Chapter | 9

8.3K 437 22
                                    

SETELAH siap mengemas semua barang, Batrisyia membawa semuanya turun ke bawah. Hari ini, hari dia kena pindah dari rumah ni. Doktor Azlan telah mencarikan kondo mewah untuknya. Batrisyia bersyukur kerana kondo itu agak dekat dari rumahnya ini.

Puan Suraya dan Sarah hanya memerhati. Padan muka kau! Rasakan! Masing-masing tergelak melihat Batrisyia mengangkat barang-barangnya seorang diri. Batrisyia memandang serong terhadap mereka berdua. Eii, ingat aku nak sangat ke keluar dari rumah ni! Kalau bukan sebab korang, aku duduk sinilah jaga papa.

Batrisyia pergi mendapatkan papanya. Dia hanya memandang sayu ke arah Doktor Azlan. Kenapa sedih pula nak tinggalkan papa ni?

"Papa, Isya pergi dulu ya. Terima kasih sebab jaga Isya dengan baik. Isya hargai sangat papa. " kata Batrisyia sambil menyalam tangan Doktor Azlan. Dia sudah berjalan ke arah kereta. Wajah Doktor Azlan dipandang sekali lagi. Jangan nangis. Jangan nangis. Jangan nangis.

Akhirnya air mata yang ditahan jatuh jua. Segera dia berlari memeluk Doktor Azlan. Doktor Azlan mengusap belakang badan anaknya. Dia juga tidak merelakan pemergian Batrisyia.

"Bye papa, jangan lupa jenguk Isya! Muah! "

Doktor Azlan hanya mengangguk. Tangannya melambai-lambai ke arah Batrisyia.

Ei, dua beranak ni. Menyampah pula tengok. Duduk asing je kot. Lagak macam ada orang meninggal je. Haish! Ngomel Puan Suraya di dalam hati. Perlahan-lahan kereta yang dipandu Batrisyia hilang dari pandangannya. Okay, bagus. Next plan.

~~~


Aduh, penat gila kemas sorang-sorang. Alamak. Aku lupa nak call Aina yang aku pindah rumah! Dia segera mencapai telefon.

"Hello, Aina? "

"Hah, Bat. Kenapa ni? "

"Wey, aku kena kick dengan mak lampir tu. Boleh tak kau datang sini? "

"Hah, okay nanti aku datang rumah kau! Kejap. "

"Eh, aku dah tak duduk situ. Ni nanti aku send kau alamat baru. "

"Eh? Asal pula? Kenapa ni? "

"Nanti aku cerita. "

Telefon dimatikan. Dia perhatikan sekeliling kondo. Hmm, cantik juga kondo ni. Doktor Azlan seolah-olah tahu warna biru adalah warna kegemarannya. Dengan susunan perabot ala-ala zaman Peralihan Kolonial. Cukup klasik. Cukup mewah. Dia terkesima sebentar.

Sementara menunggu kedatangan Aina, Batrisyia menonton televisyen. Bosan juga duduk sorang-sorang ni. Aduh. Esok nak gi kerja lagi. Dah lah jauh. Nafas dihela berat. Huh.

"You, dengan minta maaf you boleh pergi mati. "

Wah, hensem juga Alif Satar ni. Bila tengok cerita ni, rasa macam nak kahwin dekat tempat salji je. Ya Allah, kalau betul aku kahwin kat situ, aku rasa, aku lah pengantin paling cantik. Hehe.

Ding Dong

Eh, dia dah sampai. Batrisyia segera bangun menuju ke pintu rumah.

"Wey, lawanya kondo ni! Bila kau pindah sini? "

"Tadi. Eh, kau duduk dulu. Aku nak pi buat air sat. "

"Bat, kau layan drama ni? Serius best, cerita ni buat aku rasa nak kahwin dengan stranger! Hahaha! "

"Ah, kau memang berangan nombor satu. Ni hah, aku buatkan kau orange juice special untuk Aina Aulia. Rasalah. "

"Wah, saya rasa special pula! Thanks! Wey, cerita lah aku dengar. "

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now