak ini penuh dengan duri tajam. Dia menutup perutnya dengan tangannya. Ya Allah, malunya. Kenapa lelaki ni tenang je?
Tapi... Asal macam kenal lelaki ni? Siapa dia? -
"Assalamualaikum! Ibu! Hakim dah balik ni! "
"Waalaikumsa-- Eh? Siapa ni Kim? " terkejut dia dibuatnya melihat wanita yang berdiri di sebelah anaknya itu.
"She needs us ibu. So boleh tak dia tumpang semalaman dekat sini? " Hakim memandang ibunya.
Makcik Hana hanya mengangguk tanda setuju. Ya Allah, kesiannya budak ni. Dengan baju terkoyak-koyak. Apa yang jadi ni?
"Aina! Tolong ibu ambilkan sepasang baju! " Makcik Hana memberi arahan. Sudah seminggu Aina menetap di situ. Dia juga telah terbiasa dengan panggilan ibu. Katanya lebih manis. Eh?
"Kejap ibu! "
Batrisyia terdiam. Kenapa suara dia macam aku kenal? Dan... Nama dia... Aina?
Aina mencari sepasang baju dalam almari Makcik Hana. Hmm, siapa pula yang datang tu?
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...