"BAT, saya suka kat awak." kata Mukhlis. Ya, dia dah tekad. Dia nak jadikan Batrisyia sebagai isterinya yang sah. Direnungnya wanita itu untuk melihat respond yang akan diberikan. Bat, please accept aku. Aku sayang kau sangat.
Batrisyia tersedak. Hah? Asal mamat ni tiba-tiba je. Ni ke sebab dia ajak aku keluar makan? Haih, apa aku nak jawab ni. Aku tak suka kau Mukh. Aku anggap kau tak lebih dari seorang kawan. Aduh, jadi betullah apa yang Aina cakap selama ni. Haih, kesian Aina. Aina aku tahu kau suka dia ni. Ish, susah betullah. Batrisyia masih berdiam. Anak matanya tidak lagi memandang lelaki yang sedang duduk di hadapannya. Dia tertunduk. Tangannya terasa sejuk tiba-tiba.
"Er, apa awak merepek ni? Dahlah. Saya nak balik. " balas Batrisyia sambil mengangkat beg tangannya. Baik aku cau dulu daripada layan si Mukh ni. Terasa tangannya ditarik. Batrisyia menoleh kebelakang. Ya, siapa lagi kalau bukan Mukh.
"Awak nak apa ni? Ish, lepaslah. Saya tak suka. Haram. " kata Batrisyia sambil menarik kembali tangannya. Ei, dia ni tak tahu hukum agama ke apa. Tiba-tiba pegang tangan aku ni apa hal? Ni nak emo ni. Batrisyia menjeling tajam ke arah Mukhlis.
"Bat please, saya sayang awak lebih dari seorang sahabat. Batrisyia Airiz, sudikah awak jadi isteri saya? " kata Mukhlis sambil menghulurkan kotak kecil berwarna merah. Cincin?! Oi, mabuk apa dia ni siap beli cincin?! Batrisyia menolak kembali cincin itu. Dia menggeleng. Tak nak do.
"But, why? Saya ni tak cukup baik ke? " tanya Mukhlis dengan nada yang hampa. Siapa je tak sedih bila kena reject mentah-mentah oleh orang yang kau suka? Riak wajah Mukhlis jelas menunjukkan yang dia rasa amat kecewa.
Aduh, dia ni. Nak buat muka pula. Memang taklah aku nak terima kau. Haish.
"Sorry, saya tak boleh suka awak. Eh, awak ni tahu tak yang Aina tu dah lama suka dekat awak. Pergilah terima dia. Saya tak bersedia lagi. " balas Batrisyia dengan nada yang agak kasar. Otaknya sekarang buntu.
"Bat, dia tak suka saya lah. Buktinya, dia dah ada pakwe. Hah, dah takde alasan. Nanti saya hantar rombongan kat rumah awak. Saya akan beritahu papa awak. Sama ada awak setuju atau tak, awak tetap akan jadi isteri saya. Full stop. " balas Mukhlis lalu dia pergi meninggalkan Batrisyia dalam keadaan yang masih terpinga-pinga. Argh, aku tak gesah. Kau mesti jadi milik aku Bat! Aku akan dapatkan kau dengan apa cara pun.
Batrisyia rasa bengang dengan tindakan Mukhlis. Eh, kau siapa nak tentukan hidup aku! Dah lah tinggalkan aku macam tu je! Ei! Tangannya menjalar mengurut kepala yang berdenyut. Aduh, satu-satu masalah yang datang. Apa ni Mukh! Mana Mukh yang aku kenal dulu?!
Telefon dicapai. Nama Aina dicari.
Aina, aku nak jumpa kau boleh?
Bila? Awat macam tergesa-gesa ni? Kau ada masalah ke?
Yup, and guess what about who?
Takkan mak tiri kau datang balik?
Haish mulut takde insurans.
Habistu?
Mukh.
What?! Ok, nanti aku datang. Beritahu location.
Hah, ok.
Telefon ditutup. Batrisyia menunggu kedatangan Aina. Masalah ni jadi semakin serius.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...