"You nak ape lagi? Tak puas lagi ke nak tuduh I ni? " air fresh orange digaul kasar. Dia melihat kembali muka Sarah. Gila ke perempuan ni memang nak dia bertanggungjawab pada benda yang dia tak buat?
Sarah kelihatan masih tenang. Dia menghirup air teh panas sebelum memulakan perbincangan dengan Asyraf.
"You, I nak minta maaf. I tahu sebelum ni I layan you teruk. I dah boleh terima karma yang sedang berlaku pada I sekarang. " Sarah tidak memandang Asyraf. Hatinya masih terpalit rasa geram tapi dia masih mengawalnya dengan baik.
Asyraf mengerutkan dahinya.
"Apa maksud you? "
"I misscarige.... Jadi you tak perlu risau tentang anak tu. "
Kenyataan yang dinyatakan oleh Sarah itu membuatkan Asyraf tersentak seketika.
"You tak perlu risau. Lepasni I akan berhijrah ke Johor. I nak tinggal dengan kakak tiri I dengan papa I. I banyak buat dosa dengan dorang. "
Asyraf hanya mendengar luahan Sarah dengan setia. Tak sangka Sarah dah insaf. Dia malu dengan dirinya sendiri atas kekhilafannya terhadap Sarah.
"Kalau macam tu plan you, I doakan you berjaya pujuk keluarga you balik. I...I pun nak minta maaf. Malam tu..."
"Tak apa. I taknak ingat lagi. Dah lah kita anggap saja semua ni tak pernah berlaku. Okay? "
"Okay. "
Keadaan menjadi tegang kembali -
BERHENTI!
Ini polis! Angkat tangan! Serah diri!
Azra mengilai seperti orang gila. Dia menolak-nolak tangan dua orang polis yang cuba menggarinya.
"Lepas! Lepaskan aku! Aku tak bersalah! Argh!!! " Azra meronta-ronta. Dia tak mahu masuk penjara! Impiannya masih banyak lagi yang belum tercapai.
"Tidak!!! "
Tiba di balai, polis itu terus menyumbatnya ke dalam sel penjara yang kosong. Azra segera menjerit. Tidak! Tidak!
"Kau kena terima hakikat Azra, apa yang kita buat tu semua salah. " kata Mukhlis sebelum polis membawanya ke bahagian sel yang lain.
Di dalam sel penjara, Azra masih menjerit-jerit. Pintu sel digegar sekuat hati. Lepaskan aku!lepaskan aku!
Tak, tak. Tak semudah ni Azra Husna masuk penjara! No! Ni semua mimpi! Mimpi!
"Oi, tak reti diam ke perempuan baru?! " jerit salah seorang penghuni sel sebelah. Rambutnya agak barai, giginya hitam seperti arang dan badannya agak berbau.
Barangkali terganggu dengan bunyi jeritan Azra.
"Hey, kau! Sedar sikit taraf kau tu! Kau siapa nak marah aku?! " balas Azra dengan angkuh. Ei, dah lah selekeh. Ada hati nak bercakap dengan aku yang cantik ni. Euw, tolonglah. Sempat dia mengutuk di dalam hati.
Dia tetap gigih merayu pada polis yang bertugas untuk lepaskannya.
"Eh, perempuan ni. Belagak na! Kau tu yang kena sedar! Kau tu dah setaraf dengan orang yang ada dekat sini! Semuanya sampah masyarakat! Faham?! "
Azra memeluk kedua lutunya. Hah? Aku dah setaraf dengan mereka yang jijik tu? No! Ni semua mengarut! No! Mimpi ngeri!
Akhirnya dia menangis. Dia menutup telinganya apabila mendengar ejekan dari 'jiran-jiran' barunya.
![](https://img.wattpad.com/cover/168323559-288-k668795.jpg)
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...