Chapter | 26

6.2K 289 6
                                    

"Hikhik. " Aina ketawa mengekek.

"Diam lah kau. " ucap Batrisyia. Bengang pula. Sudahlah keretanya rosak ni. Aduh. Nasib baik Aina boleh datang membantunya. Tapi perempuan ni dari tadi asyik gelak je! Apsal tah!

"Tak, wey. Lawak. Kau ni ego juga kan. Hahaha. " kata Aina. Dia masih geli hati.

"Ego jadah apa pula. Kereta aku rosak, aku call kau minta tolong. Apa kaitan ego?! " balas Batrisyia.

"Alahai, kau ni. Kau boleh je kan call Irfan. Tapi kau tak nak. Ego tu. "

"Oh, kau nak cakap aku ni menyusahkan kau lah? Ok, fine. Dah lah biar aku cari orang lain je. Tepi! " Batrisyia pura-pura merajuk. Asal kena mention nama Irfan tu? Dahlah dia tu takde usaha nak pujuk aku. Lelaki jenis apa tu? Dasar hati batu!

"Eh, nak sentap pula. Takde lah aku dah call mekanik. Ni nanti dia uruskan kereta kau ni. Kau balik dengan aku jelah. " pujuk Aina.

"Wah, terharunya! Terima kasih! " Batrisyia gembira. Dia terus mencuit pipi Aina. Untung ada kawan baik macam ni.

Aina memandu keretanya. Dia mengerling ke arah Batrisyia seketika. Uit, senyap pula. Sentap lagi ke? Tapi dia memang ego. Hahaha.

"Bat, cuba kau buka beg aku tu. " arah Aina. Batrisyia segera mencapai beg tangan Aina yang terletak di seat belakang. Dibukanya perlahan. Eh, buku?

"Kau nak buku ni ke? Ceh, bila masa pula kau rajin baca novel Inggeris. " perli Batrisyia sambil membelek buku itu. Oh my! Buku ni! Aku suka cerita dia! Aku download Netflix semata-mata nak tengok cerita ni!

"Eleh, buku tu kau punya lah. " balas Aina. Batrisyia terus memandang Aina. Teka-teki apa pula ni? Aina tersenyum.

"Apa maksud kau?! Kejap, kau nak bagi aku buku ni ke?! Wey! Terima kasih! " Batrisyia menepuk-nepuk bahu Aina dengan kuat dek terlalu teruja. Aina memarahinya. Woi, aku tengah drive tau!

"Ye, ye. Tapi tu bukan dari aku tau. Kau kena buka kat rumah. " arah Aina lagi. Memang itu apa yang Irfan pesan kepadanya dahulu.

Batrisyia hanya mengangguk. Huish, tak sabar nak baca buku ni! Mampus lah dari siapapun! Dia masih lagi memegang buku To Alls Boys I've Loved Before. Cantik, siap bersampul lagi. Siapa bagi?

ASSALAMUALAIKUM!

Batrisyia melangkah masuk rumah. Dia terus meluru ke arah Doktor Azlan. Tangan dihulur.

Macam biasalah, lepas balik mesti salam tangan papanya.

"Papa, er...sebenarnya... " aduh kereta aku tu.

"Kenapa Isya? " tanya Doktor Azlan. Ni mesti ada benda tak kena.

"Kereta.....ro...sak. Hehe. " balas Batrisyia. Jangan marah, ampun.

"Lahai, habistu macam mana?! Isya balik dengan siapa tadi?! "

"Aina. Eh, takpe tadi dah call mekanik nanti dia betulkan. "

"Hah, yelah. Lain kali nak keluar, check dulu kereta tu. Nasib baik Aina ada. "

"Ok, boss! " Batrisyia membuat tabik kepada Doktor Azlan. Mereka tergelak.

Langkah diatur menuju ke biliknya. Tiba-tiba teringat tentang buku tu. Sebab tu teruja nak main bilik cepat.

Pintu bilik ditutup. Batrisyia menekan suis lampu. Dia menghamparkan beg tangannya di atas katil. Suis air-con ditekan pula. Panas pula bilik ni. Baik aku mandi dulu.

Pin tudungnya dicabut. Dia menggerbangkan rambut. Fuh, lega. Dia mengambil tuala mandi dan menuju ke bilik air.

Rambut yang basah digosok perlahan dengan tuala. Ahh, mega sikit dah mandi. Sempat dia mencapai losen Victoria Secret lalu disapu ke seluruh kawasan tangan dan kaki. Saja, nak rasa wangi-wangi. Hikhik.

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now