Chapter | 14

7.7K 407 28
                                    

DOKTOR Azlan membuka matanya perlahan-lahan. Dia memerhati sekeliling.

"Syukurlah, abang dah sedar. Risau Su dibuatnya. " kata Puan Suraya sambil menggenggam tangan suaminya itu. Dia 'menangis' melihat mulut suaminya yang mengherot sedikit. Sarah juga berada di situ, sedang bermain dengan telefonnya.

"Ane, ica? "

Eh, apa sial dia cakap ni. Dah macam cacat pula aku tengok. Mulut kau tu senget sikit je. Ngada-ngada lebih! Puan Suraya cuba mentafsir balik apa yang orang cacat tu cakap. Oh, mana Isya ke. Alahai, anak kau yang tak guna tu juga kau ingat. Takpelah sayang. Kejap lagi aku hantar kau pergi neraka ya.

"Oh, Isya. Abang jangan sedih tau. Abang dengar ye, Su nak cakap apa. "

Dahi Doktor Azlan berkerut. Kenapa dengan anak aku? Mana anak aku?

"Dia dah lari ikut pesakit dia yang mental tu. Dia kata abang ni cuma susahkan hidup dia je. Abang, sabar ye. Jangan risau Su ada kat sini jaga abang ye? "

"Ipu! "

"Abang tak percaya cakap Su? Abang tengoklah! Isya ada ke sekarang ni jaga abang?! Takde kan. "

Doktor Azlan menangis. Betul ke apa yang Suraya cakap ni. Sampai hati Isya buat papa macam ni. Air matanya jatuh dengan lebat. Isya...

Puan Suraya 'memujuk' suaminya yang terlantar di atas katil. Ditepuknya lengan suaminya supaya banyakkan bersabar. Dia tersenyum sendiri. Padan muka kau!

"Papa, boleh tak papa tandatangan cek ni. I really need money for the trip soon. Please papa. " kata Sarah sambil menghulurkan sebuah cek bertunai RM5000 dan sebatang pen. Dia tak gesah walau apapun yang terjadi, dia tetap nak pergi Genting dan dia memang perlukan duit yang banyak.

Terbeliak mata Doktor Azlan dibuatnya. RM5k?! Banyaknya. Nak buat apa duit sebanyak tu?! Dia menggeleng. No, aku takkan tandatangan. Dia menolak cek itu.

"Papa ni! Susah sangat ke nak tunaikan permintaan Sarah. Tandatangan je. Full stop! Tu pun susah ke?! " marah Sarah sambil membaling pen itu ke muka Doktor Azlan. Puan Suraya hanya berdiam dan memerhati. Dia malas nak masuk campur.

"Arah! Enapa biadap angat?! "

"Orang tua cacat macam kau ni layak mati je faham?! Tandatangan now! " paksa Sarah. Dia menggenggam tangan Doktor Azlan. Mampus ah. Peduli apa dia. Yang penting dia dapat duit.

Doktor Azlan menangis. Hatinya bertambal kesal apabila melihat Puan Suraya hanya belagak selamba. Tiada tanda-tanda mahu menolong dirinya. Akhirnya, dia terpaksa juga menadatangani cek itu. Dengan keadaannya yang masih lemah, apa yang dia boleh buat?

Isya, baliklah nak. Bantu papa.

~~~


Aina menahan teksi. Kelihatan dari belakang, Mukhlis seperti berlari mengejarnya. Sorry Mukh, you were too late. Akhirnya teksi dipandu laju meninggalkan kawasan perumahan.

Mukhlis menjerit nama Aina. Usahanya sia-sia apabila melihat teksi itu semakin jauh dan menghilang dari pandangannya.

Aina, I'm sorry!

Aina menangis. Kenapa aku ni emotional sangat ni. Air mata dikesat menggunakan sapu tangan Daniel. Tak tahu kenapa, tapi bila dia pergi mana-mana, sapu tangan itu pasti akan sentiasa dibawanya. Dia rasa selesa apabila menyentuh sapu tangan itu.

"Cik, cik nak pergi mana? "

"Oh, hantar saya dekat alamat ni. "

"Baik cik. "

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now