• Welcome •
° To °
^ ~Walimatulurus~ ^
Irfan Haqiem & Batrisyia Airiz
✨26 Februari 2019✨
___________________________________Kad undangan itu dipandang. Disisipkan senyuman manis pabila terbayang atur cara majlis esok hari. Baju melayu putih itu menjadi tatapan matanya seketika.
Aku terima nikahnya...
Ceh, nak berlatih biar tak gagap nanti. Adeh, malu pula. Hihi.
Amboi, senyum sendiri nampak?
Irfan hanya berdiam. Ingat Irfan! 'Dia' tak wujud!
Amin mencapai bahu Irfan. Terkejut Irfan dibuatnya.
Tak... Tak... Ini semua hanya khayalan. Tak mungkin dia hidup! Tak! Argh!
Mendengar pekikan yang kuat dari bilik Irfan, Mak Cik Reen segera mengatur langkah ke sana. Aduh kenapa pula ni? Bukankah esok dia bakal menjadi suami orang? Mak Cik Reen sempat bermonolog seketika.
"Irfan?! Kamu kenapa ni? " Mak Cik Reen terus berlari memeluk erat si empunya badan. Mukanya merah. Badannya terketar-ketar.
Si 'dia' masih berdiri di situ. Irfan merenung tajam ke arahnya.
Sampai bila 'dia' nak ikut aku?
~~~
"Bonda, sampai bila bonda nak buat Aulia begini? Sampai hati bonda! "
"Aulia sayang, ini bukan kehendak bonda tapi- "
"Cukup! Aulia dah muak dengan alasan bonda. Aulia nak pergi dari rumah ni! "
Tapak kecil itu mula melangkah. Menerawang entah ke mana. Patutkah aku tinggalkan bonda dan ayahanda? Dipandangnya ke belakang, rumah agamnya sudah tidak kelihatan. Air mata mula terbesit. Menunggu pecah sahaja.
Aku nak pergi mana? Takkan aku nak kacau Bat pula, esok kan hari bahagianya. Aduh, fikir Aulia, fikir! Ditoleh ke kiri dan kanan. Pelik, petang itu agak lengang. Nak kata hari cuti, pun tak.
Dia tetap berjalan maju, tanpa menghiraukan suara hatinya. Diraba kocek seluar seketika. Hanya ada telefon, tu pun bateri dah nak mampus. Haish, rasa bodoh pula keperluan semua tak sediakan awal-awal. Tapi, aku tak rancang pun nak lari rumah ni! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jawabnya. Ah, redha jelah.
Hujan mula menyembah bumi, diikuti bunyi petir sabung menyabung. Sudahnya tempat perhentian bas menjadi teduhannya. Tangannya mula menggeletar kesejukan.
Lama-kelamaan dia mula terkulai di atas ruang duduk itu. Dari jauh, kelihatan cahaya kereta samar-samar menghampiri figura yang sudah lunyai dek kesejukan itu.
"ABANG! Aulia! Kita kena cari dia cepat! Saya risau sangat! " tangannya pantas menggoncang tubuh suaminya itu. Kolam air mata mula pecah dikit demi dikit. Menyesal tak sudah dia dibuatnya. Kerana dia Aulia lari rumah!
"Alah, baliklah dia tu nanti. Mesti dia pergi tumpang rumah si Bat tu. Dah lah tak payah risau, anak kita tu mana boleh hidup dengan sehelai sepinggang je. " pujuk si suami dengan yakinnya. Padahal hati sendiri pun khawatir. Haih, ayahanda harap Aulia betul-betul lari ke rumah Bat.
Keesokan harinya...
Tepat jam 3:30 pagi, Batrisyia terjaga dari mimpi buruknya. Nafasnya tercungap-cungap seperti orang semput. Dia memerhati sekeliling bilik. Masih dalam keadaan suram.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...